Salam 3 Syawal!
Apa khabar semua? Bagaimana sambutan lebaran kalian semua setakat ini?
Masih santap ketupat, rendang dan lemang?
Alhamdulillah, walaupun tahun ni saya beraya dengan kaki 'cemeh' sebelah (kaki kiri yang terseliuh belum pulih lagi), sambutan tahun ini besar ertinya buat saya. Actually, sambutan raya tahun ni kind of kami tundakan sedikit sehingga adik lelaki saya dan isterinya pulang dari London minggu hadapan. Tapi sementara tu, kami kat Malaysia ni berayalah juga dengan saudara-mara dan sahabat handai yang lain :)
Apa yang seronok+berertinya raya saya setakat ini,...disebabkan kesakitan saya ni, saya dapat bermanja-manja+mengada-ngada dengan Cekebon dan adik perempuan saya. Semua persiapan raya mereka berdualah yang bertungkus-lumus sediakan. Saya cuma duduk dan kerling-kerling dari jauh je. Diorang tak kasi gerak sangat. Hehehe apa yang saya perlukan semua sampai ke lutut.
Yang syoknya, ibu masakkan favourite dish saya, siapkan makan minum saya. Dah terbaliklah pulak. Patutnya saya yang sediakan semua itu untuknya. Macam tadi, Cekebon dah mula puasa enam. Tapi, siap sediakan roti telur goreng untuk saya bersarapan. Terharulah isk...isk...isk...
Cekengah pula susah-payah kemas katil dan buat tempat yang selesa untuk saya bobok di biliknya. Siap buat foot rest untuk letak kaki yang sakit. Saya nak air kopi panas, dia buatkan. Teringin nak air sejuk, dia ambilkan. Then, penat-penat diorang layan tamu yang datang bertandang, masih sempat lagi urutkan kaki saya yang sakit ni. Habis semua minyak panas, minyak sejuk, minyak tak panas keluar dan guna untuk urut saya. Thanks so much Cekebon & Cekengah! Syawal kali ni, Allah nak tunjuk pada saya kasih tak bersempadan mereka. Moga saya akan lebih menghargai dan menyayangi mereka ;) I love you both VERY MUCH!
comelnyaaaa kucing nii. gerammm =)
BalasPadamYuri ni akan duduk depan akak & stare lama2 klu dia boring xde geng nk main :)
PadamBestnya Cekebon & Cekengah buatkan semua. Sayang betul tu. Kirim salam saya kat depa ye.
BalasPadamDah sampaikan, Shikin. Mereka kirim salam lebaran va va voom utk Shikin & family :)
PadamYuri Gagami- apakah itu?
BalasPadamSeperti pernah kudengar...
Hehehe ini bukan Yuri Gagami. Ini Yuri Van Houtten :)
PadamComel betul kucing ni
BalasPadamkucing ni kalau bawak keluar rumah, orang konpius ingat monyet
Padam