Sebelum ini saya pernah tulis entri berkaitan doa dan zikir yang patut dibaca apabila kita terlupa sesuatu juga doa untuk elak lupa. Boleh lihat entri ini. Hari ini saya ingin berkongsi satu lagi doa yang bermanfaat buat kita semua - doa agar dihindari daripada penyakit nyanyuk.
Nyanyuk sering dikaitkan dengan faktor lanjut usia dan kesihatan seseorang. Pada dasarnya nyanyuk merupakan masalah gangguan pada fungsi kognitif sehingga mengakibatkan seseorang itu menjadi pelupa, menghadapi kesukaran untuk berfikir dan mengalami masalah daya ingatan yang teruk. Nyanyuk juga sering dikaitkan dengan Alzheimer dan Dementia.
Dari segi perubatan, terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk mengawal kondisi pesakit nyanyuk dan mengurangkan perkembangan nyanyuk ke tahap yang lebih serius. Saya tidak akan bincangkan tentang itu. Kalian boleh baca pelbagai artikel berkenaan penyakit ini di internet.
Hari ini, saya cuma ingin kongsi doa. Sama-samalah kita konsisten berusaha amalkan doa ini agar dengan izin-Nya kita akan terpelihara dari penyakit nyanyuk. Mudah-mudahan Allah jaga fungsi otak dan daya ingatan kita.
Doa Mohon Hindari Penyakit Nyanyuk
'Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu daripada sifat pengecut, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat kedekut, dan aku berlindung kepada-Mu daripada ditimpa penyakit nyanyuk (dikembalikan kepada umur yang paling hina), serta aku memohon perlindungan-Mu daripada fitnah dunia dan azab kubur.'
[Riwayat al-Bukhari No. 6374]
Doa yang diambil dari hadith ini sangat bagus. Bukan sahaja memohon agar kita dilindungi daripada penyakit nyanyuk tetapi juga sifat-sifat buruk tercela yang lain seperti pengecut dan kedekut. Mudah-mudahan keperibadian kita akan lebih terjaga.
Doa Mohon Sihat Tubuh Badan
Selain doa agar dijauhkan dari penyakit nyanyuk, kita disarankan untuk turut amalkan doa di bawah ini. Bait doa ini merupakan antara salah satu potongan doa yang kita baca dalam Mathurat.
Doa Mohon Sihat Tubuh Badan |
Terjemahan:
Ya Allah, sejahterakanlah tubuh badanku,
Ya Allah, sejahterakanlah pendengaranku,
Ya Allah, sejahterakanlah penglihatanku,
Tiada Tuhan selain Engkau (Ya Allah).
Mudah-mudahan dengan mengamalkan doa-doa di atas, kita akan dikurniakan tahap kesihatan yang baik dan sempurna. Dapatlah menjalankan rutin harian dengan lancar terutama sekali dalam beribadat.
Psst! Dah tua-tua ni, makin banyak cebisan memori yang terbang bercempera. 😅
Terima kasih atas perkongsian doanya.
BalasPadamSamalah dah tua-tua ni memang selalu lupa orang cakap banyak makan semut hahahaa...
Kelupaan tanpa penuaan. Memori dah penuh, tak dapat menampung segala perkara heheheee. Eloklah amalkan doa hindari penyakit nyanyuk, sebab ia bermula dari lupa. Tq for sharing Farrah.
BalasPadamgood sharing.. tq tq!!
BalasPadamSemoga kita sihat mental dan fizikal. Dah belum tua pun dah selalu lupa. Acane? Haha
BalasPadamAmin ya rabbal alamin
BalasPadamAamiin. Mana boleh amal, kita amal. Terima kasih atas perkongsian.
BalasPadamAameen Ya Rabbilalameen. Terima kasih atas perkongsian. Perlu perancangan, organise juga kan untuk minda rasa teratur untuk elak tersasul wallahualam. Happy new year Farrah :)
BalasPadamAamiin Ya Rabb. Thank Kak Farah atas perkongsian ni. ni pun penting juga selain tubuh badan sihat, dan tak nyanyuk bila makin berumur. Naniey ni pun mudah lupa dah sekarang ni.
BalasPadamTerima kasih untuk perkongsian yang bermanfaat ni kak Farrah :)
BalasPadamBagus kalau amlkan doa2 ni setiap hri . Terima kasih di atas perkongsian ini
BalasPadamterima kasih, farrah :)
BalasPadamingat mengingatkan sesama kita.
moga terhindar dari segala penyakit berbahaya.