Dari Kebun - Pegaga

Rabu, Jun 11, 2014

Hari ni bersiaran dari kebun pulak ye. Dah lama tak buat entri mengenai 'gardening'. Saya sebenarnya dalam usaha mewujudkan semula taman herba saya yang jadi tandus dan gersang (konon-kononnya terlalu sibuk sampai lupa nak jaga pokok-pokok!)


Ini pokok pegaga. Daun pegaga dipercayai banyak khasiatnya untuk kesihatan. Sesuai untuk pesakit kencing manis, darah tinggi, rawat kencing kotor dan kecutkan peranakan yang membengkak. Tetapi maaf, saya tidak begitu pasti kaedah rawatannya secara spesifik bagaimana. Kena tanya pada yang pakar!

Apa yang saya tahu, daun pegaga ni boleh digunakan untuk hilangkan bintik-bintik hitam pada wajah. Kita hanya perlu tumbuk daun ini dan campurkan dengan bedak sejuk. Pakai sebelah malam sebelum tidur. Amalkan sehingga bintik-bintik hitam hilang.

Saya suka tengok warna daun pegaga yang meriah hijaunya! Sejuk mata dan hati tengok pokok hijau! Bott suka makan daun pegaga ni sebagai ulam dan cicah dengan budu. Oh, lupa pula! Pokok ni hidup segar di kawasan bertanah lembap. Jadi kalau nak tanam dalam pasu macam yang saya buat, kena rajin siram :)


13 ulasan

  1. wow cantiknya daun pegaga farah. pegaga nih sedap buat kerabu tau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kerabu? selama ni makan macam tu je....boleh cuba cari resepi ni. thanks, ci'e :)

      Padam
    2. Buat kerabu mmg sedappp!

      Padam
  2. Balasan
    1. sejukkk mata memandang, terpancing selera nak makan :)

      Padam
  3. serius baru tau bentuk daun pegaga ne. T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suka dgn bentuknya yg bulat-bulat comel :)

      Padam
  4. wahhhh hijau betul daun pegaga.... happy gardening farrah :) harhar~~

    BalasPadam
  5. wahhh buat kerabu sedap niii..telan airliuq japp

    BalasPadam
  6. Sedap nie buat ulam.. Hijau sungguh daunnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya selalu celur dan makan dgn sambal belacan/budu :)

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.