Urap Pegaga

Khamis, November 06, 2014

Assalamu'alaikum! Selamat Pagi Khamis! Cepat betul masa berlalu...sedar-sedar dah nak hujung minggu. Minggu pertama November pun dah nak habis. Bagaimana November kalian setakat ni? Oh, semalam 'tuai' pegaga dari taman herba saya. Banyak jugalah yang dapat! Ada kerisik kering dalam peti sejuk. Apa lagi,...saya buat urap! Jamu mata dulu ye...Insya Allah petang nanti saya sertakan resepinya.

Urap Pegaga
Kemas kini 5.07 petang. 
OK. Jom intai resepinya!

Resepi Urap Pegaga 

Bahan-bahan:
  • 2 - 3 genggam/ikat daun pegaga (dibersihkan)
  • 1/4 - 1/2 biji kelapa parut yang disangai terlebih dahulu (Saya gunakan stok kerisik kering yang ada.)
  • 3 biji bawang merah  (mayang)
  • Halia lebih kurang sebesar ibu jari (hiris halus memanjang)
  • 7 tangkai cili padi (hiris). Kalau tak makan pedas, boleh kurangkan atau tak perlu letak langsung.
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit garam
  • sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:
  1.  Tumiskan bawang merah, belacan dan halia hingga naik bau. Tambahkan sedikit serbuk kunyit.
  2. Masukkan daun pegaga. Masak hingga daunnya layu.
  3. Masukkan kelapa parut dan cili padi. Kacau hingga semuanya sebati. Perasakan dengan garam.
  4. Sedia untuk dihidang!




37 ulasan

  1. Pagi-pagi akak upload gambar urap pegaga ......
    Terliur Nad tengok...
    Actually Nad kagum tengok akak...you really love what you do..music, craft, gardening, cooking....

    Akak memang ada magic thumb laa!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Magic thumb? Alamak, Nad...melambungnya puji akak! Akak biasa2 jelah..kongsi interest dengan kawan-kawan/adik-adik je. Nad pun apa kurangnya,..dapat kerja dari rumah,...tengok anak membesar depan mata :)

      Padam
    2. sedapnya pegaga. saya sekarang ni dh addicted dgn pegaga. pastu goreng belacan. sedapnya sampai nak nangis. hahhaha

      Padam
    3. Hahaha sedap sampai nak nangis tu yg akak tak tahan dengar tuh... ;)

      Padam
  2. wahh, sdapnya kak.. jadi kelaparan benar ni.hahah

    BalasPadam
  3. mcm sedap je Kak Farrah..p Cik Mimie tak mkn pegaga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dish ni orang yg suka makan ulam suka lah...:)

      Padam
  4. tak boleh telan pegaga hahaha.. tekak tak boleh terima. pegaga n ulam raja.. dedua takleh.. yg lain okay lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ohh bab ulam citarasa kita tak sama..akak suka pegaga & ulam raja :)

      Padam
    2. hahahaha kita ni klaka la kak :P hahaha.. CT suka bendi. masuk dlm list ulam kan ? pastu tu.. bunga kantan.. baru belajar makan. dulu ingat org tak makan rupanya
      sedap haaaih..!!

      Padam
    3. Boleh je...ooh, bunga kantan memang best! Tapi sekarang bunga kantan mahallah!

      Padam
  5. Ya Allah... lauk ni kalau makan... ada kuah lemak cili api ke... seleranya... ikan pekasam ok gak !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uishhh, pekena dengan ikan pekasam memang sedapppp!

      Padam
  6. tak suka sangat makan sayur hijau. tapi kalau ulam2 macam ni lebih suka makan fresh macam tu je. senang nak telan. miahahaha

    BalasPadam
  7. nampak sedap walaupun bukan penggemar pegaga. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap, Cik Fafa. Nanti kalau rajin cubalah. Akak memang suka urap dgn kerabu :)

      Padam
  8. ishh...sisi JM mmg suka masakan jenis nih..tapi beluj pernah masak dan makan sbb tak tahu resipinya..Biasa klaau sebut pegaga biasa buat jus or buat ulam mkan gite je..so lepas ni leh la try

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah, sis! Tapi pastikan ramuannya semua cukup baru cuba buat. Baru boleh enjoy betul2.

      Padam
  9. Urap ni mcm ketabu ea kak... ke mmg kerabu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih kurang mcm kerabu, tapi ingredients lain sikit :)

      Padam
    2. Ooo tak pernah dengar pon pasal urap nie...

      Padam
  10. hahaha. tak pernah dengar pulak nama makanan ni. siaan diknaa ni. hahah. T.T

    BalasPadam
  11. Ros first time makan urap ni masa gi kursus bulan lepas .. sebelum tu tak pernah makan. hihi

    BalasPadam
  12. Urap? Baru ni dengar.
    November saya...ermmmm..
    Tgh bertungkus-lumus siapkan goodies abe.
    ...nak bagi kawan-kawan dia.
    Next Friday birthday Abe.

    BalasPadam
  13. urap urap. HAHA first time dengar. Pegaga pernah lah, hihi

    BalasPadam
  14. urap? macam kerabu ke? hehe. memandai je. 1st time tau perkataan urap. :)

    BalasPadam
  15. akakkk..pegaga pun wana suka makan..memang jalan2 tower akak ni godek2 resepi..mohon izin copy resepi ya kak..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best kan pegaga :)
      Silakan Wana...nanti dah cuba inform akak ye, kena ke tidak dgn selera.

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.