Sebenarnya, cerita makan kunafa ini sudah agak basi. Kisah bulan lepas. Selepas ziarah pusara Cekebon, saya dan Cekengah mencari tempat untuk bersarapan. Pada hari itu, ramai pula orang bersarapan di luar. Beberapa lokasi asal pilihan kami di TTDI penuh sesak dengan orang ramai.
Malas hendak pusing-pusing lagi kerana perut sudah benar-benar lapar, kami menghala ke Sg. Penchala. Pergi makan di Sambal Hijau. Saya okey sahaja. Kebetulan sedang teringin makan gulai kulat sisir. Alhamdulillah, ada rezeki jumpa gulai itu di sana.
Setelah selesai makan, Cekengah terpandang kedai kunafa. Selain menyediakan ruang untuk vendor meletakkan produk makanan, pihak Sambal Hijau sublet ruangan kedai mereka kepada seorang penjual kunafa. Pilihan kunafanya banyak. Rambang mata juga dibuatnya.
Kunafa Coklat
Kami pilih dua jenis hidangan sebagai pencuci mulut. Pertama, kunafa coklat. Ini memang sedap. Saiz hidangan tidak terlalu besar dan gabungan rasa bahan-bahannya memang ngam. Mewah pada deria rasa tetapi tidak terlalu manis.
Sebelum ini, saya pernah rasa kunafa yang sos coklat dan kejunya melimpah-ruah. Manis sampai juling mata!
Kunafa ini just nice! Barulah kita boleh nikmati setiap suapan dengan senyuman. 😊
|
Kunafa coklat dengan taburan kismis dan serbuk pistachio. |