Agar-agar Cendol yang Marvellous

Jumaat, September 05, 2014

Saya kagum dengan orang yang pandai buat agar-agar dan kuih talam aneka jenis, macam-macam warna,..macam-macam rasa! Respect sangat! Saya bab agar-agar tahu buat yang basic je. Berlapis-lapis seperti yang di bawah ni memang FAIL! Hmmm, kuih talam lagilah! Talam (dulang) je saya ada. Kuihnya memang tak tahu buat. Talam labu, talam ubi, talam jagung,...semuanya hanya tahu makan! Saya rasa remeh sangat nak sediakan! Bagi saya orang-orang expert+sabar je boleh hasilkan kuih-muih begini.

Agar-agar Cendol
Ini agar-agar cendol. Kawan Cekebon yang buat. Sedapppppp! Manisnya cukup,..lemaknya cukup. Rupanya tok sah cakaplah. Memang memancing selera! Terharu bila makan huhuhuh (terharu yang tak larat tu!) Sejukkan dalam peti ais, dah betul-betul sejuk baru dihidangkan. Lagi syiokkkkk!

Nota Senyum: Semoga satu hari saya tergerak hati untuk belajar dan cuba buat kuih-kuih begini ;)

18 ulasan

  1. Tengok je pun dah terliur. Bayangkan dia sejuk. Nyum!

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Kalau yang expert buat agar-agar, memang macam-macam diorang boleh buat, dik!

      Padam
  3. Balasan
    1. Haaa, Engku kena cari siapa pandai buat agar-agar cendol! :)

      Padam
  4. hari tu kawan JM buat agar santan..mmg sedap..so JM pun beriya minta resipi..balik buat x sama dan jadi sepertimanan dia buat..mmg frust..so samalah kita bab buat kuih muih even agar pun fail..tapi kalau agar kosong tu boleh lah :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh praktis lagi tu, JM. Orang kata, kalau selalu buat, makin expert sebab kita dah dapat agak sukatan bahan-bahan resepi. Setiap kali buat akan jadi lebih sempurna. Cam saya. Tak jadi je,..saya pangkah besar-besar resepi tuh :)

      Padam
  5. CT sukaaaaa buat buat kuih buat dessert ni semua. tapi mungkin tak secantik expert lah yang buat. comot comot sikit sana sini. tapi memang sukalah. most of the time kalo malas sangat tapi membuak buak nak memasak buat aje agar agar merah tu hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, CT minat ye...bagus, dik. Teruskan! Tahap malas CT buat agar-agar merah tu tahap paling rajin akak tu. :)

      Padam
  6. Balasan
    1. It's ok. Kita masuk kategori yg pandaiiii makan :)

      Padam
  7. insya-ALLAH, nanti tergerak hati lah tu nak buat. :D

    BalasPadam
  8. memang nampak sedap. dah lah kempunan cendol. sobs

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhu dan malam2 buta ni, tiba-tiba akak teringin nak minum cendol!

      Padam
  9. Sedaonya tengok kuih ni... ekin bab buat kuih memey fail gak huhuhu

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.