Selasa, Mei 11, 2021

Pekasam Telur Sotong

Assalamualaikum, semua. Apa khabar hari ini? Sebelum tu, saya hendak minta maaf andai sudah lama tidak ‘muncul’ di blog kalian. Sebenarnya, dah semangat dah datang berkunjung baca entri-entri kawan-kawan. Tetapi, ada isu teknikal sedikit semasa hendak tinggal komen di sesetengah blog. Putus angin juga dibuatnya. Insya-Allah, nanti masalah ni selesai, saya datang serbu semula ya 😅

Kalian biasa makan telur sotong tak? Secara jujurnya, saya tidak pandai makan atau masak menu menggunakan telur sotong. Selalu jika ke pasar tani untuk mencari telur ikan, telur sotong yang dijual di situ saya kerling sahaja. Tak reti makan kan ... buat tak heran jelah.

Apabila ada yang memberi telur sotong, memang mati akal saya tak tahu hendak buat apa. Tapi, tetap terima dengan hati gembira. Rezeki usah ditolak! Banyaklah juga dapat. Satu bekas penuh container yang kita guna untuk tapau nasi bungkus tu. Dalam kepala dah terbayang ... mungkin boleh buat gulai lemak cili api telur sotong. 

Tiba-tiba si Bott saran buat pekasam telur sotong. Dia sibuk galur feed di IG, terliur nampak orang pos gambar ikan pekasam. Saya dengar pekasam je terus kecur air liur. Okey, mari kita pekasamkan!

Bermulalah proses kaji selidik kami menggunakan khidmat Google cari cara-cara hendak buat pekasam telur sotong. Gigih kami rendam dalam air garam, sangai beras, kisar beras hehehe

Dipendekkan cerita, kurang lebih seminggu kemudian ...

Pekasam telur sotong yang sudah digoreng dan dijadikan hidangan 😀

Alhamdulillah, teruja betul apabila berjaya buat pekasam telur sotong. Hendak sediakan pekasam ini pun mudah sangat.  Mula-mula, goreng pekasam sampai masak dan berasnya jadi  garing. Baru syok. Tambah pula dengan hirisan bawang dan cili api. Selain itu, boleh juga masukkan bawang putih dan perahan jus limau kasturi sesuai selera. 

Dapat pekasam ni dengan nasi panas, memang makan tak toleh kiri kanan dah. Sedap pula tekstur telur sotong yang kenyal-kenyal tu. Dari segi rasa, not bad at all. Kira menjadilah pekasam telur sotong kami cuma elemen masamnya macam kurang. Mungkin kena letak asam keping lebih sedikit semasa proses peram tu.


Ada siapa-siapa yang gemar makan pekasam? Tidak kiralah pekasam ikan, daging, ayam atau telur sotong. Atau ada yang jenis tak boleh tahan dengan bau pekasam ni? 😂



21 ulasan:

  1. Jarang makan pekasam, tetapi pernah sekali merasa ikan keli pekasam. Enak rasanya. Kadang-kadang, kita perlu rasa dahulu baru tahu. Tak rasa, maka tak tahu. Seperti saya, sehingga kini tak pernah merasa cencalok, budu dan tempoyak. Bagaimanalah rasanya kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, kena cuba rasa dahulu baru tahu kena dengan selera atau tidak.
      Ini pertama kali saya jumpa orang yang tak pernah rasa cencalok, budu dan tempoyak. Biasanya, adalah pernah rasa sekurang-kurangnya satu. :) Misalnya, suka budu tak makan tempoyak. Makan cencalok tak makan budu. Tuan Fairus tak tahan bau makanan-makanan ini atau apa ya...

      Padam
  2. Saya suka pekasam. Buat masa ini pernah makan pekasam ikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seterusnya, saya cadangkan Na cuba makan pekasam daging pula :)

      Padam
  3. penah nampak jual kat fb, nak beli tapi takut tak kena selera 😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak cuba, Syafiqah kena cari yang reviewnya bagus-bagus. Baru berbaloi cuba :)

      Padam
  4. Tak pernah rasa telur sotong lg sbb slalu oos. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, ye ke. Tak mengapa. Abaikan telur sotong ni k.

      Padam
  5. First time dgr telo sotong bole makan eh 😂😂 kita buang aje.. Tp pekasam pun kita x makan.. Acaner ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe mana tahu satu hari Kak Ret tergerak hati nak cuba pekasam? Sebenarnya kan, saya pun tak pandai makan telur sotong ni. Jadi pekasam baru makan.

      Padam
  6. Pekasam tak pernah makannnn sebab takut bazir beli sebab takut tak menepati citarasa kita hahaha, tapi telur sotong kita makan :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Telur sotong ni orang selalu masak apa ye? Akak memang tak familiar langsung dengan menu telur sotong :)

      Padam
  7. Baru tahu ada pekasam telur sotong. Telur sotong pun saya jarang jumpa. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak kalau jumpa telur sotong ni dalam keadaan mentah, akak pun tak tahu itu telur sotong heheh

      Padam
  8. Wah,sedapnyaaa. Penah laaa makan pekasam ikan sekali.hehe

    BalasPadam
  9. pekasam ni saya makan je, tapi takdelah favourite sangat. wah..buat sendiri. tu saya tak pernah try.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha kira satu kejayaan tu (buat pekasam) untuk akak yang malas buat benda complicated ni.

      Padam
  10. Sha tak pernah makan telur sotong ini.. teringin juga nak rasa tapi kurang keberanian.. hehehe.. Pekasam sha makan dan sangat suka.. Tapi pekasam ikan jelah.. Daging pernah rasa tapi kurang sesuai dengan tekak.. pekasam telur sotong lagilah tak pernah rasa.. hehehe..

    BalasPadam
  11. uiiiiii kecurrrrr dibuatnya.... tolong laa pos ke sini sikit hahaha

    BalasPadam
  12. Sedapnya telur sotong! Kalau jumpa sotong pregnant memang tak lepaskan peluang makan telurnya.
    Kak Amie pernah makan kerabu telur sotong di Hatyai. Sedap sangat. Teringin juga nak cuba makan telur sotong pekasam, tapi di LD tak ada pula orang jual telur sotong.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.