Ahad, 8 Februari 2015

Kraf Kertas - Sticker Book of Phrases

Dah lama tak tulis entri mengenai bahan/material untuk buat kraf kertas. Hari ini saya nak kongsikan satu produk baru POPULAR - Sticker Book of Phrases. Buku ni mengandungi beberapa halaman pelekat yang cantik-cantik dengan sentimen yang biasa kita gunakan. Contohnya: Thanks so Much, Happy Birthday, Love You! Jadi, sesuai sangat untuk digunakan sebagai hiasan kad atau scrap book.

Sticker Book of Phrases (2 jenis)

Mari saya beri sneak peek isi kandungan di dalam.

Ada juga inspiring & motivational quotes =)

Cantik untuk ditampal pada kad!
Pelekat-pelekat dalam buku ni ada lebih kurang 90 keping. Nak guna pun senang sebab setiap pelekatnya pre-cut. Just peel the sticker dan tampal. Boleh juga ditampal terlebih dahulu atas kertas tebal atau kad dan kemudian dipotong mengikut bentuk kesukaan. Hanya RM4.90/buku. Bagi yang ada membership POPULAR, boleh dapat potongan 10%. Berminat? Dapatkan di cawangan POPULAR yang berhampiran.



78 ulasan:

  1. Sekarang jugak SS pegi beli... Ha Ha Ha.. SS suke sticker2 macam ni utk scrapbook SS tu... He He He...

    BalasPadam
    Balasan
    1. org ada scrapbook boleh lew..JM ni ada notebook je

      Padam
    2. saya ada gak scrap... tapi scrap getah kt kebun lah..hihi

      Padam
    3. Hahaha scrap getah! Zarul ni macam2 lah :)

      @SS - Memang sesuai utk SS hias dan indahkan lagi buku skrap SS. Kalau ada theme travel lagi OK kan,...

      @JM - ada gak 'book' nya, sis :)

      Padam
    4. SS dah cari... Tak ada yang cam Cikgu Farrah punya... Tapi SS beli 300 font.. He He He...

      Padam
    5. SS pun minat jugak ka?
      Cantik lah buku travelog SS nanti.
      Jadi colorful lah pasni.

      Padam
  2. omoo omoo Kak Farrah. this is cool. selalu sticker katun aja kan.. ini best ni..
    CT suka stickers Kak Farrah. infact dulu memang collecting them was one of my hobbies. dah besar2 ni memang taklah but Kak Farrah buat kraf jadi its okay.. menariknya.
    popular paling dekat dengan rumah dekat sejam baru sampai =P hakhak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. satu jam baru sampai CT..mmg x berbaloi lah nk pegi..itu dh tempoh masa sis JM ke Nogori Sembilan

      Padam
    2. jauhnya CT sejam tu... p mall kat mna tu

      Padam
    3. Uishhh jauhnya, CT. Kalau camtu hold dulu niatnya ya. Nanti balik Bangi leh survey2 :)

      Padam
    4. CT kalau nak p beli kat popular beli kat kak ekin gak deh... hahhahaha :P

      Padam
    5. Nak pi Popular sampai 1 jam?
      Kalau macam tu cari Kedai Takpopular.
      Ada jumpa ka?

      Padam
  3. eh.. murah lah harga tu.. untuk sticker sebanyak itu..
    nampak macam dah mula tergoda hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tergoda ke,...haa kumpul2 idea. Nanti senang nak buat kad ke scrap page ke,..

      Padam
    2. i pun dah tergoda... siap merajuk2 dah dgn en suami... hahahhaha nak beli benda ni....

      Padam
    3. Memang menggoda tau k.Farrah.
      Tapi, kalau beli kena sorok dari si kenits kat rumah ni.

      Padam
  4. Wahhh.. ini memang menarik untuk bebudak! Tapi saya pun suka jugak. Hehe.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Utk budak2 tak sesuai, Faa. Diorang tak reti appreciate wordings sticker tu. Sayanggggg. Budak2 sesuai kasi sticker kartun :)

      Padam
  5. sesuai sngt utk anak-anak kaknoor farrah harga pun berbaloi tuuu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang berbaloi, Kak Noor. Stickernya cantik-cantik pula tu :)

      Padam
  6. Wahh, sticker kreatif..")

    Org yg suka kreatif pasti minat dgn ni kan..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sticker ni senang nak buat kad atau hias scrapbook, Wawa :)

      Padam
  7. eeeeeeeeeeeeeeee kak farah buat orang jeles laaaaaaaaaaaaaaaa.... nak gakkkkkkk la
    hahahahhah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amboiiiiiii, panjangnya 'jeles' dia! Apa lagi, ekin. Sila serbu POPULAR yang berhampiran!

      Padam
    2. hahahahhaah.... POPULar ni kat mana la... tnya abang dia pun tak taw... abang mana suka g tempat2 buku ni masa dia bujang2... wife dia sorang ni kaki NOVEL kempunan nak shopping novel dah terbantut ni... kdg2 merajuk dengan dia. hahahhaha lucu pulak kalau ingat...

      Padam
  8. sangatt cantikk. suka beli benda2 yang cantik dan comel camni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak dapat tengok menda2 cantik comel begini dah boleh ceria dah :)

      Padam
  9. Bestni.. sangat menarik..senang kerja saya yg perlu nak tulis2, potong kertas lagi, just lekat jer.. nak gi cari la esok kat popular.. thanks farrah sebab share bende ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. U r most welcome.
      Menarik & convenient-kan utk kita, dp :)
      At least tak mati akal nak hias apa.

      Padam
  10. Thanx k.Farrah buat entri ni.
    Tau kan saya suka jamu mata tengok bahan2 kreatif k.Farrah ni.
    Rm4.90 untuk 90 stickers? Kira murah lah kan?
    K.Farrah memang banyak bahan2 cenggini. Apesal kalau saya jalan-jalan selalu x jumpa yang best. Kalau jumpe sticker pun selalu yang x menarik. Kalau jumpa yang menarik pulak..mesti mahal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benda2 macam ni semuanya bergantung pada stok, Shikin. Akak selalu berperang dengan diri kalau nak beli. Dulu2 jumpa je beli, walaupun tak cantik. Then mati akal nak buat apa. Sekarang ni akak biasakan survey2 dulu,..tak jumpa hari ni esok lusa mungkin jumpa :)

      Bagi akak buku sticker tu memang murah. Sebab ada greetings yang common kita gunakan. Shikin cari dulu, nanti kalau tak jumpa sms akak. Akak jumpa akak belikan kat sini :)

      Padam
  11. cantik sangat ^^ kalau adik nani ni memang minat benda benda gini. nani je kurang sikit. heheh ^^

    BalasPadam
  12. Sukanya stickers macam ni :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. suka kan,...akak memang tak tahan godaan kalau tengok sticker begini :)

      Padam
  13. menarik nih.. nanti nak terjah POPULAR laa cari.. ok laa harga tuh, banyak plak pelekatnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila terjah segera, eyda. Memang berbaloi :)

      Padam
    2. tu laa sebab berbaloi kena terjah POPULAR nih.. harap2 terjahan membuahkan hasil..

      Padam
    3. nk cri kat popular gak..eheee

      Padam
  14. rajinnya kak farrah mengkreatifkan diri..haha.. well thanks for sharing..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah sikit2 hehehe
      Ada buku sticker camni, senanglah proses kerah idea :)

      Padam
  15. heehe siap promote lagi tu...
    kak farrah kalau dpt bnd2 cmni mmg kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe memang terlajak excited kalau nampak bende2 gini, ayu :)

      Padam
    2. ayu pon suke gak kak..
      tp bile dah beli ase sayang plak nak gune
      bape byk stiker2 yang ayu xgune
      sampai kadnag tu dah rosak dah tau..

      Padam
  16. cari dah tempat popular ni kat giant xde la.... huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. La ye ke,...cuba cari kat POPULAR yang besar sikit. Maybe tempat yang ekin pergi tu tak ada jual barang2 utk kraf.

      Padam
    2. nanti nak ajak abe pergi tesco pulak2 kut ada la POPULAR ni

      Padam
  17. zaman sekolah sukala benda nie. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zaman kerja dah tak suka dah, Maria?

      Padam
  18. sis JM ni klau barang2 kraft camni mmg pandang sebelah mata je kekadang tu x pandang langsung..nk tahu kenapa? SBB x kreatif dan x tahu nk buat apa lah ngan menda alah tu huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. alang2 xpyh pandang terus la sis..dari sebelah mata ja panda ng

      Padam
    2. Sis JM tak payahlah pandang barang2 kraf ni. Nanti tak sempat nak blogwalking ziarah kami hihihi

      Padam
    3. JM pandang SS je laaa... Kah Kah Kah...

      Padam
  19. kalau org rajin, kreatif dan berseni like Farrah..mcm2 boleh buat kan..ada je idea beliau..yg pasti murah sbb harga pun x sampai RM5

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahah tak delah kreratif berseni mana, sis,..Zarul. Ada benda2 macam nilah yang buat kerja lagi mudah.

      Padam
  20. ni time zaman kecik2 dulu dok slalu beli... main pelekat merata...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak kena hambat ke Zarul lekat merata tuh?

      Padam
    2. Itu pelekat yang ada dalam dingdang... tora... dengan mameee laa tu....

      Padam
  21. wah wah wah!! bagus utk og2 yg "terlebih" kreatif mcm saya kot2 tetiba teringin nk buat sndiri kan kad ucapan..hehehe

    zinziemeewah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang kan,..kita tepek-tepek je :)

      Padam
  22. murahnya..memudahkan la kerja diy lepas ni kan kak..gambar2 pun cantik dan comel2..wana ni x ada bakat macam kak farah..dulu wana suka buat kerja kraf ni tapi skang ni penyakit M tu lebih dari rajin..achener tu??huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Wana. Memudahkan kerja hias menghias ni. Alaaa,..wana lagi hebat. Tiap2 hari hasilkan kek sedap.

      Padam
  23. Macam best je pelekat ni..tapi kalau Acik beli, nak tampal kat mana?Hmm...susah jugak jadi tak kreatif ni..boleh tampal kat kereta tak?hihii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheeh jangan acik. Acik kalau teringin beli, boleh buar bookmarks...tak pun buat kad kecik2 kasi pada staff & guru2 kat sekolah :)

      Padam
  24. lawa2nya selalu saya google ja,ada freebies scrap sticker ..tak tahu ada jual..murah pula tu..alahai..rugi ja ink print

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas ni kalau jumpa kat kedai boleh beli, Nana. Simpan buat stok/back up. Akak pun klu desperate cari kat internet je tapi itulah ink colour kena ada :)

      Padam
  25. Wah, baru tahu...nak kena terjah POPULAR ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila cik mimie. Grab sebelum habis stok!

      Padam
  26. Ala mana nak cr popular ni. Hehe. Cantik2 sticker dia. Ank buah sy sebut tisker. Mula2 nganga jugak sy tisker tu apa. Lepas tunjuk bru tau. Haha. Kalo stokin dia sebut toskin. Belit betul lidah dia. Bru 5 thn dimaafkan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaaa comelnya...tisker...toskin...pandai pulak dia pusing2 perkataan tu. Macam spoonerism pun ada dah :)

      Padam
  27. popular ye ke yg ada? alahai.. popular jauh la. wuuu..

    BalasPadam
  28. bawu ja masuk popular farra..macam mana boleh tak jumpa sticker nie..dah memang tak cari,memang tak jumpa la kan farra..tengok farra buat je la,mana tau kot2 ada peluang dapat macam yang sebelum nie punya..khaty simpan,sayang nak guna..

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...