Resepi Tauhu Goreng Berlauk

Jumaat, Mei 27, 2016

Hidangan ini menggunakan tauhu telur dan tauhu keras biasa. Saya olah semula untuk dapatkan tekstur yang sedang-sedang. Tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras. Bahan-bahan untuk inti atau 'lauk' tauhunya bergantung kepada kita. Tengok-tengoklah apa yang ada di dapur. Saya guna hirisan dada ayam dan kucai sebab masa tu tiada daun bawang dan daun sup di rumah.

Tauhu Telur Goreng


Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 2 tiub tauhu telur
  • 3 ketul tauhu biasa
  • 2 ketul dada ayam (dihiris menjadi ketulan kecil) - Boleh juga guna daging cincang, hirisan sosej dan mixed vegetables.
  • Hirisan kucai - nak lagi sedap guna hirisan daun sup dan daun bawang
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • Garam secukupnya
  • 1 biji telur 
  • Minyak masak untuk menggoreng

Langkah-langkah Penyediaan:
  1. Kisar tauhu telur dan tauhu sehingga lumat. Tidak perlu letak air. 
  2. Masukkan kisaran ke dalam mangkuk. Masukkan ke ayam, hirisan kucai, serbuk lada hitam dan garam. Gaul hingga semuanya sekata.
  3. Masukkan adunan tauhu ke dalam bekas dan kukus sehingga tauhu menjadi pejal dan masak.
  4. Biarkan sejuk. Kemudian potong tauhu menjadi kiub-kiub. Saiz bergantung pada kalian.
  5. Pecahkan telur dan pukul sedikit. Panaskan minyak. Celup kiub tauhu ke dalam telur yang dipukul tadi sebelum digoreng sehingga warnanya bertukar keperangan.
  6. Hidangkan bersama sos cili atau sambal kicap cili api.

Selamat Mencuba! 


16 ulasan

  1. Nasib baik x de direnjis dipilis... He he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kahkahkah! Ini penangan baca resepi tauhu kicap renjis dipilis lah ni :)

      Padam
  2. Yana tak makan berapa makan tauhu walaupun zaman study dulu yana buat pasal usahawan tauhu

    BalasPadam
  3. sambal kicap yang tu yana lagi suka hehhe

    BalasPadam
  4. sedap tu makan dengan sambal kicap..

    BalasPadam
  5. Buat menu buka puasa pun sdp ni

    BalasPadam
  6. laaa..bila baca tajuk resipi sis JM ingatkan goreng tauhu tu terlebih dahulu pastu belah tauhu then masukkan lauk ke dalam tauhu tu

    BalasPadam
  7. tauhu telur tu..fuhh..seap tau goreng pastu cicah sos...resipi org malas cam sis JM ni lah

    BalasPadam
  8. rupanya blender dulu pastu kukus, waktu kukus tu kan..tauhu yg hancur tu tadi dia retak tak ke melekat elok jek

    BalasPadam
  9. sis JM ni tak leh makan ayam..dah tu klau nak sedap leh ganti ngan udang ke sotong ke eh

    BalasPadam
  10. camna nk buat sambal kicap sedap..potong cili then tuang kicap manis or camne

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.