Selasa, Jun 10, 2014

Cutting Mat Baru

Jumaat lepas pergi shopping stok barang dapur. Ramainya orang! Sana-sini sesak! Musim cuti sekolah beginilah gamaknya. Saya kurang gemar pergi shopping waktu-waktu macam ni. Cepat kusut kepala hehehe. Tapi terpaksa gagahkan diri juga. 

Selesai bergelut beli barang, kami singgah masuk POPULAR sekejap. Bott nak beli buku. Saya pula nak beli buku setem baru :) Tengah belek-belek buku setem, Bott datang tayang dekat saya 'cutting mat' besar. Punyalah saya excited! Sebelum ni, saya memang ada 'cutting mat' untuk kraf saya yang bersaiz A4. Memang niat hati nak cari yang slightly bigger. Yang ini, saiz A3, harga RM19.90 (10% diskaun dengan Kad POPULAR), brand DecaMAX. SCORE!

Dah cantik terletak atas meja kraf :)

Oh, sebelum decide nak beli 'cutting mat', ada beberapa perkara yang perlu kita pertimbangkan supaya pembelian kita tu berbaloi. Baca mengenainya di sini -->Ciri-ciri 'Cutting Mat' yang Baik.


2 ulasan:

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.