Setia Band - Asmara 2 (Sakit Hati) - OST Pashmina Aisha

Khamis, Februari 13, 2014


Semalam, teman saya dari Indonesia menghantar satu pautan di Youtube untuk saya tonton. Kebiasaannya, teman saya akan berkongsi mengenai kumpulan kegemaran saya, Setia Band. Sebagai 'peminat tegar' Setia Band yang sentiasa up-to-date, ada sahaja klip video persembahan Charly dan kumpulannya yang 'dititipkan' kepada saya.

Rupa-rupanya, teman saya mahu saya dengar single terbaru Setia Band yang baru release awal Februari ini. Finally, setelah beberapa tahun, akhirnya nampak jugalah 'bayang' album baru kumpulan ni :) Susunan muzik intro lagu ni agak berlainan daripada apa yang biasa disajikan oleh Setia Band. Ala-ala macam arrangement muzik rock tahun 90-an. Terdetik juga di hati saya, ni lagu Setia Band ke lagu rock Melayu?

It gets better! Masuk je first verse, terus jatuh cinta! Love this song!!! As usual,lagu-lagu ciptaan Charly ni memang tangkap leleh, lirih, pedih, syahdu semua lengkap. Cuma masa 'bridge' lepas chorus tu, arrangement muziknya macam lagu 'Biarkan Aku Jatuh Cinta' sedikit.

Lagu ni mengisahkan kekecewaan seorang lelaki ditinggalkan oleh kekasihnya yang memilih cinta lain. Dalam kesedihan dan deritanya, si lelaki ni akur yang dia tidak akan mampu menjadi yang terbaik untuk kekasihnya. Hehehe...takpelah sekali sekala nak jiwang kan? Oh ya, lagu ni turut jadi OST untuk sinetron baru di Indonesia, Pashmina Aisha (lakonan Baim Wong, Ashraf Sinclair & Samuel Rizal).




Lirik Lagu Asmara 2 @ 'Buat Sakit Hati' - Setia Band, OST Pashmina Aisha
Ciptaan - Moh. Charly Van Houtten

Aku tlah kau buat sakit hati
Menderita karena cintamu
Aku memang tak bisa
Menjadi yang terbaik untuk dirimu

Kau sudah tak seperti kau yang dulu
Kau sudah tak sanggup untuk setia
Kau bergegas pergi meninggalkan ku
Kau sudah memilih yang lain

Kau memang tak seperti kau yang dulu
Kau memang tak sanggup untuk setia
Ku menangis sedih ditinggalkanmu
Ku sudah tak tahankan lagi

Aku tlah kau buat sakit hati
Menderita karena cintamu
Aku memang tak bisa
Menjadi yang terbaik untuk dirimu

Aku tlah kau buat sakit hati
Menderita karena cintamu
Aku memang tak bisa
Menjadi yang terbaik untuk dirimu oh..oh..oh

Kau sudah tak seperti kau yang dulu
Kau sudah tak sanggup untuk setia.



DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

4 ulasan

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.