Isnin, Mac 13, 2017

Resepi Air Fryer - Ayam Goreng Rempah ala Nasi Kukus

*This is a scheduled entry. I'm away until end of March.

Assalamualaikum. Kita buat ayam rempah ya hari ini. Sabar ... sabar ... walaupun tajuk entrinya resepi air fryer, hidangan ayam goreng rempah ini boleh disediakan seperti biasa. Cuma bagi yang ada air fryer tu, gunalah air fryer. Insya-Allah dapat sediakan hidangan yang lebih sihat dan kurang minyak. Nak bakar dalam ketuhar pembakar pun boleh. Balut ayam dengan aluminium foil supaya isi ayam tidak jadi terlalu kering. Hasilnya memang wallllahhhhhhh! Yummy! Tak kisahlah cara masaknya bagaimana 😃 

Ayam goreng rempah siap! Tidak guna sebarang minyak tambahan. Hanya minyak pada ayam tu je :)

Bahan-bahan yang diperlukan: Ayam dalam lebih kurang 500-600 gram (bersihkan, potong dan cuci), bawang merah 4 biji, bawang putih 3 ulas, lebih kurang 1.5cm halia, serbuk kunyit secukupnya, 3 - 4 batang serai, 1/2 sudu teh serbuk ketumbar, 1/2 sudu teh serbuk jintan manis, 1/2 sudu teh serbuk jintan putih dan garam secukup rasa.

Cara penyediaan: Kisar semua bahan di atas dengan sedikit air. Kemudian, lumurkan pada ayam yang telah dipotong. Perap seketika dalam setengah jam ke dua jam. Setelah itu, masak di dalam airfryer selama 20 - 23 minit. Selalunya saya akan masak 15 minit pertama menggunakan suhu 200 darjah celcius. Setelah itu, tinjaulah keadaan ayam tu. Tambahlah 5 - 8 minit lagi untuk dapatkan ayam yang benar-benar masak. At this stage, boleh juga diturunkan suhu kepada 180 darjah celcius. Tempoh masa masak bergantung kepada saiz potongan dan bahagian ayam.

Hidangkan bersama nasi panas, kuah gulai,  jelanta dan sambal belacan. Nikmati keenakan ayam rempah ala nasi kukus hasil air tangan kalian sendiri. Ayam goreng rempah ini, dimakan begitu sahaja pun sedap. Jika hendak dilawan sos harrah atau sambal kicap pun boleh juga. 

Ingin cuba ayam goreng mamak pula? Intai resepinya di sini ya.





21 ulasan:

  1. wa wa wahh... sedapnya... nak cikit.. hehe

    BalasPadam
  2. Sedapnya..saja je buat orang terliur..hehe

    BalasPadam
  3. saya nak dua ketul... ada lg x tuan rumah? ;-)

    BalasPadam
  4. Dah lama nak cadangkan dekat mak untuk beli air fryer. Dapat la makan sihat sikit hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Rasa less guilt sikitlah nak makan goreng-gorengan :)

      Padam
  5. kena pujuk suami beli airfryer ni hahhahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. sila kumpul duit dari sekarang :)

      Padam
    2. sedang mengumpul duit aritu dah cukup tapi terpaksa gunakan untuk barang lain pulak... hihihihihi.. xpe la boleh kumpul lagi nanti

      Padam
  6. kelebihan guna air fryer ni, masakan bebas minyak 😍 hidup jadi sihat 😉

    BalasPadam
  7. feveret ni ayam goreng berempah.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.