Sabtu, November 08, 2014

Jom Cuba Nasib - Pengorbanan Cinta

Assalamu'alaikum. Selamat Pagi! Hujung minggu sudah tiba! 
OK, hari ni ada mood nak buat entri 'Jom Cuba Nasib'. Ingat nak buat teka-teki, tapi buat based on keywords Nuffnang dululah. Boleh cungkil bakat terpendam dan jiwa puitis kalian semua :)

Nak buat apa?
Well, kalau sebelum ni kita dah main teka-teki siput babi, dan dah cuba reka ayat 'bila masih di langit', hari ni....

Jeng jeng jeng!

Demam Pengorbanan Cinta

Haaa,..ini penangan Setia Band released album dan buat konsert baru-baru ini. Kebetulan saya ada entri mengenai lagu Pengorbanan Cinta. Bagi yang tak tahu, Setia Band merupakan kumpulan dari seberang. Asalnya kumpulan ST12, tetapi anggotanya berpecah dan tubuhkan kumpulan Setia. 

Jangan risau, tak perlu pergi cari lagu ni untuk dengar. Personally, gubahan lagu dan vokal Charly bawa lagu ni best, tapi lirik macam meh?! Kurang sikit kat situ ;)

OK. Simple je. Usahakan apa sahaja - ayat, sajak, pantun, syair,.. apa sahajalah yang boleh difikirkan. Temanya - Pengorbanan Cinta. Dalam erti kata lain, kalian boleh share tafsiran pengorbanan cinta kalian ke,..cerita-cerita dan pengalaman ke,...terpulang. Tinggalkan hasil kreativiti kalian di ruangan komen sebelum Isnin, 10 November, 12.30 tengah hari. 'Komen-komen penyertaan' akan saya approve selepas tu  :)

Selamat mengasah minda kreatif!

Psttt! Klik pada pautan 'bila masih di langit' di atas. Baca komen terkini daripada Sis JM ;)



50 ulasan:

  1. Dear Farah...link "bila masih di langit tu" akan bawa kepada link "teka-teki siput babi" cer check balik

    ahahaha...part kelakar siap minta reader baca komen dari akak tu..lawak lah Farrah ni heheeheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yelah, kak! Dah repair dah...Thanks so much! :)
      Saya suka sebab komen '[bila di langit' akak tu paling spontan heheheh

      Padam
  2. salam kenal, asal indonesia, baru pertama datang disini, wah blognya bagus sekali,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat berkenalan. Terima kasih sudi berkunjung ke mari :)

      Padam
  3. ha, kalau pasal cinta-cinta ni, saya mahir sikit cari idea.haahahhaa >.< sat nah, saya pikiaq.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa silakan tunjuk skil :) akak tunggu dengan senyuman kat sini,..

      Padam
  4. pengorbanan cinta ni perlukan keberanian.
    pengorbanan cinta ni perlukan kesabaran.

    kalau hebat, boleh jadi seperti Aman Mathur yang sanggup korbankan cintanya sebab dia tahu dia tak mampu nak balas kembali dan juga masanya hanya seketika je di dunia. - Kal Ho Naa Ho

    kalau hanya berserah je, sama juga seperti Megha, yang bukan sahaja mengorbankan cinta dia tapi mengorbankan diri sendiri gara-gara cintanya tidak mampu dipertahankan lagi. - Mohabattein

    atau kerana setia, sanggup korbankan cinta kerana lebih sayangkan sahabat dan keluarga lebih dari segala-galanya. - Mujhse Dosti Karoge, Har Dil Jo Pyar Karega, Dil Hai Tumharaa.


    wakakakakaka.. tergelak-gelak saya buat benda ni.. x reti buat sajak syair bagai -.- tapi saya nak support kak Farrah juga! hahaha.. sebab challenge sebelum ni x berjaya buat -.-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wowwwww! Wowwwwww! Woowwwwww!
      Thanks sebab rajin support akak :D

      Padam
    2. dil hai tumharaa i like..!! sebab ade arjun hensem hahahah

      Padam
  5. Balasan
    1. Tak semestinya, Zumal. Nak buat ayat guna phrase pengorbanan cinta pun boleh..apa-apalah,.. :)

      Padam
  6. waa..ni kne masa jiwang2 ni dear @Farrah MF .. . kalu masa tka jiwang..puitis..semua hancur.. .hihi

    BalasPadam
  7. Segan nak join, haha nak tunggu jawapan peserta je, ecehh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala apalah nak disegankan. Kita-kita je...akak bukan wat GA formal pun...

      Padam
    2. alohh takmau lah. tak pandai nak bermadah, hew hew

      Padam
    3. Ala la shy shy cat pulak dia...

      Padam
  8. tak bape nak faham la entri kali ni.. maksudnya buat apa-apa jenis entri yang berkaitan pengorbanan cinta eh?? hahaha. noob la fasal cintan cintun..a yo...
    btw, klik rhb & trip to macau sini (:

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye,..apa2 je..tafsiran mengenai apa itu pengorbanan cinta ke,..sajak ke,..pantun ke,..apa2 je. Tinggalkan karya bernas kat ruangan komen ni. Tak yah buat entri pun..

      Padam
  9. PENGORBANAN CINTA

    Kau bahagia,
    Kau gembira,
    Kau suka,
    Tapi itu bukan patut kau ada.

    Kau derita,
    Kau dilema,
    Kau takut tak diterima,
    Tapi itu yang sepatutnya.

    Kau dikaburi,
    Kau diracuni,
    Kau dihasut duniawi,
    Kau tinggal semua tolak tepi,
    Padahal, kau susah --> Tuhan yang kau cari
    Keliling kau semua tak peduli.

    Memang sukar kau hindari,
    Tapi kau perlu tabah meniti,
    Usaha untuk menjadi ahli syurga nanti,
    Untuk kau temu kekasih hati.

    Kau perlu kuat berlari,
    Biar dicaci, dimaki,
    Kau kejar redha Ilahi,
    Kau korbankan cinta duniawi,
    Kerna kau dambakan syurga firdausi.

    ulasan : mungkin ini bukan puisi, cuma kata-kata yang tiba-tiba terlintas diminda. pengorbanan cinta yang nak disampaikan ialah, bagaimana seorang hamba perlu mengorbankan cintanya pada duniawi kerna mengejar cinta Ilahi. Tak semua yang kita suka itu baik bagi kita, dan tak semua yang kita tak suka itu tidak baik bagi kita. ^.^

    moga kak Farrah terima penyertaan yang biasa-biasa saja ini. saya tulis tanpa dengar lagi lagu Setia Band sebab takut nanti jadi macam kurang originaliti pulak kata-kata diatas. Lepas ni baru nak dengar. XD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apasal pulak tak terima? Wahhhhhh! Akak wahhhhh lagi. Sebbaik tak dengar lagu tu,..boleh hilang idea nanti. As I mentioned earlier liriknya biasa2 aja. Puisi ni lagi bagus!

      Psst! Anak-anak Setiaku, usah tersinggung ya...

      Padam
  10. "korban cinta untuk manusia, pasti berakhir dengan sia-sia.
    korban cinta untuk Ilahi, pasti ada ganjaran di sana. "

    bukan pantun, bukan sajak.. syair kot?haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju....tak kisah apa Cik Fafa, janji ada mesej & makna :)

      Padam
  11. alahaiii.. kite xde idea la kak..hahahaah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada idea tak pe,..dah dtg lepak sini pun dah cukup bagus ;)

      Padam
  12. Ngantuk dah ni.
    Tapi, layan juga lagu Dato CT - jaga dia untukku.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shikin, akak malam tadi pun bobok awal. Mata berat je...amboi, feeling2 layan lagu Dato CT nampak :)

      Padam
  13. Da cuba buat dlm mse 20minit. Hoho

    http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2014/11/pengorbanan-cinta.html

    Belog Miss Balqis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amboii, Cik Balqis siap buat entri lagi! Akak dah jengah dah..nanti akak share kat sini juga hehehe

      Padam
  14. Apabila kau melepaskan si dia,
    kerana dia bukan tersurat jadi milikmu,
    kau tetap ingin melihat bahagianya,
    dan hatimu tidak akan merasa sakit,
    ...itu pengorbanan cintamu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gagak rimba ni romantiklah! Janganlah private kan blog tu lama-lama...

      Padam
  15. boleh tak Puisi ni

    Pengorbanan cintaku padamu
    aku tak peduli sampai ku mati pun
    aku pun tak peduli dengan diriku
    karena cinta yang begitu besar padamu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh sangat, kak!
      Tu diaaaa! Apabila sis JM mula bicara ttg pengorbanan cinta :)

      Padam
  16. Monday boss! Tgh bersedia tunggu arahan utk reconstruct blog...

    "Pengorbanan cinta paling agung adalah pengorbanan cinta dan kasih seorang wanita bergelar ibu."

    BalasPadam
    Balasan
    1. Monday, dearie! Awat rajin sangat? Kan akak kata boleh rest sampai 15hb hehehe.
      Wah,..bebudak FunCrayons pandai bermadah la...nanti kalau dapat hadiah kena pecah 3 ;)

      Padam
  17. Assalamu'alaikum, komen-komen 'Pengorbanan Cinta' dah published. Jemput baca. Nanti saya buat entri khas sebab kali ni nak kalian sama-sama pilih pemenangnya :)

    BalasPadam
  18. alaaa.. tak sempat nak join.. ishh

    BalasPadam
  19. Dah tertinggal keretapi!!! Ish ish rugi2...

    BalasPadam
  20. uuuuit da terlepas ni.. tak bukak blog beberapa hari da penat nak catch up :P amboi sakan semua bermadah cinta..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.