Doa dan Amalan Apabila Terlupa

Jumaat, Disember 31, 2021

Lupa? Tidak ingat perkara penting? Biasa terjadi dalam kehidupan kita sehari-hari. Tidak perlu cari contoh jauh-jauh. Kadangkala, apabila kita pergi masuk bilik atau ruang tertentu di rumah, kita sendiri lupa atas tujuan apa kita ke situ. Belum kira tengah bermesyuarat, tengah gigih siapkan kerja kejar deadline, waktu itulah kita cenderung terlupa benda-benda penting! 

Situasi yang lebih kurang sama dengan anak-anak kita yang masih menuntut - bersungguh-sungguh jawab soalan peperiksaan tiba-tiba boleh pula buntu. Sukar mengingat kembali apa yang telah dipelajari.

Lupa ni tak kenal usia. Tua ke ... muda ke ... kalau nak lupa tu lupa juga. Jadi, bagaimanakah cara untuk kita atasi permasalan lupa ini?  Ada cara ke? Atau kena simpan stok kismis minda banyak-banyak di rumah? Jangan ambil hati, saya bergurau sahaja. 😀

Hari ini saya tidak akan sentuh bab-bab pemakanan. Makan ini untuk kuat ingatan, elak makan itu supaya tidak jadi pelupa ... tidak.  Hari ini saya ingin kongsikan amalan ringkas yang boleh kita praktikkan apabila berdepan dengan situasi 'tercicir' isi minda ini.


Cuba hafal untaian doa di bawah dan amalkan apabila terlupa akan sesuatu.



Terjemahan: 

Maha Suci Allah Yang Tidak Pernah Tidur dan Tidak Pernah Lupa. Ya Allah, ingatkanlah aku apa yang telah aku lupa.


Bacalah beberapa kali dengan penuh perhatian dan bersungguh-sungguh. Mohon Allah kurniakan kembali ingatan kita.

Selain itu, zikirkan nama Allah di bawah:

Al-Mu'id (Maha Mengembalikan)


Dengan izin-Nya, akan dikembalikan ingatan kita terhadap perkara yang kita lupa. Kita berusahalah.  Andai tidak berjaya, anggap sahaja bukan rezeki kita nak ingat.  

Apa yang penting - bawa bertenang. Jangan panik. Apabila kita cemas, keadaan akan menjadi bertambah buruk. Elok-elok boleh ingat, macam-macam lagi yang kita akan lupa nanti. Bertambah kusut jadinya.


Doa untuk Elak Lupa

Lumrah manusia, kita memang tidak akan lepas dari sifat lalai dan lupa. Oleh itu, bait doa di bawah ini elok dijadikan sebagai sebahagian daripada amalan harian.


Terjemahan:

Ya Allah, tambahkanlah buat kami, jangan Engkau kurangkan. Muliakanlah kami, jangan dihina. Berilah buat kami, jangan ditahannya, dan pilihlah kami, jangan Engkau biarkan, dan redhailah kami dan redhailah semua usaha kami.

7 ulasan

  1. Betulkan..kadang2 tujuan asal ke satu tempat tu lain...tp bila dah sampai situ lupa apa tujuan pergi ke situ

    BalasPadam
  2. Kadang-kadang boleh ingat dalam solat. Hehe.
    Tq kongsi doa bahasa Arab. Selalu doa BM sahaja.

    BalasPadam
  3. Terima kasih berkongsi. Tahulah berganti tahun usia meningkat makin senang lupa. hehe. Benda yang kita nak lupa tu pulak yang asyik teringat-ingat

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.. Terima kasih atas perkongsian yang bagus ini kak Farah..

    BalasPadam
  5. Thanks untuk perkongsian ini kak farrah! Boleh dijadikan amalan...

    BalasPadam
  6. Lupa dah jadi satu penyakit. Bolehlah kita amalkan supaya tak mudah lupa. Terima kasih untuk perkongsian ni :)

    BalasPadam
  7. Aamiin.aamiin . Boleh amalkan juga . Selalu juga terlupa

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.