NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Saya belum berpeluang untuk buat entri rasmi mengenainya lagi but what is interesting is #lelakilangitbumi ada menyentuh tentang blogger and will evolve with bloggers as well.

Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat ini, Lelaki Langit Bumi (LLB) dah ada 28 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada Lelaki Langit Bumi (LLB)? Baca Lelaki Langit Bumi (LLB) dan pilih watak kegemaran anda sama ada #teamdihaafina ataupun #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan sekali mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam Lelaki Langit Bumi (LLB) kelak. :)

Khamis, 13 Februari 2014

Cinnamon French Toast with Cheese

Dalam usaha saya membersihkan peti sejuk beberapa minggu lepas, terjumpalah plastik-plastik roti lama. Kemudian, jumpa keju yang Cekengah beli dan tak ada masa nak makan. Sayang tengok roti tu terbiar begitu sahaja, saya pun buatlah hidangan french toast ni untuk minum petang.

Resepi French Toast Kayu Manis Berkeju a.k.a Cinnamon French Toast with Cheese
Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 6 keping roti
  • 3 keping keju
  • 2 biji telur
  • 3 - 4 sudu besar susu
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis (jika tidak suka rasa kayu manis yang terlalu kuat, boleh dikurangkan)
  • garam secukup rasa
  • beberapa sudu minyak sayuran/mentega/marjerin

Cara Penyediaan:

1. Ambil dua keping roti dan kapitkan dengan keju. Kemudian, potong roti kepada empat bahagian, macam dalam gambar di bawah. Lakukan yang sama untuk roti yang selebihnya.



2. Kacau hingga sebati telur, susu, serbuk kayu manis dan garam.

3. Panaskan kuali leper. Guna api sederhana, jangan terlalu panas. Letakkan sedikit minyak sayuran/ mentega/marjerin.

4. Celupkan roti ke dalam bancuhan telur tadi dan goreng di dalam kuali. Setelah beberapa minit, terbalikkan roti supaya gorengannya sekata untuk kedua-dua sisi.

5. Angkat. Toskan di atas tisu dapur. Sedia untuk dihidang.


2 ulasan:

  1. kak farrah peminat cheese ya....wow best

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaah memang suka! actually tak leh makan sangat sebab ada tiroid & asma. tapi benda yang kena pantang, itulah yang selalu teringin nak makan :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...