Selamat Datang Disember | Go and Live Your Dreams

Ahad, Disember 01, 2024

Assalamualaikum.

Salam 1 Disember.

Entah mengapa, bulan November saya terasa seperti panjang sangat. Mungkin kerana ada banyak kerja dan urusan-urusan yang perlu dilunaskan. Alhamdulillah, semuanya sudah rampung! Bulan dua belas, bulan untuk saya berehat-rehat. Insya-Allah, dapatlah luangkan masa lebih sedikit untuk berblogging dan blogwalking. Tunggu ya… saya akan sampai juga mengunjungi kalian.


Go and Live Your Dreams

Go and live your dreams.

Kord Gitar Belakang Tabir - Syamel

Lagu Belakang Tabir nyanyian Syamel ini memang antara lagu teratas dalam playlist saya. Suka sangat layan. Merdu mendayu-dayu! Sayang juga lagu ni tak berjaya menempatkan diri ke AJL. 

Selama ini, saya ingat saya sudah terbitkan entri Chord Belakang Tabir. Rupa-rupanya, lama terperam di ‘belakang’ draft. Okey, kali ini kita publish betul-betul. 😊


Kord Gitar From FAMF Tower

Makan Kunafa di Sambal Hijau

Rabu, November 27, 2024

Sebenarnya, cerita makan kunafa ini sudah agak basi. Kisah bulan lepas. Selepas ziarah pusara Cekebon, saya dan Cekengah mencari tempat untuk bersarapan. Pada hari itu, ramai pula orang bersarapan di luar. Beberapa lokasi asal pilihan kami di TTDI penuh sesak dengan orang ramai.

Malas hendak pusing-pusing lagi kerana perut sudah benar-benar lapar, kami menghala ke Sg. Penchala. Pergi makan di Sambal Hijau. Saya okey sahaja. Kebetulan sedang teringin makan gulai kulat sisir. Alhamdulillah, ada rezeki jumpa gulai itu di sana.

Setelah selesai makan, Cekengah terpandang kedai kunafa. Selain menyediakan ruang untuk vendor meletakkan produk makanan, pihak Sambal Hijau sublet ruangan kedai mereka kepada seorang penjual kunafa. Pilihan kunafanya banyak. Rambang mata juga dibuatnya.


Kunafa Coklat

Kami pilih dua jenis hidangan sebagai pencuci mulut. Pertama, kunafa coklat. Ini memang sedap. Saiz hidangan tidak terlalu besar dan gabungan rasa bahan-bahannya memang ngam. Mewah pada deria rasa tetapi tidak terlalu manis. 

Sebelum ini, saya pernah rasa kunafa yang sos coklat dan kejunya melimpah-ruah. Manis sampai juling mata! 

Kunafa ini just nice! Barulah kita boleh nikmati setiap suapan dengan senyuman. 😊

Kunafa coklat dengan taburan kismis dan serbuk pistachio.

Kord Gitar Nurcinta - Amir Masdi (Easy Chords)

Selasa, November 26, 2024

Dah makan minggu lagu Nurcinta ini melekat dalam kepala. Penangan drama Andai Tiada Dia. Di rumah ni, semua gigih ‘memberikan komitmen’ tonton Andai Tiada Dia, hendak tahu apa kesudahan kisah Suri, Haikal dan Falah. 

Chord Nurcinta di bawah telah saya transposed ke versi lebih mudah. Jadi, sesuai buat pemula untuk turut sama berdendang. 


Kord Gitar From FAMF Tower