728 x 90

Selasa, 8 April 2014

Resepi Kerepek Bayam


Ni siaran tertunda untuk kerepek bayam yang saya buat minggu lalu (Kerepek Bayam untuk Minum Petang). Hari ni saya kongsikan resepinya pula.

Resepi Kerepek Bayam

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 20-25 helai daun bayam yang bersaiz besar, dibasuh dan dikeringkan menggunakan tisu dapur atau tuala dapur yang bersih.
  • 1 biji kuning telur
  • 2 biji putih telur
  • 1/4  cawan air soda
  • 4 sudu besar tepung serba guna
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng (deep fry)
  • Garam

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Pukul putih telur dan kuning telur sehingga teksturnya menjadi ringan dan gebu. 
  3.  Masukkan tepung dan air soda. Kacau adunan hingga semuanya sebati dan tepung tidak berketul.
  4. Masukkan daun bayam ke dalam adunan tepung sehingga kedua-dua bahagian bersalut sempurna. Kemudian, masukkan ke dalam kuali.
  5. Goreng sehingga adunan bertukar warna keperangan. Angkat dan tuskan.
  6. Taburkan dengan sedikit garam untuk menambah rasa. Sedia untuk dihidang.
Selamat Mencuba!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...