Wordless Wednesday - Beratur Ambil Bantuan

Rabu, Mei 20, 2026

 

‘Bantuan’ suplemen Nutri Lick - kegemaran Rhea & Robyn 😆


The Cempedak Butter Loaf | Kek Cempedak Lemak Berkrim

Rabu, April 29, 2026

Hari ini saya hendak kongsi tentang kek cempedak kegemaran saya. Ingat lagi tak, tahun lepas bukan main popular lagi kek cempedak. Kek lapis cempedak la… kek mentega cempedak la… harga pun bukan sikit-sikit. Harga kayangan gitu.

Masa musim tengah viral tu, sempatlah saya merasa dua tiga jenis kek cempedak. Ada yang orang beri, ada yang Cekengah sendiri beli. Saya tukang makan sahaja. Cempedak memang saya suka!

Dalam banyak-banyak kek cempedak, ini yang paling kena dengan selera saya. The Cempedak Butter Loaf, produk Brown Butter Bakes (BBB).


The Cempedak Butter Loaf

Nasi Goreng Bawang Putih Atas Batu

Jumaat, April 17, 2026

Assalamualaikum. Salam Jumaat. Semoga kalian semua sihat dan baik-baik sahaja hari ini.

Pagi ini, buat sarapan nasi goreng. Nasi goreng bawang putih atas batu. Kenapa atas batu? Dahulu, jika makan di satu restoran Jepun ni,  saya suka pesan Ishiyaki Garlic Fried Rice

Ishiyaki bermaksud stone cooked or grilled - makanan disediakan atau dimasak di atas batu granit panas lalu dihidangkan terus. Dahulu, secara tradisional, penduduk Jepun (terutamanya para nelayan) guna batu kawasan gunung berapi untuk kaedah masakan ini.

Inilah nasi goreng atas batu yang saya maksudkan.

Ishiyaki Garlic Fried Rice

Jejari Keledek Goreng | Sweet Potato Fries

Rabu, April 15, 2026

Assalamualaikum. Apa khabar, kawan-kawan?

Sudah bersarapan ke belum?

Pagi ini, saya buat jejari keledek goreng untuk makan pagi. Kemas-kemas dapur, terjumpa baki keledek yang saya beli dua minggu lepas. Dah bertunas pun. Baiklah digoreng sebelum keledek-keledek tu rosak.

Keledeknya saya potong memanjang. Kononnya, nak buat macam sweet potato fries ala-ala Shihlin, Sweet Plum Potato Fries ke apa namanya.

Jejari keledek oren