Lontong Goreng Istimewa

Rabu, Ogos 06, 2014


Ini menu makan malam kami beberapa hari lepas. Bersihkan peti ais dan freezer, tengok ada lebihan lontong dan sate ayam. So, terus tergerak hati nak buat lontong goreng.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Lontong/Nasi Impit/Ketupat (potong kecil-kecil)
  • 1-2 biji bawang besar (mayang)
  • Beberapa tangkai cili api (hiris halus), kalau tak mahu pedas, tukarkan kepada cili hijau.
  • Setengah batang lobak merah (potong dadu). Boleh juga gunakan mixed vegetables.
  • Ketulan sate ayam
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • sedikit serbuk lada putih
  • beberapa sudu kicap manis
  • minyak masak untuk menumis

Cara penyediaan:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, lobak merah, ketulan sate ayam dan hirisan cili.
  2. Masukkan sedikit serbuk kunyit, serbuk lada putih, kicap manis dan perasakan dengan garam.
  3. Masukkan lontong. Gaul hingga sekata.Biar seketika atas dapur hingga semua bahan-bahan tadi tergaul mesra :)

Since saya pakai sate ayam, tak perlulah guna banyak-banyak rencah. Nak sediakan lontong goreng ni tak semestinya kena guna sate. Apa-apa bahan yang ada pun boleh. Untuk kepelbagaian, boleh buat lontong goreng guna rencah nasi goreng kampung (ikan bilis, belacan & cili api), lontong goreng ala Thai (perasa tomyam) dan lontong goreng kerabu (ketulan ayam, hirisan serai, bunga kantan, daun limau dan kerisik).

Selamat Mencuba!

13 ulasan

  1. harituh raye, kami pon banyak lebih nasi impit.. ade akak ni suggest buat lontong goreng... tapi tak pernah dengar pon... terima akak share ni... simple je rupe2 nye ye... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg simple, aisya. mcm buat nasi goreng, bezanya kita pakai lontong :)

      Padam
  2. Balasan
    1. saya pun dulu ms mula2 dgr rs pelik, lontong goreng? hihihi

      Padam
  3. Balasan
    1. hihihi takpe, akak dah makan bg pihak Shikin :)

      Padam
  4. Sejak duduk Johor bru Ros kenal lontong goreng tau kak Farrah

    BalasPadam
  5. lontong goreng tu memang kena bubuh sate ehh.

    BalasPadam
  6. Bagusnya farrah kitar semula.. nampak sedap..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.