728 x 90

Selasa, 10 Jun 2014

Resepi Salad Timun Mudah

Cepat, mudah dan refreshing!

Salad timun yang crunchy :)

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 - 2 biji timun
  • 1 biji lemon (parut kulitnya dan perah 1/2 biji lemon untuk dapatkan jus)
  • 1 labu bawang besar (hiris)
  • 1 sudu besar Extra Virgin Olive Oil (kalau tak ada, minyak zaitun biasa pun OK)
  • 1 tangkai daun pudina
  • beberapa helai daun limau (hiris halus)
  • garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan:
  •  Masukkan timun dan bawang yang telah dipotong ke dalam mangkuk sederhana besar. 
  • Masukkan pula minyak zaitun, jus lemon (Jangan masuk kesemuanya sekaligus. Takut nanti terlebih masam pula.), parutan kulit lemon, hirisan daun limau dan daun pudina.
  • Perasakan dengan garam. Gaul hingga sebati.
  • Sedia untuk dihidangkan :)
Saya suka serve salad timun ni dalam keadaaan sejuk. Jadi, saya akan sediakan lebih awal dan simpan di dalam peti sejuk. Bila nak makan, baru hidang. Salad timun dingin dengan rasa sitrus,...sangat menyegarkan!!! Cubalah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...