Ini sebenarnya kisah beberapa minggu lepas. Saya temankan Cekengah bawa Cekebon untuk jalani satu prosedur kecil di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) dekat KL Sentral.
Seawal pagi saya bertolak ke rumah Cekengah. Dari sana kami naik satu kereta sahaja ke CVS. Alhamdulillah, perjalanan lancar, parkir pun senang … tahu-tahu sudah sampai di lobi CVS.
Selesai urusan pendaftaran, Cekengah ajak pergi makan di Dish Room. Cekebon pun dari dalam kereta dah banyak kali cakap nanti dia nak belanja saya makan. Mereka berdua pernah makan beberapa kali di sini sebelum ini. Cekebon siap dah ada favourite meal lagi. Sanggup berlapar tu tidak isi perut kerana hendak bersarapan di Dish Room.
Kredit imej - Laman Web CVSKL |
Saya sebenarnya sudah bersarapan. Makan oat. Konon-kononnya mudahlah nanti nak berurusan di luar sebab perut dah kenyang. Jadi, saya niat hendak pesan kopi sahaja. Tiba-tiba Cekengah umpan, “They all ada club sandwich, Long!”
Dipendekkan cerita ….
My serving of club sandwich 😊 |
Terus jadi lapar sebab diumpan dengan club sandwich! Hahaha saya memang pantang jumpa, pantang dengar club sandwich. Entah apa yang saya fancy-kan sangat dengan sandwic bertingkat ini entah.
Dahulu, semasa kecil saya selalu ikut arwah babah main golf di Morib. Merengek-rengek hendak ikut dengan alasan tolong babah jadi cadie. Itu semua dongeng! Saya ni jenis lembik. Tak terpikul beg golf yang berat tu. Misi dan visi saya cuma nak makan club sandwich!
Sampai sana, babah yang dah tahu muslihat saya terus pesankan club sandwich dan jus oren. Duduklah saya diam-diam di club house makan sambil tunggu babah sampai habis main. Masa tu, saya consider club sandwich as the best meal ever sebab bertingkat-tingkat! Tak bertingkat bukan club sandwich ya 😂
Berbalik pada club sandwich Dish Room, saya memang puas hatilah. Portion besar. Roti bakar rangup. Sos salsanya sedap. Cekebon makan Madame. Hidangan telur di dalam sup krim bayam pekat yang dimewahkan lagi dengan kentang, cendawan dan keju. Cecah dengan roti sourdough memang enak banget. Cekengah pula pilih Big Breakfast, ada telur carak, sosej, beef bacon, hash brown … macam-macamlah dalam satu pinggan tu.
Kredit imej - Eatigo |
Banyak lagi hidangan menarik yang ada di sini. Jika tidak mahu makanan Barat, selera tempatan pun ada - mi kari, char kuetiau, nasi ambang … tapi tak semua available waktu sarapan. Tak sempat nak snap menu. In fact tak sempat nak ambil gambar sangat. Club sandwich sudah kaburi mata saya 😂
Club sandwich tu pasti cukup mengenyangkan.
BalasPadamAlhamdulillah dapat menikmati club sandwich yang memang nampak sedap!
BalasPadamYumms menarik. Cafe pun nampak cantik. Nanti nak cuba lah.
BalasPadamsedapnya
BalasPadamHebat arwah babah boleh tau niat si anak haha
BalasPadamSarapan Barat. Boleh bayang kenyang makan.
BalasPadamAduh!! Menggoda sungguh.. Tu baru baca je belum akak bubuh gambar..
BalasPadamMeriah club sandwich nya..
Senang betul nak umpan kak farrah dengan club sandwich. Memang nampak rasa auto lapar terus kan. Hihi
BalasPadamClub sandwich memang mengenyangkan
BalasPadam