Bayangkanlah,... malam tadi masa nak buka dewan untuk kelas, saya terkejut besar! Ada dua ekor anak anjing betul-betul dekat muka pintu. Tanah sebelah rumah ni tanah lapang yang terbiar. Memang banyak anjing-anjing liar bermaharajalela kat situ. Emak anjing tengah kalut alihkan anak-anak dia masuk kawasan pagar rumah saya. Agaknya nampak kelibat saya terkedek-kedek dari jauh, terus dia lepaskan anak-anak dia depan pintu. Oh, tidak! Kejap lagi budak-budak cinonet nak sampai. Kecoh pula nanti. Macam mana nak buat ni? Dahlah tengah hujan,...
Hendak tak hendak, terpaksalah saya ambil penyodok sampah untuk alihkan puppies yang bulat-bulat tu. Mujur ada kotak kosong kat dalam dewan. Bising gak mulut puppies ni menyalak-nyalak manja, kena sodok dengan saya. So sorry,... :( Awak tu basah kena hujan,..kita tak sure umur & saiz begini, awak menggigit ke tidak,..
Melengking suara si coklat ni menyalak! |
Dah selamat masuk kotak. |
Alhamdulillah, berjaya masukkan dua ekor ni ke dalam kotak sebelum kelas bermula. Tetapi, sempat jugalah beberapa murid cilik saya terserempak dengan puppies ni sebelum dipindahkan. Ada cerita comel, yang itu saya kongsi kemudian ye :)
*Kualiti gambar kureng. Pakai kamera handphone je.
cute puppies ni.. nasib baik ada penyodokkan...
BalasPadamHehehe itu aja yang terfikir nak guna time tu, KM.
Padamkalau anak kucing boleh gak bawak balik umah kan Farrah :-)
BalasPadamItulah JM. Kalau anak kucing, dengan rela hati saya angkut balik!
Padamnsb baik puppies, klo yg besau tu caner la agaknyer yer,,
BalasPadampssstt, sy dtg folo sini..jemputla singgah yer..
Hmmm, kalau yg besar tak taulah! Cuba buat muka garang halau diorang jauh2 kot ;)
PadamThanks, Miss Yana. Nantikan kunjungan balas saya ye..
amboi sampai guna penyodok tu..
BalasPadamhehe dalam kes2 mcm ni pegang je anjing tu, satgi boleh je samak..
hehehe ni kes takut kena gigit :)
Padamhihi comel
BalasPadamcomel & bulat2!
Padamkalo anak kucing takpe senang nak alihkan. mesti cute anak anak anjing kan perut bolat bolat kekekek.
BalasPadamHmm, masa akak sodok-sodok manja puppies tu, dapat rasa bulat & gendutnya perut2 mereka heheh
PadamKalau saya pun guna penyodok.
BalasPadamDengan kucing pun saya geli..
Inikan pulak hanjing..haaacum..
Akak memang nampak penyodok je masa tu, Shikin. Oh, Shikin geli ngan meowww ye :)
Padamalahai...comelnya :DD
BalasPadamteringat kes yang orang sesuka aniaya tuan rumah tu p baling kucing2 dia dari tingkat 9. sedih. takde hati perut!
Sedih. Akak emo sikit ngan orang2 suka aniaya haiwan nih.
PadamAkak nk buat apa dgn puppies tu?
BalasPadamHantar balik kat omak dia, Scha :)
PadamTengok anak anjing ni teringat kisah ekin suatu ketika dqhulu masatu darjah 1.. kisah ma yg ceritan kat ekin... ekin tertukarbank kucing n anak anjing... hahaha... hari2 nak pergi skolah mesti main
BalasPadamdengan diaorg... mummy anjing xmarahnpun kat ekin dia tgk jah... masa ekin duk dlam.perumahan. askar di pahang...last2 berigak dgn.abg ekin.dia.marah tu.anak.anjing... balik rumah terus ma samak dengan tanah seluruh tubuh ekin... huhhhu
Kisah ni ekin teringat kisah ekin.dahulu anak anjing sangka anak.kucng... masa tu darjah 1.. ekin xtaw pape kan... hari2 nak g sekolah laju kawasan sunyi mesti main.dgn anak tu... mummy dia ok.jah tak.marah ekin pun... masa tu perumahan askar kan laluan.nak g sekolah
BalasPadamLast2 ekin berigak dengan abg dia mwrah ckp tu bukan.kucing tu anjing. Balik rumah ma.terus samak.dengan tanah sammpa bercelup pahtu mandi
BalasPadam