Isnin, Januari 20, 2014

Jus untuk Turunkan Kadar Gula dalam Darah


Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 biji epal hijau
  • 1 batang saderi (celery)
  • 1 biji peria kecil
  • 1/2 biji timun
  • Jus daripada 1/2 biji lemon
Cara-cara Penyediaan:
Kisarkan semua bahan-bahan di atas. Hidangkan dengan ais atau sejukkan terlebih dahulu. Jika anda tidak gemar akan tekstur jus yang terlalu berserat, tapis jus sebelum diminum.

Jus di atas elok diamalkan untuk menurunkan paras gula dalam darah. Moga-moga dengan menjaga pemakanan dan kerap minum jus ini kita dapat hindari penyakit diabetes. Kandungannya yang berserat juga elok untuk tubuh. Sebelum ini saya biasa amalkan buat jus peria dengan epal hijau atau peria dengan lobak merah. Sekarang, tukar selera buat jus ini pula. Bahan-bahannya pun mudah didapati dan kebiasaannya ada di rumah. Jus ini juga elok diamalkan oleh pesakit darah tinggi sebab ada celery dan epal hijau.

*Tidak sesuai untuk pesakit buah pinggang yang perlu mengehadkan pengambilan potassium alam diet harian.

6 ulasan:

  1. thanks for sharing..kalo tak da peria biasa, boleh ganti dengan peria katak ke?

    BalasPadam
  2. @Sue Bee hehehe memang lagi OK kalau guna peria katak SB. kalau xde peria katak, baru guna peria besar tu. Tapi guna 1/4 atau 1/2 jela

    BalasPadam
  3. x perlu letak guna ke Farrah...mesti rasa masam kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak perlu, sis. Bahan2 kat atas tu saling balance kan rasa. Pahit peria pun tak terasa sangat.

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.