Assalamualaikum. Salam Syawal ke - 8. Dah mula sibuk dengan kerja atau masih sambung raya? Apa-apapun, jangan lupa jaga diri. 😊
Saya masih belum sempat buat entri-entri raya. Tak mengapalah, raya kan sebulan… perlahan-lahan kayuh.
Baju Raya Disabot Yuri
Hari ini hendak cerita tentang baju hari raya saya yang disabot (disabotaj) oleh Yuri. Sebenarnya, tahun ini tak beli baju raya sebab ada beberapa pasang baju pemberian orang yang saya tak pakai-pakai lagi. Baju yang masih belum dipakai itulah yang akan dijadikan baju raya.
Tema hari raya pertama shades of brown. Okey, tak ada masalah. Saya pun siaplah keluarkan baju, tinggal gosok sahaja keesokan hari.
Malangnya…
Lenyaknya 😅 |
Salam Lebaran 1445
Rabu, April 10, 2024
Assalamualaikum. Salam 1 Syawal!
Alhamdulillah, selesai sudah kita laksanakan ibadah Ramadan. Kini masanya untuk raikan Syawal.
Selamat berhari raya buat kalian semua. Semoga masa yang ada ini dapat diluangkan sebaiknya bersama yang tersayang.
Tahun ini, tahun pertama kami adik-beradik beraya tanpa Cekebon (ibu). Sedih dan sayu tu memang tak tergambarlah. Mujurlah si bongsu balik dari Dubai sebentar, dapatlah beraya bersama-sama sementara dia bercuti ni.
Team Raya Kuala Lumpur
Kalian beraya di mana tahun ini? Cuti raya lama tak? Saya balik bandar. Team Raya Kuala Lumpur. 😊
Salam Aidilfitri 1445H |
Gambar raya sipi-sipi namanya. 😂 Bunga tu saya yang ‘gubah’ (Baca: Kerat-kerat dan cucuk-cucuk masuk dalam pasu.) Perasan jadi florist tersohor pada malam raya, kita bagi karangan bunga yang masuk blog.
Maaf Zahir Batin
Meskipun kebanyakan antara kita hanya berkenalan dan bersua secara maya, biarpun antara kita jauh dibatasi jarak, saya yakin kesalahan tetap boleh terpahat.
Langgan:
Catatan
(
Atom
)