Sabtu, Julai 12, 2014

Resepi Biskut Raya - Biskut Oreo Coklat Cip


Nak cuba tak biskut rangup dan yummy nih? Ini antara biskut kegemaran saya. Tak perlu tunggu raya. Buat untuk makan hari-hari biasa pun, cepat je balang biskut lengang! Drop cookies. Tak payah nak bentuk-bentuk atau terap. OK, ambil resepi ni :)

Resepi Biskut Oreo Coklat Cip

Bahan A
150g mentega
150g gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Bahan B
180g tepung naik sendiri
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
(Ayak, kemudian masukkan 1/2 sudu teh garam halus)

Bahan C
100g coklat putih (parut halus)
160g coklat cip
100g biskut oreo (boleh beli yang telah sedia dihancurkan/hancurkan sendiri)
80g cornflakes (kisar halus)

Cara-cara:
  1. Panaskan ketuhar 170 - 175 darjah celcius.
  2. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sekata. Kemudian, masukkan pula esen vanila. 
  3. Setelah adunan menjadi gebu dan warna bertukar pucat, masukkan Bahan B. Gaul rata.
  4. Masukkan parutan coklat putih, coklat cip, biskut oreo dan cornflakes. Gaul hingga semua bahan menjadi sekata.
  5. Ambil satu sudu teh adunan dan letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilengser. Jarakkan sedikit kedudukan doh biskut kerana biskut akan mengembang.
  6. Bakar selama 12 - 15 minit (bergantung pada ketuhar masing-masing)
 Selamat Mencuba!

7 ulasan:

  1. Macam best ni. Tapi, nak beli barang kat kedai borong tu yang mahal. Slalu ramai orang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. adoyaiii, time ni gi kedai borong mmg laga2 punggung ;)

      Padam
  2. wow..tumpang lalu dan salin resepi kejap..mesti sedap ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. cubalah SB. memang rangup krup krap krup krap!

      Padam
  3. selongkar punya selongkar jumpa ni, bookmark. yana pernah buat tapi tak letak oreo la. tak berapa cantik tapi habis la adikadik makan. hehehe. nanti nak try akak punya resepi plak. bookmark!

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.