Assalamualaikum. 02022023. Cantik tarikh hari ini. Moga kedatangan Februari membawa seribu satu kemanisan, semua yang indah-indah sahaja buat kita semua.
Alhamdulillah, setakat ini Januari saya okey. Lebih baik daripada apa yang saya jangkakan. Harapnya bulan kedua ini juga begitu. Kalian pula bagaimana?
|
Shine bright like a diamond |
Ada 28 hari baharu untuk kita corakkan momen-momen berharga. Jom corakkan Februari! Teruskan bersinar.
Shine like the whole universe is yours.
Rejab yang Penuh Barakah
Sedar tidak sedar, kita sudah masuk hari ke-11 bulan Rejab. Alhamdulillah, Allah panjangkan umur kita untuk bertemu dengan bulan Rejab sekali lagi. Nabi Muhammad S.A.W diriwayatkan memanjatkan doa khusus pada bulan Rejab, yakni agar umur dipanjangkan hingga sampai pada bulan Ramadhan yang mulia dan penuh barakah.
|
Doa Bulan Rejab |
Allahumma barik lana fi rajaba wa sya'bana wa balighna Ramadhana.
Rejab kalian setakat ini okey? Marilah kita sama-sama memohon supaya Allah panjangkan umur sepanjang bulan Rejab. Mudah-mudahan kita berpeluang bertemu bulan-bulan mulia seterusnya, Syaaban dan Ramadan.
Amalan Sepanjang Bulan Rejab
Sepanjang bulan Rejab, kita semua digalakkan untuk banyak beristighfar, berzikir dan berdoa. Saya ingin kongsi sesuatu yang bermanfaat buat kalian. Sebuah panduan berkenaan amalan yang elok dipraktikkan untuk mengisi hari-hari Rejab kita. Klik sahaja pautan IIUM di bawah.
Amalan Bulan Rejab.pdf (iium.edu.my)
Jangan lupa doa untuk Februari yang indah dan Rejab yang penuh barakah.
Bulan Februari yang tragedi.. Big boss saya bertukar.. huhu
BalasPadamnak puasa bln ni tp blom mula lg
BalasPadamSemoga dipermudah segala urusan mendatang
BalasPadamADOII x start lg pose...pape pun semoga rejab yg dtg ni sentiasa membawa berkat buat farah n family
BalasPadammoga yg baik2 saja utk kita semua...aamiin
BalasPadamJanuari saya awal OK, hujung je murung. harap cepat-cepat kembali ceria.penat.haha
BalasPadamBelum start ganti puasa.. banyak lak tu..huhu..InsyaAllah minggu dpn start
BalasPadamAlih alih dah sebulan kita semua melangkah ke tahun 2023 kan ..now dah masuk februari . Kejap je masa berjalan .
BalasPadamalhamdulillah. januari aida ok.
BalasPadamfebruari ni moga ok la jugak, farrah.
anak sulung dok SPM nanti.
so, februari - mac 2023 aida penuh debaran.
one thing best, hadirnya rejab. aida manfaatkan dgn byk doa utk anak.
berpuasa, qada' puasa yg berbaki beberapa hari.
utk anak. moga dimudahkan dia utk jawab spm kelak.
Semoga yang baik baik sahaja buat kita semua..
BalasPadam