Selasa, 1 April 2014

Kertas Kitar Semula daripada Najis Gajah

What?! Kertas daripada elephant's poo? Saya sedang tonton The Amazing Race dan salah satu cabaran untuk para peserta adalah menghasilkan kertas kitar semula daripada najis gajah. Baru pertama kali saya dengar. Sebelum ni saya pernah baca mengenai sebuah syarikat di Tasmania yang menggunakan najis kanggaru untuk buat kertas dan alat tulis. Tak sangka pula najis gajah pun boleh dilakukan macam tu.

Kredit Imej: Norman Myers

Rupa-rupanya najis gajah juga sesuai dijadikan salah satu komponen bahan untuk kertas kitar semula. Gajah tidak menghadam makanannya hingga hancur. Oleh itu, najis haiwan ini kaya dengan serat yang boleh dibuat sebagai bahan asas kertas. Selain itu, apa yang menarik:

  • Najis gajah yang dikeringkan tidak berbau busuk.
  • Kaedah kitar semula najis haiwan untuk menjadi kertas bukan hanya daripada najis gajah sahaja, malah daripada haiwan pemakan rumput yang lain.
  • Kertas kitar semula yang menggunakan najis gajah sebagai bahan asas adalah antara kertas yang berkualiti.

2 ulasan:

  1. baru tahu mengenai informasi ini.. sebelum ini ingatkan kertas hanya diperbuat dari pokok sahaja..

    BalasPadam
  2. @Mizz Aiza (Dunia Kecil) Dlm amazing raze tu, relax je contestants bancuh najis gajah utk buat kertas.

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...