728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Isnin, 6 Jun 2016

Theme Party - Scrabble and Gold (Part 2)

Entri Part 1 di sini.

Dalam entri terdahulu, saya dah tunjuk hiasan belon, banner, backdrop dan photo booth. Kali ini kita sambung dengan hiasan-hiasan lain pula ye.

Lilin Scrabble untuk Hias Meja


Hiasan lilin ini untuk diletakkan di meja makan dan meja hadiah. Saya gunakan gelas yang dibeli di IKEA. Rasanya 6 biji gelas tu RM3.50. Letak lilin kecil di tengah-tengah dan sumbat dengan letter tiles sampai penuh keliling gelas. Reben dan bunga memang ada dalam stok. Reben emas tu pemberian Intan Dorsett Pink. Thanks so much, Intan. Boleh baca mengenainya di sini.

Peranggu Meja

Maaf. Set up meja tak ada gambar penuh kerana ini yang paling akhir saya siapkan. By the time meja siap, saya rasa macam dah nak tercabut pinggang. So, fikir nak duduk je. Lupa nak ambil gambar. Mujurlah ada gambar yang saya ambil sebelah malamnya. Yang penting nak tunjuk alas makan yang konon-kononnya tema Scrabble juga :)

Separuh lengkap ;)
Alas makan tu daripada sampul surat besar. Memandangkan warnanya dah sedia fit untuk tema, saya hanya tampal perkataan ENJOY.


Kek Hari Lahir

This was the star of the day. Saya tempah kek istimewa ini daripada kenalan Cekengah, seorang baker yang hebat! Saya paling suka chocolate cheese brownies dan kek buah air tangan Mar, Daybab's Delectable Treats ini. Tetapi, dah nama pun plan untuk birthday orang, kenalah ikut taste empunya badan yang diraikan. Since Dhila suka something yang cheesy and chocolatey, I personally picked Nutella Cheese Cake. Kek keju yang dilapisi dengan kemeriahan Nutella. Ditambah pula dengan Ferrero Roche, Maltese dan Hershey's Kisses. Kalau tak cukup coklat dan keju lagi tak tahulah heheheh

Presenting to you, the star of the day!

Alahai,..this is bad! My photography skill yang ke longkang ni sama sekali don't do justice to this scrumptious mouth-watering cake. Jap, pergi cilok gambar sebenar dari tuan punya air tangan.

Haaa,..tuan-tuan dan puan-puan,...NUTELLA CHEESE CAKE!

Saya hanya snap gambar letter tiles HAPPY BIRTHDAY CEKEBON, DHILA dan hantar pada Mar. The rest was her magic touch. Thanks so much, Mar for making this stunning Scrabble cake. Sesiapa yang berkenan, terliur dan nak rasa produk Daybab's Delectable Treats ni, intai-intailah IG Mar di @daybabs.delectable.treats

Oh, thanks so much to Cekengah as well yang bersusah payah pergi ambil kek ini malam-malam walaupun baru balik outstation. You're my girl! (Heheheh nampak sangat ke ayat bodeknya?)


Coklat

I guess this one is self-explanatory :)

Souvenir


Sesuatu untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan. Saya buat Scrabble fridge magnet ikut initials menggunakan tutup botol dan epoxy sticker. Dalam gambar di atas, Dhila punya - NFS. Saya punya - FAMF dah tak cukup kuorum. Saya suspek si Yuri larikan satu. Dia ingat mainan dia kot ;) Insya-Allah, tutorial untuk fridge magnet tutup botol ini akan menyusul kelak.

OK, itu sahaja perkongsiannya untuk tema Scrabble. Harap dapat beri idea sedikit sebanyak buat yang ingin rancang majlis bertema.

48 ulasan:

  1. sedapnya nampak kek tuuuuu XD
    one day, nak try jugak buat majlis bertema macam kak farrah. kreatif!! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya-Allah, nini pun boleh buat punyalah :)

      Padam
  2. menarik tema yang Farah buat.. kek tu pun nampak menyelerakan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kek tu memang sedap, eyda. Berbaloi setiap sen yang dibelanjakan :)

      Padam
  3. unik lah tema nya scrabble macam tu
    dulu2 kaknoor dan anak2 mmg suka main scrabble ni fun sangat
    bila buat ayat2 tu kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronok kan, Kak Noor. Pening2 pusing2 kepala cari perkataan. Saya pun dah lama tak main Scrabble, kak. Buat tema scrabble je lebih hehehe

      Padam
  4. Cantiknya kek tuuh. Sedap jeee nampak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan sekadar nampak,...confirm2 sedap, KC!

      Padam
  5. Dah lama tak singgahsini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi singgah sini, KC :)

      Padam
    2. Sama sama kak farah tangan runcing lagi kreatif lagi pandai main gitar lagi pandai baking. *apa lagi nak pujiii ? ^.~

      Padam
  6. selamat berpuasa kak farah..")

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Wawa. Same goes to you! :)

      Padam
  7. farah memeng tak pernah kering dengan idea..terbaeklahh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi mummy belum tengok time saya kering idea,..perigi mati pun cantik lagi drpd saya :)

      Padam
  8. salam kak , kek tuh ! alahai buka pulak tengah hari macam ni hehhehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam, hihihi sorryla salah timing ye :)

      Padam
  9. tapi idea ni memang kreatif dan yang gigih saja mampu realisasikan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hikhik akak leh perasan gigih la ni :)

      Padam
  10. Kak Farrah serious boleh jadi party planner, cantiknya semuaaaa! Esp part gelas ada scrabble tu haha tak terfikir selama ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu party planner untuk family bolehla, Dylla. Kalau nak buat utk orang memang tak larat kot,.. :)

      Padam
    2. Kalau kak farah jd party planner perghhh, mesti gempak, lagi rare dan hipter bak kata budak zaman sekarang. Hehe

      Padam
  11. Lawanya kek!! Kreatif betul! Suka suka! Mesti sedap. Nutella :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni memang kek utk penggemar nutella, Siqah. Super yummy! :)

      Padam
  12. saya nak kek coklat ituuuuuuuuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kek coklat dah abis kena hadammmm ;)

      Padam
  13. waahhh! berguna jugak ye riben tu. thanks farrah sebab guna.. hhehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, memang guna. Thanks so much, Intan :)

      Padam
  14. mak aih.... nanges nengok....kreatipnya...

    huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak yah nak nanges sangat,...yang Huda dengan teammates buat tema filem tu gempak jugak apa. :)

      Padam
  15. kak, bila nak buka restoran...

    yuk... scrabble restaurant

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti orang yang suka scrabble je hang out kat situ hahahah

      Padam
  16. menyesal masuk entri ni...

    owh kekkkkkkk sedapnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. One day kita gi jalan2 cari kek ye :)

      Padam
  17. kek tu sangat menarik boleh makan yang ada nama happy besday tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua komponen kek tu leh makan, Ekin. Memang licin semuanya ;)

      Padam
    2. oooo.. ekin kalau kek dia atas gambar memang xsentuh ingat xleh makan hahahahaha

      Padam
  18. nutella cheese cake..sis JM berkenan dgn coklat bolat2 atas tu jek..forrero roshe ke tu..ehh cam salah ejaan jek

    BalasPadam
  19. aduhai...sabo JM sabo..ko puasa hari ni

    BalasPadam
  20. kalau sis JM lah mmg tak terfikirlah nk buat tema mcm ni..x pernah ada tema pun huhuh

    BalasPadam
  21. sis JM pun suka beli barang IKEA..tapi x lah selalu ke sana..setahun sekali kalau ada..kalau pegi tu mmg borong sakan lah sbb MURAH..design pun unik








    BalasPadam
  22. 1st time tengok tema mcm ni.. berfikir di luar kotak fikiran la akak . hehehe
    belum pernah tgk org buat. lawa kek tu

    BalasPadam
  23. ooohemgi memang semua nampak sngt effort yang banyak.. terbaikla kak..

    BalasPadam
  24. CT penah skali je celebrate birthday party kat rumah.. lepas tu sendiri rasa semak nak buat party hahaha..

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...