728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Jumaat, 26 Disember 2014

Tutorial Kraf Kertas: Buat & Hias Kad dengan 'Squares'

Hari ini saya nak kongsi satu lagi cara mudah untuk hias kad ucapan yang kita buat. Guna squares. Ya, segi empat sama! Seperti Kad Mini dan Penanda Buku daripada Sampul Surat Terpakai, kita boleh gunakan lebihan-lebihan kertas yang kita ada.

Potong kertas mengikut saiz yang dikehendaki. Kebiasaannya, saya suka 2.5 X 2.5cm atau 3 X 3 cm.  

Squares sedia untuk digunakan :)
Ambil kertas keras atau kad kosong (pilih kombinasi warna yang sesuai) dan tampalkan kertas segi empat yang telah dipotong. Boleh buat bingkai atau frame untuk setiap squares (lihat gambar di bawah sebelah kiri) atau susun menjadi satu embellishment besar seperti di sebelah kanan. Ikut kreativiti kalian nak guna warna atau tema apa. Macam saya, di sebelah kiri tu semua kertas polka dots. Sebelah kanan pula, saya cuba nak buat theme retro :)

Tampal squares guna glue tape untuk hasil kerja yang lebih kemas.

Hasilnya,...

Kad Happy Birthday & Sent With Love :)
Boleh buat macam-macam warna,.. susun macam-macam gaya. Semuanya terpulang pada kita. As usual, kad-kad ini dibiarkan separuh siap. Nanti apabila ada tempahan atau nak beri pada orang, barulah touch up dan tambah apa yang patut.

Blank cards with squares embellishments

Senang kan? Cubalah :)


53 ulasan:

  1. kreatifnya kak Farrah, kalau ada lebih..boleh bagi saya sekeping ya ..hiks :)

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Thanks, Wawa. Wawa pun boleh buat. Susun2 tampal2 je :)

      Padam
  3. cantikk...tangan kalau dah berseni,buat apa pun menjadi..keep it up farra..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Khaty. Khaty pun boleh buat.
      Potong, tampal, susun :)

      Padam
  4. wahh.. cantiknya dear, nanti boleh try buat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti ada masa mama cuba buat ye :)

      Padam
  5. Hallooo sawadi kra, salam dari petchaburi thailand heeeee. Lama x singgah sini header dh berubah. Nanti komen lg sbb jap g nak tido ada misi besar esok hari hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa, Sis JM dah balik dah Zarul,.Shikin...kita kena tunggulah entri gajah putih drpd sis JM :)

      @Sis JM, terharunya....tengah nak laksanakan misi besar pun sis sudi jengah sini. Thanks so much! Heheh itu header tukar angin namanya ;)

      Padam
  6. Sawadikra! Salam syg dari petchaburi thailand :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah wah..dh pandai berbahasa siam dh ni..

      Padam
    2. Sis JM sempat dress up pakai pakaian tradisional wanita thailand tak? Yang siap ada kuku lentik tu,...

      Padam
  7. eh, betul juga kan boleh buat macam tu... asyik x terfikir je dalam kepala otak ni..... T__T

    nnti nak wat birthday card macam ni lah. hehe. maceh kak kongsi ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. my pleasure. senang je nak buat kan...dengan squares kecik2, pandai2 lah nak susun ikut kreativiti :)

      Padam
  8. eh, lupa cakap. saya klik2 nuff2 sekali ^^

    BalasPadam
  9. K.Farrah, suka betul dengan idea ni.
    Siyes i never think of these..
    Sangat-sangat kreatif.
    * Satu yang saya excited sangat sebab dah ada cutting mat macam akak. Bolehlah buat kad camni untuk kad ucapan birthday sesiapa Nnti. Tak yah beli. Hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Shikin. Buat sendiri lagi puas hati (provided kita ada masa la).
      Lagi tinggi nilai sentimentalnya :)

      Padam
  10. K.Farrah, tulisan happy birthday tu ada cop ke?

    BalasPadam
  11. Tulisan 'wishing you all d best' tu wat cemana pulak? Semua saya xtau ni..
    Harap sudi ajarkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu pun pakai cop juga. Tapi jangan risau. Awal2 nak berjinak2 dengan cardmaking, tak perlu beli semua barang terus. Shikin boleh design sendiri ucapan macam Happy Birthday, All The Best, I Miss You guna fonts yang cantik-cantik. Then, print atas kertas tebal/kad. Tampal atas kad ucapan :)

      Padam
  12. Awat comey sangat ni..snangnya lahai..hehehe

    BalasPadam
  13. Cantiknya akak.. hehe. Nanti nk try buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila..sila...dah buat jangan lupa kongsi kat blog tau :)

      Padam
  14. alaaa comel!
    bila la nadyya nak rajin ek. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kad ni senang je, Nadyya. Nak buat pun sekejap je :)

      Padam
  15. Kak Farrah.. besday CT bulan lima nanti taaaau hehehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahah tau tau...bulan 5 ...kena ada hello kitty :)

      Padam
  16. "Semuanya terpulang pada kita" ... hahaha.. kalau kita malas, kita dapat tengok je lah kan... hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pe, Firah. Tengok dulu,..kumpul idea. Nanti bila rajin sampai, terus boleh buat!

      Padam
  17. Waa.. kreatif ni.. ni klau tgh student lg, confirm dah bt bg kat boyprend.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheeh sekarang pun boleh bagi....apa salahnya ;)

      Padam
  18. yang pandai buat kraf n ada idea mmg dibuat cantik dan senang..! heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheehh cardmaking ni, nana...ada bahan dan alat cukup semua orang boleh buat :)

      Padam
  19. comelnyaaaaaa..wana suka..kak farah memang layak pun dapat title ratu kraf..hehe, crown kena minta dengan firah..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha dahsyatnya title tu. Yelah, nanti akak tunggu crown drpd Firah. Akak share tutorial ni supaya kalian semua boleh dapat general idea. Nak buat kad tak semestinya kena guna barang2 yang mahal. Bila kena gayanya, kad yang kita hasilkan, lagi cantik dari yang ada kat kedai + lagi murah kosnya :)

      Padam
  20. nak satuuuu....hihi.... suke kaler purple tu.. :)

    BalasPadam
  21. Best kalau cukup barang. In Sha Allah, kalo ada bajet nak buat mcm akak jugak la. Hehe. Harap ada kerajinan ^.^

    BalasPadam
  22. Waaahhh cantekkkk boleh cube jugak ni.... gud idea.. ok smpan dlm laci idea nie.. heheehh

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...