Sabtu, November 15, 2014

Mahir Bahasa Inggeris dengan MYVI (untuk Anak-anak & Kita juga,..)

Kekangan utama apabila membaca material Bahasa Inggeris ialah kita tidak faham maksud perkataan tertentu. Malas nak cari makna dalam kamus, kita akan cuba figure out makna sendiri. Then, as time goes by, kita lupa terus perkataan tu (tanpa betul-betul tahu makna sebenarnya).

So, here comes MYVI! MYVI ialah singkatan untuk My Vocabulary Index. Just a fun term yang saya dan pelajar guna untuk refer pada buku ini. Basically, My Vocabulary Index mempunyai indeks A, B, C - Z, mengandungi daftar perkataan baru yang kita pelajari berserta maksudnya sekali.


Cara untuk Sediakan MYVI:
  1. Sediakan 1 buku khas. Beli buku berindeks ABC yang sedia ada di pasaran. Kalau tak jumpa, buat sendiri. Belilah buku yang sesuai, tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Guna test/examination pad pun boleh.
  2. Gunakan pen warna/ Cap getah ABC (lihat sini) untuk melabel bahagian atas muka surat dengan huruf-huruf. Peruntukkan muka surat tambahan bagi huruf-huruf yang menjadi pangkal banyak perkataan. Contohnya A, B, C, D, M, P dan W. Untuk huruf-huruf seperti X, Y dan Z, satu halaman dah mencukupi.
  3. Kamus mini/poket. Pastikan sentiasa diletakkan bersama dengan MYVI atau di tempat yang senang nak dicapai :)
Contoh My Vocabulary Index
Dalam gambar ni MYVI saya. Nak tunjuk MYVI anak-anak murid (yang comel + ceria sikit), tak dapatlah sebab diorang simpan :) Saya guna test pad biasa. Jika ada muka surat tertentu habis, tambah je yang baru. Then, simpan semuanya dalam fail.

Setiap kali jumpa perkataan baru, cari makna guna kamus dan masukkan ke dalam MYVI.

Contohnya:
  • ambiguous - bermula dengan huruf A, masukkan di bawah A 
  • flibbertigibbet- bermula dengan huruf F, masukkan di bawah F

Jangan lupa untuk tulis maksudnya sekali. Dalam kelas, untuk anak-anak sekolah rendah, saya benarkan mereka tulis makna perkataan dalam Bahasa Malaysia. Tetapi, bagi pelajar sekolah menengah, saya suruh mereka biasakan diri guna English to English Dictionary. Biar mereka faham terjemahan perkataan guna Bahasa Inggeris juga. Kalau masih tak faham, baru guna kamus dwibahasa.

Then, apabila ada masa terluang, selak balik perkataan-perkataan yang kita dah belajar. Pilih satu huruf, baca perkataan dan makna yang ada dalam halaman tersebut untuk refresh ingatan kita. Ibu bapa boleh luangkan masa dengan anak-anak untuk aktiviti ini. Boleh ajar mereka guna kamus. Buat pop quiz guna perkataan-perkataan yang mereka dah belajar.

Konsepnya mudah -  cari makna, masukkan dan baca semula. Kena rajin dan ada kesungguhan sikitlah. Insya-Allah, cara ni memang antara cara terbaik meningkatkan penguasaan kita terhadap perbendaharaan kata :)


Psst! Selamat beristirehat! Dua hari ni saya agak sibuk + banyak urusan di luar. Akan cuba curi masa untuk blogwalking. Kalau tak sempat jumpa minggu hadapan ye. Thanks sebab sudi singgah ke mari :)

37 ulasan:

  1. macam zaman sekolah rendah ada buku voca.. hehehe.. alternatif bijak buat susun ikut abjab.. dlu rajin buat la sbb literature kan..,dah habis sekolah, capai kamus ja senang pastu conteng kat atas/bawah perkataan yg kita tak tahu maksudnya .. buat buku utk voca pun tak tersusun kak..

    yg seronok bila kita gunakan kamus ni bila kita cari ssuatu perkataan, kita akan terjumpa perkataan baru yg kita tak pernah tahu pun masa sibuk cari makna satu perkataan tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak suka kumpula sekali dlm satu buku. Klu tulis macam Nana buat tu, confirm akak tak akan jumpa balik. Hehehe buku ke mana perkataan ke mana,..

      Padam
  2. Wah..best tips akak ni..belajar pun lebih seronok..tq akak :D

    BalasPadam
  3. bagus juga caranya, boleh saya sendiri praktikkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah, Namy. At least kita x perlu cari makna perkataan byk2 kali.

      Padam
  4. macam menarik ja tips ni, boleh la suruh adik saya praktikkan. *saya pun boleh tumpang sekali.hehe

    BalasPadam
  5. mula tu bila baca tajuk MYVI..ehh..itu bukan kereta produa MyVi tu ke rupanya bukan...mengong tul!!!

    Farrah..perkongsian yang menarik...bukan shj sebagai panduan kepada student...even sis JM pun boleh follow cara nih..sbb oh! my english...too bad

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Kak! Cara ni sesuai utk improve vocab kita...lg2 buat sy yg pelupa ni :)

      Padam
  6. Balasan
    1. Bagi akak cara ni praktikal especially utk students :)

      Padam
  7. Huhu..sy pn da slow speaking english skrg nie. Nth2 bila ckp pn terabur kot..hihi
    Belog Miss Balqis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pe,..mana tahu dlm berterabur tu keluar slang UK...

      Padam
  8. walaupun agak rumit tp bila dh buat nampak mudah juga nk refresh setiap perkataan.. cikgu skolah pun xbuat mcm ni.. hebat la sis :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, senang nak recap perkataan yg kita dah belajar.

      Padam
  9. Asalam..bagusnya nya tip dari farra,insyaAllah boleh diperatikkan dekat anak2 khaty..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, cubalah Khaty. Mula2 tu memang akan rasa leceh, tapi lama2 nanti dah terbiasa, tak jadi masalah dah ;)

      Padam
  10. Lahhh...saya ingat kalau mahir English boleh dapat myvi tadi.
    Tapi, memang macam tak logik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe kalau mahir English leh dapat MYVI sebjik, akak rela masuk sekolah balik :D

      Padam
  11. mak aaaaih perkataan super hebat.. dah macam jargon dah ha hihi.. kalau dalam kelas time mngaja mmg CT akak pastikan semua ada kamus. kalau sorang tanya maksud perkataan denda. kena belajar selak kamus..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul,..bagi akak nak improve apa language sekalipun, tool paling penting - kamus :)

      Padam
  12. Kena rajin macam kak farrah. Thanks kak share tips MYVI. Anak buah saya 6 tahun dah pandai speaking sbb tgk kartun bnyk sgt. Saya ni, kang kena belajar dgn dia pulak. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Budak2 sekarang memang boleh cepat pandai sebab banyak exposure :)

      Padam
  13. perghh. berkesan jugak tips kak farrah ni. boleh lah guna kalau mengajar budak2. hhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. At first memang macam rumit & messy. Tapi, memang berkesan. Anak-anak murid akak mula Darjah 3 akak dah ajar guna kamus & MYVI. Slow-slowlah...at least kalau nanti tak tahu makna, diorang dah boleh cari sendiri.

      Padam
  14. Ayuh kembali ke sekolah.. wahhh rase masuk sekolah balik je.. tp kalau ade geng mmg sonok bt cmni... leh bersaing and skligus tmbh pengetahuan baru...

    BalasPadam
  15. Seronoknya, memang kena rajin kan..")

    BalasPadam
  16. wow. tips menarik. insyaallah boleh gunakan untuk cik puteri nanti.

    banyak juga tanggungjawab seorang ibu dan bapa selain membesarkan perlu ambil tahu tips untuk pembelajaran mereka

    BalasPadam
  17. Nice sharing kak farrah....boleh lah Nad buatkan untuk harith vocab yang simple...
    since dia pun dah kenal alphabets and dah boleh eja sikit2

    BalasPadam
  18. wahh,, tips yang sangat sesuai untuk saya yg lemah bi nii.. hihi. thanks ye.. tahun ni ambik muet.. arghh.. tapi bi still lemah...doakan saya berjaya ye..

    BalasPadam
  19. wahhhh ini best! teringat dedulu zmn skolah mmg kena ada 1 buku vocab. teacher akan bg 1 word each day. sapa x dak buku vocab tu mmg siapla mnjwb hehe

    BalasPadam
  20. Abah pun suruh buat macam ni dedolu.. tapi, anak dia malas.. sehari buat, 2 minggu tak buat.. haha

    BalasPadam
  21. oo bagus juga tips ni puan, thanks ya

    BalasPadam
  22. Masa zaman sekolah memang selalu buat buku vocab ni. Tapi berterabur. Tak ikut pun susunan abjad dia. Rasanya kenalah adakan balik buku ni. Terima kasih sis Farrah ingatkan semula tentang kaedah ini. =)

    BalasPadam
  23. Terima kasih berkongsi. Teknik tanpa stress.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.