Ahad, Mac 23, 2014

Apa itu 'Epoxy Sticker'?

'Epoxy Sticker' sebenarnya ialah pelekat lutsinar yang diperbuat daripada plastik dan menggelembung seperti buih di bahagian atasnya untuk memberi efek 3D pada pelekat berkenaan. Di pasaran, 'epoxy sticker' boleh didapati dalam pelbagai corak dan imej. 

Selain itu, kita juga boleh dapatkan 'epoxy sticker' yang kosong/jernih untuk kita hasilkan projek kraf kita sendiri. Macam pelekat di bawah ni,.. guna kreativiti, work with some beautiful pictures, boleh hasilkan fridge magnet, keychains dan anting-anting.

Terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz.

Epoxy stickers milik saya.

Inilah 'clear epoxy sticker @ clear epoxy dome' yang saya beli. Bersaiz 2.5cm (1 inci). Dalam 1 pek ada 12 unit. Saya memang perlukan saiz ini sebab nak buat 'fridge magnet' yang kecil.



Ini pula mini fridge magnet yang saya buat menggunakan epoxy sticker. Tutorial membuat mini fridge magnet di atas boleh dilihat di sini.

Dalam stok bahan kraf saya, epoxy sticker font ini yang paling saya suka. Menggunakan font 'Typist', sticker ni sesuai sangat untuk buat kad atau sebarang projek kraf yang bertema ala-ala rustic/retro/vintage.

Epoxy sticker font



3 ulasan:

  1. Baru tau nama nye epoxy sticker.
    Tapi xpnah beli sebab mahal tp xtau nak wat ape sblm ni.

    BalasPadam
  2. Hai farrah, camne saya nak contact awak ye.. nak tya kat mana nak beli epoxy sticker yg kosong tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, Mastura,
      Saya dah balas e-mel dah. Harap infonya dapat membantu.

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.