"Kalau kita je yang sibuk nak selamatkan bumi, tak kan ke mana!!" "Kalau kita seorang je yang jaga alam sekitar, seratus orang lagi cemarkan alam sekitar macam mana?" Ini antara respon yang biasa aku terima especially bila aku larang insan-insan tertentu daripada membuat pembakaran terbuka atau buang sampah merata-rata. Pada dasarnya, persepsi sebegini terzahir daripada pemikiran yang kurang diberi pendedahan terhadap apa itu pencemaran dan konsep menjaga alam sekitar. Memanglah jika difikirkan secara kasar usaha kecil tidak akan mampu memberikan impak atau hasil yang besar. Tetapi, bukankah setiap masalah akan lebih berkesan jika ditangani dari akar umbi? Mungkin hari ini dalam komuniti kita hanya 2 orang yang amalkan 'gaya hidup hijau' ini, esok tambah lagi 2 orang, lusa dan hari - hari selanjutnya akan bertambah lagi. Lama-lama satu komuniti akan amalkan gaya hidup ini, kemudian terbentuklah masyarakat yang prihatin terhadap alam sekitar.
Ramai yang tidak sedar bahawa dalam mengamalkan gaya hidup hijau ini, banyak yang boleh kita lakukan. Tidak perlu kita menyalak dan menyalahkan kilang-kilang yang keluarkan asap kotor atau pembangunan yang membina hutan batu demi hutan batu. Kita sebagai individu boleh bertindak (walaupun tindakan itu kecil, sekurang-kurangnya manfaatnya akan kita nikmati.)
So, mulai hari ini secara rasmi aku akan lebih aktif berkongsi dengan kalian semua apa yang boleh kita lakukan untuk selamatkan bumi. It is for a better living. Trust me.
Untuk post yang pertama ini, aku nak kongsikan perubahan-perubahan yang telah aku buat setakat ini di rumah aku dalam menyahut cabaran Go Green!:
- Guna beg guna semula setiap kali keluar membeli belah. Seboleh-bolehnya aku akan cuba elak guna plastik. Tetapi, pandai-pandailah ikut logik akal. Tak semua benda yang kita beli boleh campak terus dalam beg tu. Ada yang kena pakai paper/plastik juga. :) (Aku jugak berterima kasih kepada Chucky sebab sentiasa pastikan ada beg guna semula dalam kereta. Kalau ikutkan sifat pelupa aku, dah bawak masuk rumah, beg tu tinggal-kekal lah kat dapur hahahah)
- Aku dah tak beli plastik sampah. Plastik-plastik yang aku dapat masa shopping atau beli barang akan aku guna semula sebagai plastik sampah.
- Setiap kali aku keluar rumah, aku bawa air minuman yang diisi dalam botol minuman/tumbler. So, aku tak perlu beli air mineral/air botol di luar.
- Lampu kalimantang di rumah aku ditukar ke energy-saving bulbs. (Jimat tenaga!)
- Ini penting sebab ramai yang buat walaupun tak perasan. Semasa berus gigi, jangan biarkan air pair mengalir. Kita akan gosok gigi sekurang-kurangnya 3 - 5 minit. Bayangkan berapa banyak air yang kita bazirkan dalam tempoh tu jika kita biarkan air mengalir...Belum campur time gosok gigi tulah kita berangan lebih :D tak ke haru! Kalau nak jimat lagi, gunakan gelas untuk berkumur. Satu gelas air dah lebih daripada cukup untuk 'mencuci gigi' heheheh.
- Air rendaman pakaian jangan dibuang begitu sahaja. Gunakan untuk cuci lantai bilik mandi atau longkang.
- Penggunaan semula kertas. Aku akan kumpulkan kertas-kertas A4 terpakai yang masih boleh digunakan bahagian belakangnya. Untuk ini, aku dapat support dan supply kertas daripada adik aku, Rena. Dia lah yang dengan luhur budi akan simpankan kertas-kertas yang masih boleh digunakan untuk aku. Aku banyak berjimat di sini terutama sekali dalam buat kerja-kerja research yang perlu print banyak drafts. Guna saja kertas terpakai. Kertas A4 yang bersih boleh guna untuk urusan atau tugas rasmi :)
- Recycle - Untuk kertas-kertas terpakai yang tidak boleh digunakan lagi, katalog-katalog dan akhbar-akhbar lama, aku akan kumpul dalam stor. Cukup bulan atau bila stor dah nak penuh, aku akan hantar ke pusat kitar semula. Jangan bakar!!! Kita juga yang akan tanggung akibatnya bila bumi jadi semakin panas.
Tak susah pun kan?! OK. Selamat Mencuba. Let's Go Green!!!
Don't worry Farrah. I'm right behind you.Together we support GO GREEN!!
BalasPadamhehehe that's the spirit, Kir!
BalasPadam