Jumaat, Oktober 24, 2014

Jom Cuba Nasib - Cikgu, kenapa siput babi jalan lambat?


Kebiasaannya, sebelum memulakan kelas bersama si cilik, mereka yang sampai awal ke kelas akan berkerumun depan meja saya. Sambil perhatikan saya asingkan buku, potong kertas, sediakan bahan mengajar,...akan ada segmen teka-teki. (Haa,...jangan ingat blog aje yang banyak segmen!) Mereka akan tanya teka-teki, saya akan cuba jawab. Tiap-tiap hari macam tu. Banyak betul teka-teki yang budak-budak ni tahu!

OK. Teka-teki ini malam tadi punya.

Kenapa siput babi jalan lambat?

Siapa nak jawab, jawab cepat! Nak buat interesting sedikit, siapa yang pantas menjawab akan dapat 'something' daripada saya. Tetapi, ada twistnya di sini. Selain jawab teka-teki tu, kalian kena guna daya fikir sendiri untuk kaitkan rasionalnya dengan kehidupan kita. Dalam erti kata lain, explain dulu kenapa si siput babi ni jalan lambat. Then, gunakan jawaban anda untuk tunjukkan bagaimana it can be reflected to our lives. Faham tak? Gunakan kreativiti kalian. Jangan copy paste dari blog lain pula ye.

Nyatakan jawaban dan pandangan kalian di ruangan komen di bawah. To be fair, saya tidak akan approve sebarang komen sehinggalah pukul 11.59 malam nanti :)

Jumpa nanti selepas kelas-kelas saya tamat!



46 ulasan:

  1. siput babi tu bergerak bukan berjalan..
    em..saya tunggu jawapan yg 'logik' keluar la kak.. haha..
    nak perah otak skrg masa mengejar..
    mencabar betul soalan

    BalasPadam
  2. wah, ada teka-teki..best ni..tapi wana tak boleh pikir sekarang..otak tengah buntu..nak juga tau apa jawapan nanti..heheh ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa. Lain kali akak letak teka-teki lain, Wana cuba pula ye :)

      Padam
  3. Jawapan yang Acik nak bagi ni serupa jugak dengan yang lain-lain... Siput babi jalan lambat sebab dia dok pikir, "Aku ni siput ke babi?" sampai la ke hujung jalan sana..dok pikir je masalah ia ni. Dari mula pandai berjalan, sampai la mati.. Rasionalnya pada kehidupan kita, Allah dah beri kita akal untuk berfikir. Jangan terburu-buru dalam membuat keputusan. Fikirlah selagi boleh berfikir. Berikan keputusan tepat pada masanya.
    Macam juga dengan teka-teki ni..Acik dok terpikir, nombor berapa la penyertaan aku ni...boleh menang ke tak, boleh menang ke tak..sampai la kul 11.59 malam karang..hahaha...

    BalasPadam
  4. CT tahu jawapan dia sebab dulu pernah tanya orang. tapi macam mana eh nak kaitkan dengan kehidupan ke dengan sekeliling ke alamak.. seseme ni otak tak berapa nak ligat. huuurm.. macam mane ye hohoho..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kasi baik itu selesema dulu, adik manis!

      Padam
    2. daaaa sehat daaaaa alhamdulillah. nak pi makan kepci ini malam hahaha. manalah tak bolat :p

      Padam
    3. Amboi, bukan main lagi dia nak gi makan kepci! Makan lebih sikit bagi pihak akak :)

      Padam
  5. saya tanya adik saya, dia cakap sebab siput babi tak ada kaki. hehehe...

    maybe sebab dia confius kot dia tu siput ke babi...lol~ macam boleh berfikir lak siput babi ni...

    kalau dikaitkan dengan kehidupan kita ni, kita akan jadi perlahan kalau sampai sudah kita tak tahu siapa diri kita, siapa kita nak jadi. setiap manusia dicipta atas satu sebab. tapi kalau diri sendiri pun x kenal siapa, macam mana nak teruskan kehidupan?

    BalasPadam
  6. Siput tu jalan lambat sebab dia sibuk dok fikir dia tu siput ke babi,...
    untuk relate dengan kehidupan...jangan terlalu banyak fikir, nanti kita jalan lambat hahahah
    Mon, I don't expect to be chosen. Aku tau ko tetap ada hadiah utk aku.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha I admire ur confidence ;) untuk gagak dok dalam hutan, buat apalah susah2 beri hadiah...

      Padam
  7. cengkerang dia besar sangat kot. dah macam angkut beg sandang. tu yang lambat ja jalan. *okay,sounds merapu. hehe

    BalasPadam
  8. Alamak dah dekat pukul 11.59 malam dah, taksempat nak pikir, hahaha

    BalasPadam
  9. Yeayyyy! Ramai juga yg sudi jawab. Thanks so much! Maaf, ada 3 komen yang terpaksa saya 'nyahhh' kan sebab ada unsur bahasa tidak baik yang mungkin menyentuh sensitiviti pihak lain. No heart feelings ye :)

    OK. Kalau ikut kepantasan, Acik Watie lah orangnya. Cuba baca huraian acik. Menarik kan?!
    Pada masa yang sama, komen Amy J pun best! Cuma Amy tackled isu siput ni dari perspektif yg berbeza.

    Jadi, saya nak bagi hadiah pada dua-dua sekalilah! Hadiah ingat-ingatan je. Bagi yang lain, terima kasih sebab ambil effort untuk jawab teka-teki ni. Setiap komen kalian sangat precious bagi saya :)

    Acik Watie dan Amy J, tolong email akak address kalian ASAP ke faidamf[at]gmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. baru logik sikit jawapan mereka berdua tu.. saya jenis pemalas sikit nak fikir..patut otak loading..hahah.. tahniah utk mereka..saya sokong jawapan yg pertama sekali jawab tu ada kaitan dan logik

      Padam
    2. eh, baru baca komen akak ni.. erk. sempat lagi ke nak email kak? heeee

      Padam
    3. Akak mmg dah ada address Amy lah hihihi

      Padam
  10. Alooo. Dah melepas. Hahah. betul. komen sys acik watie sangatt lahh ohsem. ^^ tahniahh. heehe.

    BalasPadam
  11. lahh dh tamat dh... tahniah yg cepat jawab tue...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah, lain kali kita main teka teki sama2 ye Zarul :)

      Padam
  12. kenapa mesti siput babi? kenapa bukan siput kucing ek? hahahaha =p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesian si khinzir kan,...yg buruk2 semua kita refer kat dia

      Padam
  13. hehehe...pertama jawab rupanya..ingatkan dah lambat..terima kasih nak bagi hadiah ingat-ingatan...tak sabar nak tunggu teka teki yang lain pula.Tahniah Amy J si Gadis Serigala itew..

    BalasPadam
  14. hahahaha gelak2 bace komen, deyyy acane boleh telepas pandang ni, ish ish

    BalasPadam
  15. Tahniah kepada cik amy dan acik kerana berjaya. Hahaha. Kita tukang baca je komen. Lols. Sungguh otak kuramg bergerakk buat masa ini. Huhu.\(-___________-;)/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pe,..otak tu bergerak laju kat tempat lain - pandai tukar muka blog, buat tutorials yang ramai orang leh manfaatkan,... :)

      Padam
  16. Haha..sebab siput babi takde kaki.
    Dia mengengsot macam baby.
    That's why lah lambat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak terfikir tau Shikin,..time kita jumpa cangkerang siput yang kosong tu kan,...siput tu pergi mana? Mandi ke? Hihihi

      Padam
  17. alaa...baru nk baca entri nih...tahu jawapan nya..ada lagi tak teka teki lain hihihih

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.