Seloka Tetamu Hebat Mei

Rabu, Jun 03, 2015

Assalamu'alaikum. Salam Ceria Hari Rabu!


Rajin komen banyak untuk Mei

Seloka Tetamu Hebat Mei

Bulan Jun sudah tiba,
Kali ini kita berseloka,
Tetamu Hebat Mei di FAMF Tower,
Yang rajin komen dengan banyaknya.

Sis Jari Manis juara carta, 
Kalis tumpas selesa di takhta,
Orangnya peramah dan mudah mesra,
Confirm 'rerupis' sampai bila-bila.

Cik Ash a.k.a Ekin di tempat kedua,
Asal Kelantan menetap di utara,
Hobi tonton TV dengan mak mertua,
Terjahlah Ekin, tak rugi punya.

SS yang sempoi lagi bersahaja,
Maintain kacak jelita bergaya,
Baca coretannya pasti ketawa,
Kan saya dah kata,..kembara SS kelas pertama!

Zarul Farhana nama diberi,
Sibuk praktikal lama menyepi,
Dah tak kira kontena giat beraksi,
Duhai Zarul, selamat kembali.

Safee Yang Menunggang? Bukan Safee,
Syamsul Yang Mencelah jauh sekali,
SYM ini Siti Yang Menaip, ceria dan friendly,
Si manis paling comel penghibur hati.

Orbit gembiranya Izzat dan Kimie,
Antara kisah yang selalu dikongsi,
Itulah izzeyda, jenguklah blog ini,
Orangnya baik hati dan rendah diri.

Syida di sebalik Qaseh Abadi,
Suida julukan yang SS beri,
Suka berkongsi info sihat itu ini,
Maklumlah orang tu tauke Shaklee.

Cik Mimie si penggemar bunga mawar,
Paparan blog ros merah berkembang mekar,
Baca komennya pasti senyum lebar,
Tapi hati Cik Mimie sudah disambar.

Anies memang suka berkongsi,
Pelbagai info dan hebahan terkini,
Entri-entrinya bermanfaat bererti,
Banyak kisah yang boleh diteladani.

Si cantik manis namanya Wana,
Lemah lembut berbudi bahasa,
Pandai buat biskut, kek dan kuih segala,
Nak order kuih raya? Cari Wana segera!

Hidayu Ayumie si mummy muda,
Firash Bambam penyeri harinya,
Aksi dan keletah menghibur jiwa,
Apa lagi, berkunjunglah ke sana.

Meski sibuk sempat lagi bolos diri,
Pengalaman menariknya diterjemah ke entri,
Ziarah Intan dan dara ciliknya, FL di sini.

Pada yang tak tersenarai jangan hampa,
Kunjungan kalian tetap bermakna,
Nantikan kunjungan balas daripada saya,
Dengan izin-Nya, bila tiba masa dan ketika.

Terima kasih buat semua,
Jangan tersisih jangan terasa,
Ini sekadar suka-suka,
Buat hiburkan hati kita.


129 ulasan

  1. saya bercita-cita menjadi tetamu hebat jun! =)
    tahniah buat yang tersenarai. best seloka tu lah

    oh ya kak, yang pasal tiroid tu kan...
    saya sekarang dah disahkan kena hypo, bukan lagi hyper
    tukar ubat dah =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheh semangat YY! Semangat!
      Jadi hypo lepas buat treatment iodin ye? Apapun akak doakan YY terus sihat ye.

      Padam
    2. hehe...semangat itu perlu kan!
      ye. saya kena buat dua kali treatment tu
      yang second time baru confirm hypo...lagipun mmg itu target diorang
      saya juga doakan kesejahteraan akak, makan ubat lagi kan kak

      Padam
    3. Haah, akak still on carbimazole. Betul-betul,..akak pernah dengar ada seorang patient ni, doktor memang suruh dia lalui treatment iodin tu untuk jadikan dia hypo. Sama-samalah kita doa moga penyakit kita ni terkawal ye YY :)

      Padam
  2. hahaha kak Farah seloka buat ekin memang terbaik sangat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah jangan ambil hati ye...akak teringat kita selalu borak pasal TV :)

      Padam
    2. Hahahaha xambik hati nk tergelak bc

      Padam
    3. Bagus. Gelak banyak awet muda hahahahah

      Padam
    4. betul tu Farrah.. banyakkan senyum dan gelak boleh jadi awet muda..

      Padam
    5. Itu yang pentinggggg! Eyda dah kira awet muda sampai saya perasan kakak sangat hihihi

      Padam
    6. Ekin gelak banyak pun awek muda xde dah hihihi

      Padam
  3. Amboiiiiii! Selokaaaa katanyaaaa....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kali ni kita berseloka ye, SS :)

      Padam
    2. ingat hari raya je ada seloka?haha

      Padam
    3. Haaaa,...don't play-play. Tetamu hebat pun ada seloka hikhikhik!

      Padam
  4. Part "tauke Shaklee" tu yang tak menahannnnn...

    BalasPadam
    Balasan
    1. HAHAHA.. adoii matilah Shaklee tu bangun dari kubur hantam i... ahahahaa

      Padam
    2. I is number 7 jugak kat sini SS..

      Padam
    3. 7 is my lucky No... Ha Ha Ha...

      Padam
    4. Tapi bulan ni SS lucky no. 3 :)

      Padam
    5. hahaha kena bajet bagi dapat no.7 laa..

      Padam
    6. SS jatuh anak tangga laaa ek...

      Padam
    7. Jangan jatuh menara udah! Tiba2 teringat kisah accident SS 2 tahun lalu.

      Padam
    8. SS kalau jatuh dari anak tangga carta ok lagi.. jangan jatuh anak tangga bangunan mana2 sudah..

      Padam
  5. wowww....seloka yg kretip...leh wat lagu ni farrah hihihih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teringat seloka aidilfitri... Puasa pon tak lagi... ha ha ha...

      Padam
    2. Amboi amboi amboi SS, seloka aidilfitri terus! :)
      Sis D, kalau buat lagu panjanglah,...jenuh kita nak nyanyi!

      Padam
    3. Jangan nyanyi... Bunyikan macam baca berita pon ok... Farid Ismet mesti bangga.... Keh keh keh...

      Padam
    4. Hahahah bunyikan macam berita pun OK :)
      Sis Deanna mahu tolong nyanyikan? Kecil tapak tangan, bumbung tower saya tadahkan :)

      Padam
  6. ehh..lupa nk ucap tahniah pada yg tersenarai....hihhiiih

    BalasPadam
  7. seloka ye kak farrah.. bukan tauke shaklee, just sharing ja.. yo lah makan shaklee jee.. nak share yg lain pakai tak laahh, sebab tak makan yg lain.. ;-)..
    best plak berseloka petang2 ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alah, mana tau satu hari jadi bos besar shaklee hehehehe

      Padam
    2. manalah tau doa Farrah dimakbulkan kan?

      Padam
    3. Itulah,..boleh akak tumpang senang hahahahah

      Padam
    4. Kalu dia kawin tokei sakleee jangan lupe kite udahhh...

      Padam
    5. Hahahaha dengar tu Suida? Jangan lupa titew titew ni :)

      Padam
    6. dan titew jugak.. hahaha nak jugak..

      Padam
  8. Apa2 pon... Jay Emm Cinta Hati SS... Kat mana2 pon dia paling Ngetop! Ha Ha Ha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis JM memang ratu hati, ratu carta, ratu semua lah :)

      Padam
    2. Setuju dgn kak farah tulis

      Padam
    3. SS....betul ke Jay Emm Cinta Hati SS? i miss u!!! hiksss

      Padam
    4. bulan Jun penat sikit so nak beri peluang kepada orang baru :-)

      Padam
  9. ala nama titew xde.. sedihnya :\

    tahniah pada yang tersenarai! wah, seloka tu. x pernah dapat seloka dari sesiapa. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa. Mana tau ada rezeki bulan Jun ni. Akak buat seloka bahasa Inggeris pulak utk Amy!

      Padam
    2. saya nak seloka bahasa Hindi boleh??haha

      Padam
    3. Seloka Hindi akak kena menghadap Amy J lah jawabnya!

      Padam
  10. waaaa..ramai nye pengkomen blog dia;)

    BalasPadam
  11. tahniah JM..juara bertahan..

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum kak, terima kasib kerana menyinggah..terima kasih untuk kata2.. mcm mana nak contact akak eh? No fon ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. U r most welcome. Akak dah email details akak pada Yaya :)

      Padam
  13. ada jugak seloka buat Eyda.. nak copy laa simpan.. hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah amboi siap nak simpan!

      Padam
    2. Buat stamping laaa... Chop kat merata2... Keh keh keh...

      Padam
    3. Hikhik ni idea paling win! Ada je SS ni lah :)

      Padam
    4. nak letak kat entry penghargaan untuk kengkawan.. tunggu tengah tunggu lagi kalau ada carta mana2 lagi yang sesat nama Eyda..

      Padam
    5. amboi SS sampai nak buat stamping lagi ya.. hehehe..

      Padam
  14. Yeaayhhh!, tersenarai disini walaupun kat hujung2..heheheh.. best seloka ni ingt time sekolah.. kalau hari guru mesti memasing wat persembahan seloka untuk Cikgu2..hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah, akak kekononnya teringat zaman kecik2 buat seloka, tu yang korang dapat serangkap sorang :)

      Padam
    2. Hehe..terima kasih Kak Farrah..sweet sgt Seloka Cik Mimie tu..hahaha :)

      Padam
    3. Thanks to you, Cik Mimie. Tak jemu bertandang ke mari :)

      Padam
    4. hahaha kat sekolah ayu xada pon
      selalu org budak form 6 yang buat tok kelas2 dorang pastu letak kt majalah sekolah

      Padam
    5. @Farrah MF : Sama2 Kak Farrah, tak jemu pun dtg sini..seronok baca entry2 dalam ni :)

      @hidayu ayumie : Cik Mimie time skolah rendah ada seloka2 ni..sekolah men xde..sebab sekolah cina..hahaha..

      Padam
    6. ye betul tu cik mimie
      tak pernah jemu pon
      semua info ade
      lengkap da

      Padam
    7. Alalalal sweetnya adik-adik ni. Thanks so much!

      Padam
  15. Hehehe..hati Cik Mimie telah disambar oleh burung helang..ekekek..

    ini seloka untuk Kak Farrah pulak :)

    Orangnya kreatif, tak disangkal lagi,
    Pelbagai kraf yang telah dikongsi,
    Duduk di Tower malam ke pagi,
    Itulah Kak Farrah empunya diri :P

    hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahahah best! best! Akak pun dapat seloka! Tetiba rasa macam jual beli pantun lak.
      Thanks so much Cik Mimie :)

      Padam
    2. Hahahaha..jual beli pantun pun boleh jugak..hehe :)

      Sama2 Kak Farrah.. #muahciked

      Padam
    3. Nah amik flying kiss setengah dozen :)

      Padam
    4. ooo ni kah seloka namanye
      untuk ayu xde ke cik mimie
      ayu nak balas2 balik xpandai la kak farrah

      Padam
    5. wow Farrah pun dapat pantun seloka.. mesti seronok kan..

      Padam
    6. @Farrah MF : Wah, banyaknya...heheh..toce2 :)

      @hidayu ayumie : Oit, nak ke? Meh amik ni :)

      Ibu muda cantik bergaya,
      Firash pula nama heronya,
      Cik Mimie dan dia rakan sebaya,
      Hidayu Ayumie itula dia :)

      Ha, balas2..hehehe..

      @izzeyda : Kak Eyda, Kak Farrah seronok lompat2 bintang tau..hahaha.. *gurau je Kak Farrah :)

      Padam
    7. Wah bertuah kak farah dapat seloka dari Cik Mimie

      Padam
    8. Betul eyda & ekin. Lompat2 bintang you! Kalau rasa gegaran kecil di semenanjung tu, sayalah punya angkara! Kes dapat seloka daripada Cik Mimie :)

      Padam
  16. Tahniah semua yang tersenarai :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahniah jugak kepada cik Mimie kerana tersenarai..

      Padam
    2. Tahniah untuk Kak Eyda jugak :)

      Padam
  17. Pandailah farrah buat seloka.. pas ni buat syair pulak . Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seloka ni seloka hentam je, Intan. Kalau ikut seloka betul, tak lepas ni :)

      Padam
    2. Buat lagu laaa... Titew leh tepuk tangan..

      Padam
    3. Kalau buat lagu, SS kena jadik lead singer!

      Padam
    4. hahaha kalo syair jenuh la smbil baca dok nyanyi2..
      nak feel katanya..

      Padam
  18. Saya pun termasuk dalam carta .. nombor tercorot.. hahaha

    BalasPadam
  19. ya allah kak farrah
    1st time org buat pantun tok ayu
    terima kasih kak
    terharu sgt
    heeeee masuk jugak dlm senarai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks tau ayu. Busy2 pun sempat datang berkunjung ke mari :)

      Padam
    2. tula igtkan tercicir dari senarai
      mana boleh xkunjung
      biar la sbuk mana pon
      kak farrah no 1
      heheheh

      Padam
  20. best2 la seloka tu..krestif sgt! rasa nk mintak buatkan utk ena juga..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi seloka hentam keromo je, Ena. Asal kena bunyi.

      Padam
  21. Pandai kak farrah berseloka
    Tahniah kepada tetamu hebat :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seloka rosakkan bahasa camni retilah Nabihah :)

      Padam
  22. perhhh terror nya buat pantun...

    thumbs up...
    (insert icon LIKE X pat belas kali yer)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha tak terror mana, nnhas. Ni kalau pakar bahasa ke, pakar pantun dan seloka tengok,...boleh naik darah tinggi!
      Amboiii, like pat belas kali yer! Nah saya balas flying kiss empat belas kali :)

      Padam
  23. Blog kak farah dan SS tak leh tewas kan kak JM hihihi

    BalasPadam
  24. amboii..pantun pulakk..2 3 kucing berlari,nama khaty lambat lagi..ngee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah wah wah! Dua tiga kucing berlari, nama Khaty tetap di hati :)

      Padam
  25. Tahniah buat semua pengomen terhebat;)

    BalasPadam
  26. Wahhh berpantun ye kak Farrah ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekali-sekala :)
      Omputeh kata once in a blue moon heheheh

      Padam
  27. saya suka pantun di atas. teringat zaman2 habis sekolah dulu, dlm majalah tahunan mesti ada pantun macam ni. ~~teringat pulak~~ huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Dalam majalah sekolah mesti akan ada seloka kan. Seronok baca :)

      Padam
  28. Wah pandai berseloka kak Farrah ni hehe

    BalasPadam
  29. Wah JM juara carta lagi dimana-mana hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis JM mengungguli carta buat kesekian kalinya :)

      Padam
    2. Ibu Zarith...JM dah penat...bila turun dari gunung ni emosi down je huhuh

      Padam
  30. oic. ni la entry pantun tu ekk...
    a great piece ni farrah...

    BalasPadam
  31. haaaai Kak Farrah.. maafin guweeee.. baru ada kesempatan mau singgah sini..
    amboi kak.. kuar safe kuar syamsul ahaaak.. diorang tu yang tiru nama saya..
    patut claim royalti.. hahaha..

    BalasPadam
  32. maceh kak.. akak pun slalu gak singgah blog itew..
    skrang tngk blog terbiar.. adus mcm mana ni.. pageview merudum.. sedih..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.