Selasa, Jun 19, 2018

"Cikgu ... tercabut kat tengah!"

"Cikgu ... tercabut kat tengah!" Itu rengekan manja yang biasa didengar daripada anak didik saya tatkala halaman buku latihan tercabut di bahagian tengah.

Pernah berdepan dengan situasi begini?

Secara tidak langsung, sayalah yang perlu menjadi 'doktor' untuk rawat buku-buku mereka. Lagipun saya tidak mahu lembaran yang terpisah dari buku tu, tercicir dan hilang. Mari saya kongsikan cara mudah nak baiki buku ini. Kalian hanya perlukan:

  • Stapler (Pengokot)
  • Dua jalur kertas yang kecil

Gunakan bahagian belakang stapler untuk cungkil dan buka dawai kokot pada buku.

Perlahan-lahan, masukkan semula helaian muka surat yang tercabut.

Letakkan jalur kertas pada dua bahagian yang berdawai kokot. Hati-hati, jangan sampai tercedera jari. Gunakan apa-apa kertas yang ada. Kebiasaannya, saya memang akan simpan cebisan kertas lebihan buat kad & scrapbook untuk tujuan ini. Di kelas saya, anak-anak kecil ini akan teruja membandingkan kertas-kertas yang saya guna untuk buku mereka.

Tekan semula dawai kokot supaya kembali terkatup.

Siap! Hasilnya pun kemas. Tidak perlu guna sellotape yang panjang berjela-jela.

Dengan letak jalur kertas, kita tutup bahagian yang berlubang/koyak di sekitar dawai kokot. So, tidaklah halaman di tengah-tengah buku tercabut lagi :)

 

Mudah, bukan? Selamat mencuba!

6 ulasan:

  1. sy guna pemadam dan stepler kalau buku dah tebal dan terkoyak. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak pun guna cara tu kalau nak buat booklet. senang kan?!

      Padam
  2. dulu cikgu yang ajar buat macamtu. hehe~

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak payah susah2 nak cari stapler besar+panjang tu kan ;)

      Padam
  3. dulu pun saya selalu jadi macam ne kat saya biarpun da sekolah menengah. ntah mgapa... hahahaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak memang dari kecik buku confirm tercabut dkt tengah, Miss Boo. Itu yg kena pandai2 repair sendiri ;)

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.