Satu lagi lagu duet Hafiz dan Adira yang bakal jadi hits, Untuk Cinta. Lagu ni merupakan OST untuk filem Pilot Cafe, adaptasi novel karya Ahadiat Akashah. Pertama kali dengar macam 'Hmmm,...boleh layan nih!' Bagi saya tidak sehebat gandingan mereka yang terdahulu,
Ombak Rindu. Tambahan pula, telinga ni masih dimanjakan dengan duet ummpphhh Dato' Siti Nurhaliza dengan Cakra Khan dalam
Seluruh Cinta. Mungkin ambil masa sedikit untuk terima lagu ni. Secara peribadi, saya suka bahagian
verse berbanding
chorus :)
Lirik Lagu 'Untuk Cinta' - Hafiz & Adira (OST Pilot Cafe)
Ciptaan: Nurzaidi Abd Rahman
[Hafiz]
Kau tunjukkan aku yang memangnya
tak pernah tahu
erti sebenarnya cinta
dari jiwa
bukan hanya dari mata
[Adira]
Kau ajar hatiku kasih setulus seikhlasnya
tak pernah mengeluh
walau kan terpisah
sedikitpun tak berubah
[Hafiz & Adira]
Namun takkan menjadi milikku
cinta bukan tercipta untukku
(Chorus)
[Hafiz]
Tolong jagalah dirinya
buat diriku
jangan biar luka lagi hatinya
yang amat ku cinta
yang milik engkau saja
Biar ku simpan semua
kasih dan cinta
akan ku pendamkan sepanjang nyawa
hingga tiba masa
untuk aku bercinta semula
[Adira]
Selamat tinggal kasih
aku kan pergi (ku kan pergi)
bawa diri (bawa diri)
yang telah rela (yang telah rela)
dan mengerti (oohhhh)
[Hafiz & Adira]
dan di sini saja
berakhirnya sebuah kisah
cinta bertepuk sebelah
terpaksalah
ku terima tentuannya
Ohhhhh
Psst! Bagi adik-adik yang dah mula request guitar chords Untuk Cinta, harap bersabar ye. Kena beratur masuk line :) Sekarang tengah usahakan easy chords Linangan Terakhir - Forteen.
DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang,
penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media -
termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang
terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi.
Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada
dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.