728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Isnin, 31 Ogos 2015

баярлалаа, Dorsett Pink

Sebenarnya saya terima parcel daripada Intan (dorsett pink) pada 25 Ogos. Tetapi, sebab hari tu banyak sangat urusan di luar, sampai rumah tak nampak apa-apa dah. Ingat bantal ingat tilam je. Esoknya, masuk 'opis' baru nampak bungkusan atas meja. Punyalah excited apabila lihat nama si pengirim. Buka-buka je, saya dapat ini,...

Ahli baru koleksi setem saya ;)
Seronok+teruja+gembira! Sampul Surat Hari Pertama dan Setem China bersempena pendaratan berjaya Chang' E-3 lunar explorer. Sayang sikit sebab sampulnya jadi kedut sana-sini (rentetan terhantuk sana sini dalam 'odyssey' nak sampai kepada saya). Tak apa, nanti kita boleh tindan dengan buku-buku tebal atau iron bagi cantik balik :)

Tak silap saya, ini dari koleksi suami Intan. Terima kasih ye, Intan (dan suami) sebab sudi beri pada saya sampul surat hari pertama dan setem ni.

Selain itu, saya dapat beberapa gulung reben dan sekeping kad buatan sendiri.

Handmade card from Intan :)

Isi kandungan kad.

Ini betul-betul buat saya terharu. Dalam kesibukan Intan dengan PhDnya, mengasuh si cilik FL, menguruskan keluarga,..masih ada ruang masa untuk buat kad istimewa ini. Kreatif Intan hasilkan kad menggunakan washi tapes dan pastel pens. Besar hati saya menerimanya. Yes, semoga ukhuwah yang terjalin ini akan kekal dan dirahmati Allah. Thanks sebab sudi berkunjung ke FAMF Tower dan baca entri-entri saya. Saya amat hargainya :)

Ada apa dengan reben? Baca yang ini pula,..

Sangat sangat suka!



Khusus buat Intan,

Thanks so much! баярлалаа (bayarlalaa) Kali ni cakap mongolia pula :) Really appreciate setiap satu kiriman Intan. Sooo thoughtful!  Saya doakan Intan dapat sempurnakan PhD mengikut tempoh seperti yang Intan rancang. Moga sentiasa diberi kelapangan dan kemudahan oleh Allah. Moga dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang sempurna dan setiap langkah diberkati oleh-Nya.


Intan di Bloggers' Board


Kad Pemberian Intan di Bloggers' Board

Jom singgah ke blog Heart's Whisper dan berkenal-kenalan dengan Intan. Orangnya sangat sweet dan ramah. Blog peribadi Intan ini ada entri-entri travel, reviews on products and services, perjalanan hidup Intan sebagai seorang student PhD (pada masa yang sama sebagai ibu si cilik comel, FL) dan macam-macam perkongsian lagi. Sesiapa inginkan idea untuk prepare meals buat si kecil, bolehlah lihat baby's food yang Intan kongsikan. Semua nampak yummy!

54 ulasan:

  1. siapa tak kenal dak intan ni..sis JM kenal dari beliau bujang until now dah ada FL...so sweet lah intan ni...x rugi kan dapat kenalan yang baik di alam maya ni termasuk lah dak Farrah sorang ni..so comfort!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy kenal JM dr zmn JM bujang....hehhehehheeheheh

      Padam
    2. JM bujang selamanya Deanna hihih

      Padam
    3. jangan laa cakap bujang selamanya kak JM..

      Padam
    4. ye lah Eyda...x nampak 'jalan' ni..huhuh

      Padam
    5. You'll never Bujang alone, JM...

      Padam
    6. Tak nampak jalan katanya... Hurmmmm...
      My dear Jay Emm... Bujang tak semestinya tidak bahagia... Yang penting belajar lah makna syukur dan hargai orang2 yg mengisi kesunyian diri saat ini... Hidup ini perlukan peneman... Dan peneman tak semestinya bergelar SUAMI!
      * Geleng kepala....

      Padam
    7. Sal!!!! give me five....jgn tinggal daku hihihih

      Padam
    8. bila SS berbicara...kelu lidah JM

      Padam
  2. huh... sangat terharu jg sis.... rajinnya kawan sis buat kad tu.... smg sis n kwn sis sentiasa bersama selamanya... Ya Rahman YA Rahim YA Jami'

    BalasPadam
  3. Wah..wana tumpang seronok..bleh tambah koleksi setem akak..apapun,tahniah Kak Farrah. :)

    BalasPadam
  4. The gifts are so cuteeeeee!

    BalasPadam
  5. terharunya dapat 'gift ' sebegini.. nanti nak singgah laa blog penghantar tuh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eyda..selamat berkenalan dengan Intan..beliau sorang yg peramah! x rugi

      Padam
    2. okey kak JM.. baru nak singgah.. huhuhu banyak lagi hutang BW yang belum langsai..

      Padam
    3. same to me..byk lagi kunjungan balas..harap2 dorang x berkecil hati

      Padam
    4. itulah kan, takut jugak ada yang terasa hati sebab tak balas kunjungan mereka..

      Padam
    5. kih kih kih not to worry...sis JM okey je

      Padam
    6. pandailah kata intan tak sombong!.. korang tak kenal lagi intan kat luar.. silap hari bulan, korang cakap "menyesal aku kenal intan".. hahhaha

      Padam
    7. don't judge a book by it cover.. hahhaa

      Padam
  6. bestnye dpt hadiah kan...lebih2 dpt pulak kad yg dibuat sndiri oleh DP....sweet sgt hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. kad dari Deanna pun suwit gak!

      Padam
    2. ahhhahah....JM nihh...kad sy tuuhh buruk bebeno..lgsug xkreatip....hhahaha

      Padam
  7. haaa.. tu dah tak keremot sangat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la kan.. kemot sangat.. rasa macam bersalah la pulak

      Padam
  8. bermakna nyer...
    alhamdulillah :)
    rezeki sillaturrahim di alam maya ...

    BalasPadam
  9. tahniah FM....cantik dan comel jak kad tu...

    BalasPadam
  10. Hihi... bila lah cik manisah nk duk kt billboard tu... tak kreatif lah sis... hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan!! jangan...cik manisah x boleh duk atas billboard tu..roboh nanti ahahaha

      Padam
  11. wooow Akak DP pun ada bakat buat kad rupaaanya ^^

    BalasPadam
  12. wah..tahniah kak Farrah. Untungnya ramai orang sayang

    BalasPadam
  13. Agak2 bila SS nak dapat kad macam ni dari Intan? Ha ha ha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahhahahaa... bila erk??? errmmmm... TUNGGGUUU SS.. masanya akan tiba.. hehhe

      Padam
  14. SS rasa macam ada tak kena dengan pos selangor... Kalu dpt kat tangan SS pon sama... Lunyai!

    BalasPadam
    Balasan
    1. So far penang cun lagi.. yg bestnya cepat tul kiriman johor sampai penang.. :D

      Padam
  15. Kreatif gak intan tu... dah kenal intan selalu drop komen gak hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waaahh! Cik Ash "kenal" kita?? terharu nya.... btw, TQ cik Ash puji kita.. Kembang bontot jap ni. hehe

      Padam
    2. Kena pun melalui blog kak farah hihi sama2 bw gak kdg2

      Padam
  16. Bila nama cik ash nk ada kat board tu

    BalasPadam
  17. Sis Intan.. Dah pernah terjah dia.. comel ja baby dia sorang tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ QA.. .. Baby kite comel sebab ikut mummy dia.. hehehe

      Padam
  18. Farrah.. TQ so much for this entry... Terharu sangat-sangat... Baru hari ni sempat BW kat blog Farrah... Thank u sebab letak kite kat atas billboard tu. hehe

    BalasPadam
  19. Mula-mula baca tajuk ni, ingatkan apa lah.. apa lah yang Farrah duk tulis tu pasal dorsett pink... Rupanya bahasa monglia... hebat!

    BalasPadam
  20. dah ramai blogger yang menghiasi board tu :)

    BalasPadam
  21. alololo so suwittt kan..
    bile lah dpt merasa ni..
    pasni kene gigih nak aktif balik nie
    seronok rasanye

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...