Dua tiga hari ini berpinar-pinar mata saya membaca berpuluh-puluh artikel mengenai SCAM. Saya perlu siapkan rencana mengenai bagaimana kita sebagai pengguna boleh terjebak dengan pelbagai bentuk 'scam' dalam kehidupan sehari-hari.
Dalam pada sibuk mengejar 'deadline', sempat juga nak berblogging. Kebetulan, saya hendak tulis entri mengenai kekeliruan yang boleh timbul akibat terlalu banyak links/URL dalam sesebuah blog sehingga dianggap sebagai SPAM.
Gembira kedua-dua perkara dapat saya langsaikan seperti yang dirancang, saya pos pautan entri blog saya ke Kelab Blogger di Facebook. Seharian menguruskan tugas-tugas di luar, baru sebentar tadi berkesempatan semak notifikasi. Brother Hasrul Hassan, blogger otai yang terkemuka telah mengesan kesilapan pada entri saya. Rupa-rupanya saya sendiri dah 'mixed up' dengan kedua-dua istilah tersebut!
Setelah tersengih-sengih edit entri, tiba-tiba saya tergerak hati hendak semak semula artikel yang saya tulis. Ikut plan, saya nak submit esok pagi. Ya Allah! Seperti yang dijangka, semua 'scam' dah jadi 'spam'! Menggigil-gigil tangan saya edit balik perkataan tu. Alhamdulillah, mujur Allah gerakkan hati Brother Hasrul untuk tegur saya. Secara tidak langsung, beliau telah selamatkan kerja saya. Jika tidak, tentu haru-biru artikel saya jadinya.
Terima kasih banyak-banyak, Brother Hasrul. Sudi betulkan kesilapan saya yang kurang pengalaman ni. Semoga Allah balas dengan ganjaran yang setimpal :)
Err tak sangka pula sampai ke situ kesannya .... alhamdulillah.
BalasPadamBesar juga kesannya
BalasPadam@HASRUL HASSAN Thanks so much!
BalasPadam@Wafi Remli Itulah,..syukur tak 'scam&spam' artikel sendiri
BalasPadamhai2...follow sini..herm..tak paham lgla scam n spam ni..kena membaca lebih lagi ni
BalasPadam