NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Saya belum berpeluang untuk buat entri rasmi mengenainya lagi but what is interesting is #lelakilangitbumi ada menyentuh tentang blogger and will evolve with bloggers as well.

Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat ini, Lelaki Langit Bumi (LLB) dah ada 28 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada Lelaki Langit Bumi (LLB)? Baca Lelaki Langit Bumi (LLB) dan pilih watak kegemaran anda sama ada #teamdihaafina ataupun #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan sekali mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam Lelaki Langit Bumi (LLB) kelak. :)

Isnin, 31 Mac 2014

Promosi Material & Peralatan Kraf di POPULAR

Hari ini saya perlu hantar ibu ke PPUM untuk check-up. Sementara menunggu, saya dan Bott sempat curi peluang ke Ikano Power Centre (IPC). Singgah POPULAR. Sekarang sehinggalah 20 April nanti, ada promosi potongan 25% untuk barang dan peralatan kraf keluaran POPULAR. Masa inilah, jika ada duit lebih, saya akan beli embelishments, decorations dan peralatan kraf yang selama ini saya idamkan.

Pembelian berbaloi saya untuk kali ini ialah 'glue tape refills' dan 'Deep Edge Border Punch'. Sekotak 'glue tape refills', ada 10 isian semula + 2 lagi isian semula percuma. Harga biasa sekitar RM40 dan paling murah pun dalam RM35/kotak. Tapi promosi kali ni, harganya jatuh hingga RM29.95. Puas hati saya dapat beli sekotak buat stok. Untuk paper-crafts, kita memang akan banyak gunakan 'glue tape', jadi bila ada peluang macam ni memang kena grab.
Glue tape yang biasa saya gunakan. Brand 'norino'.

'Deep edge border punch' pula memang dah lama saya aim nak beli. Tapi selalu berkira-kira. So, hari ini saya pilih design punch yang paling saya suka dan beli. Harga asal RM39.90 dan selepas potongan 25%, harganya RM29.90.

Border punch setelah 'dipandu uji'.

5 ulasan:

  1. dia mcm punch yang kita dok guna tepuk lubang tue ka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, konsepnya sama. Cuma bila kita punch, keluarlah corak-corak cantik begini :)

      Padam
  2. perkataan org seni mmg susah nak faham kan... anyway mungkin kalau sy masih sekolah sy kenal apa benda barang yg dinyatakan. sebab zaman remaja sy dulu suka buat autograph. pastu reka cantik2. hahaha..kenangan.. termasuk surat cinta bubuh bedak banyak2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah surat cinta bubuh bedak wangi tu mahal!

      Padam
  3. glue tape tu utk ape plak ye kak farrah
    blm jmp lg entry kegunaan nye tu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...