728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Ahad, 22 Mei 2016

Theme Party - Scrabble and Gold (Part 1)

Siapa suka kalau buat keraian ada tema? Theme party anyone? Kali ini saya nak kongsi satu lagi idea untuk tema parti anda. Scrabble. Ya, Scrabble,..yang kita main bina perkataan tu.

Tema Scrabble ini saya pilih khusus untuk sambutan hari lahir Cekebon dan Dhila yang jatuh pada hari yang sama. Kena all out untuk dua wanita hebat kesayangan saya ni. Walau bagaimanapun, disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielak, sambutan birthday mereka diawalkan seminggu dari tarikh sebenar. Tetapi,entri ini bukanlah nak cerita tentang majlis tersebut. Saya hanya nak tunjuk semua persiapan parti untuk tema ini. Mana tahu boleh beri idea pada kalian.

Perancangan bermula seawal bulan Mac sebab kebetulan saya terlibat dengan dua keraian lain yang perlu dirancang. So, sambil cari barang untuk keraian-keraian tersebut, saya beli sekali barang untuk parti ibu dan Dhila.

First and foremost, dah nama pun tema Scrabble, kenalah ada Scrabble kan. Saya pilih Scrabble versi Malaysia - Sahibba. Beli 1 kotak edisi ekonomi. Harga RM39.90. Guna kad keahlian dan baucar POPULAR yang saya ada, dapatlah RM30. Hanya beli satu kotak sebab saya ada lebihan tiles Sahibba yang lama di rumah.

One thing kalau beli edisi ekonomi, rack atau tempat nak susun letter tiles tu berwarna hijau. Ekkkkkk! Tak sesuai langsung dengan tema. Fikir punya fikir punya fikir, saya ambil keputusan untuk cat racks dengan warna emas. Jadi, masa nilah baru betul-betul confirmed yang temanya 'Scrabble and Gold'.

Saya hanya beli poster colour berwarna gold. Mula-mula, saya cat rack dengan acrylic paint berwarna kuning. Dah kering, barulah disapu dengan warna emas sebanyak dua hingga tiga lapisan.

#ithastobegold :)

Siap 'diemaskan', saya guna spray paint tak berwarna. Neutral. Ini untuk pastikan sapuan warna emas saya tidak copot dan bertepek kat dahi atau muka ;)
 
Jemur di tengah panas hingga betul-betul kering.
Sekali pandang nampak macam pews pula. Sekali pandang je ;)


Hasil akhir,..


Touch up dengan bunga sikit biar manis berseri dan susunlah letter tiles membentuk perkataan yang diingini. Saya gunakan racks ini sebagai ganti place card. Lebih kurang lah.


Backdrop dan Photo Booth Props

Disebabkan saya dah rancang parti ni lebih awal, adalah masa untuk buat backdrop ikut tema. Saya gunakan printable Scrabble tiles (refer entri terdahulu di sini.) Saya pun dah gunakan scrabble tiles ini untuk buat kad hari guru. Boleh baca di sini.


Setelah berhempas pulas sampai juling-juling mata,...inilah backdrop bertema Scrabble saya :)



Ada photo booth props juga! [Tutorial akan Menyusul]

Belon 

Saya beli belon berwarna emas dan putih. Tak mahulah semuanya  gold sahaja. Rasanya malam sebelum majlis (lebih tepat pukul dua pagi), saya kembung-kembung pipi meniup 25 biji belon. Jangan tanya,...last minute pam belon missed place! Bott pula naik turun kerusi main gantung-gantung. So, untuk belon, inilah hasilnya!

Belon 'welcome' yang greet kita di pintu masuk :)




Bahagian ini pula, pemisah antara ruang tamu dan ruang makan. Bott gantung belon emas dan putih berselang-seli. Di antara belon-belon tu ada juntaian reben dengan gambar-gambar the birthday girls + family.

Belon yang selebihnya, kita biar je bertaburan atas lantai dan dekat backdrop.


Happy Birthday Banner - Scrabble Style



Untuk banner Happy Birthday, saya jadikan dinding di ruang makan sebagai game board. Saya susun letter tiles Happy Birthday Cekebon + Dhila. Letter tiles tu, saya buat sendiri di komputer. Bak kata Cik Sal Munge, apabila letak nombor-nombor markah tu barulah betul-betul Scrabble! ;) Cetak di atas kad wood design.

Macam mana? Cukup Scrabble tak? Hehehe nantikan Part 2. More Scrabble untuk kek, set up meja dan hiasan lain.


58 ulasan:

  1. wah...25 biji belon! kalau saya pagi tu semput dahla..mesti jadi suara kartun..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak kan ada semput,,.tiup belon ni kira latihan pernafasan hahaha
      Haah, pagi2 buta terkeluar suara kartun gak! Terkejut sendiri :)

      Padam
  2. kak Farrah selalu amik upah design photobooth berapa? pm best price..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu how I wish I could pm you best price,...tapi Sal, akak tak amik order la. Buat utk family dan kenalan je,..itupun kadang2 sebab kena ugut dgn diorang hehehe akak ni kepala angin + malas kerja. Kang time orang order, time tulah akak nak bobok,...kan susah ;D

      Padam
    2. tulah kan..kalau dengan family bolehla nak ikut time n kepala sendiri..takpela, saya tanya je bukan nak buat pun.propa je

      Padam
    3. Hahahah takpe,..akak suka sal propa ;)

      Padam
  3. Banner tu yang nampak smart . Nak pinjam idea .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila sila,..tak yah nak pinjam. Ambil je :)

      Padam
  4. nampak exclusive pulak lps dh cat kaler emas tu, haha!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheh kalau dak,...seriau akak nengok warna hijau! Terus lari tema!

      Padam
  5. kalau rajin, semua benda nampak jadi idea kan! hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. ...ini rajin sekali sekala je, Sally :)

      Padam
  6. salam seriously akak super duper rajin!

    BalasPadam
  7. Mak aihh rajinnya.. tahap gaban punya rajin ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak dak rajin mana aihhh. Buat slow2, Mummy. Sambil-sambil sebab plan dari awal :)

      Padam
  8. Habis kecut tak pipi tiup 25 biji belon ni.. hehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suprisingly tak kecut la,...makin kembung adalah! ;)

      Padam
  9. Dah lama ngidam nak beli scrabble ni, tapi sampai la ni tak beli jugak takut kena paksa ngan hero2 main 24 jam non stop., hahahah :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti belilah, Mummy! Mesti syok main ngan hero2 tuh!

      Padam
    2. ok apa main scrabble, dari mengadap gadget.tapi saya lagi suka Saidina..duit oh duit

      Padam
    3. Main scrabble kena jadi bijak,..main Saidina boleh jadi orang kaya hahahah

      Padam
    4. Sulu waktu kecik suka main saidina lagi sebab malas nak pikir perkataan bila main scrabble. Itu sebab bila besar 'bijak' . haha .

      Padam
  10. Kreatif betul farrah ni.. Tak terfikir untuk tema yang macam ni.. Gut Idea.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa2 aje, LA. Mula2 jenuh gak memikir tema yang sesuai, tetiba nampak kotak Scrabble :)

      Padam
  11. Birhday cekebo sama tarikh dengan kak dhila? 5/5 ke?
    buysy sangat awal may, Sanah helwah cekebon kak dhila , moga moga dalam limpahan kasih sayang Allah selalu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah, birthday diorang sama hari, but on the 7th. Thanks for the wish, Yana. Insya-Allah, nanti akak sampaikan :)

      Padam
  12. Faham yana tiup satu belon pon mak ai, ni kan akak 25 fuh terbaik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kihkihkih terpaksa, dik. Kes terpaksa :)

      Padam
  13. Tapi , serius yana kagum dengan akak pun kreativiti, gigih pulak pi cat tempat letak huruf tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kihkih tak yah nak kagum sangat, dik. Semua tu buat sambil2....nak ikut tema lah katakan ;)

      Padam
  14. nampak mewah dengan kaler emas

    BalasPadam
  15. jenuh tiup 25 biji belon.. apapun memang cantik dan menarik tema birthday party Farrah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheh memang jenuh, Eyda. By the time abis tiup tu rasa paru2 dah kembangggg ;)

      Padam
    2. banyak kot 25 biji belon..

      Padam
  16. Cantik ! Kagum lah dengan kak Farrah ni, memang hebat !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai, nani...takdelah hebat mana :)

      Padam
  17. Balasan
    1. Hihihi mana tahu nanti AA boleh buat tema ini :)

      Padam
  18. x pernah buat keraian...TEMA? mmg tak de lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekali-sekala je, Sis JM. Keluarga saya ni kecil je,..dahla kecil, jarang jumpa berkumpul sekali sebab komitmen masing2 berbeza. Itu yang bila ada keraian buat something special :)

      Padam
  19. ish ish ish..berapa lama lah Farrah habiskan masa utk siapkan RACK tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beberapa hari gak. Saya cat selapis, biarkan kering, pergi buat kerja lain. Datang balik, cat selapis lagi, tunggu kering lagi...lebih kurang begitulah :)

      Padam
  20. kalau sis JM yg keje masuk jam 8 balik jam 5 ni..mlm mmg dh penat..mmmg x lah nk sentuh or buat mcm2 ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis JM masih mampu bom blog orang, blogwalking sana-sini dah cukup hebat dah tu! Larat lagi walaupun dah kerja sepanjang hari ;)

      Padam
  21. hujung mggu lak sibuk kemas rumah bagai...nak buat ni perlu byk masa free n minat serta kreatif

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rajinnya hujung minggu mengemas....kalau free mehla datang tolong kemas bilik kraf saya :)

      Padam
  22. pergh...sangant meriah sambutan hari lahir ni..kalau besday sendiri..Farrah jgklah yg buat preaparation kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kihkihkih klu birthday saya, mastermind nya si Dhila ;)

      Padam
  23. hebak hebak!!!! kreatif ya amat!!

    BalasPadam
  24. Akak niih memang kreatof daro kecik ehhh ?

    BalasPadam
  25. Gold gabung dengan putih memang kebabom meletup

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...