Resepi Biskut Kopi Yumm Yumm!

Isnin, November 24, 2014

Nak makan cookies perasa kopi yang sedap? Cuba resepi di bawah. Kita gunakan instant coffee (Nescafe ke,...Indocafe ke...terpulang).

Bersedia untuk dibakar!

Bahan-bahan:
  • 180g mentega/marjerin
  • 210 gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu teh Nescafe/Indocafe
  • 365g tepung naik sendiri

Cara penyediaan:
  1. Pukul mentega/marjerin dengan gula hingga gebu. Kemudian, masukkan kuning telur. Pukul lagi.
  2. Masukkan esen vanila dan Nescafe/Indocafe. Gaul hingga semuanya sekata.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang boleh diterap. Agak-agak penggunaan tepung. Jika rasa doh biskut dah cantik dan lembut untuk diterap, tak perlu guna semua. Jika doh agak kering dan berderai, tambahkan sedikit mentaga/marjerin.
  4. Gunakan rolling pin untuk leperkan doh. Terap menggunakan acuan kuih. Susun atas dulang pembakar yang telah dilengser.
  5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 15 - 20 minit. (Jangan lupa panaskan oven terlebih dahulu ye.)

Senang je kan? Biskutnya pun rangup. Rasa kopi just nice. Sedap makan begitu sahaja. Tetapi, kalau rajin boleh upgrade biskut kopi ni jadi biskut mocha pula :)

Mocha Cookies

Saya suka gunakan brown chocolate (compared to dark chocolate) untuk resepi ini. Agak-agaklah coklatnya nak digunakan banyak mana. Timbang. Cairkan coklat (guna teknik double boiler) dengan sedikit cocoa butter. Berapa banyak nak guna? 10% daripada jumlah berat coklat tadi. Jika coklat yang digunakan 300g, cocoa butter hanya 30g. Celup biskut dan taburkan dengan sedikit hiasan/gula manik/coklat urai.

Oh, boleh juga tambah 100g cornflakes yang dikisar halur ke dalam adunan untuk tekstur yang lebih crunchy :)

Selamat Mencuba!



46 ulasan

  1. Balasan
    1. Mai la turun sini. Kita ngeteh sambil makan cookies :)

      Padam
    2. serius nie..sis dok mana... nk pegi nie...

      Padam
  2. selalu hari raya je layan biskut2 camni..tunggu raya la nampaknya..

    Acik tag http://acikwatie.blogspot.com/2014/11/giveaway-rm100-untuk-seorang-pemenang.html

    BalasPadam
  3. Sedapnya.. InsyaAllah raya tahun depan try buat biskut nie. takpun kalau time mood nak buat biskut tiba-tiba datang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa, mana tahu tiba2 rasa nak makan cookies, bahan2 tak susah nak cari.

      Padam
  4. macam best jer kalau buat untuk anak2 musim cuti sekolah nie... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best, Kak Idah. Tang celup-celup coklat tu boleh suruh Kakak Atikah buat :)

      Padam
  5. Asalam..farra..comeeyy nya biskut dia..sedapp tue

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam Khaty. Dah lama tak makan biskut ni. Teringin... :)

      Padam
  6. wah sdapnya kak. pos sni skitt. hee ^^

    BalasPadam
  7. rajinnya buat biskut. selalu time raya ja makan biskut. comel pulak tu. ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak rajin mana Cik Fafa. Biskut ni resepinya senang je :)

      Padam
  8. kak farrah, saya rasa macam nak raya je esok. hehe. bahan dia mudah. boleh try pasni. saya kalau bahan mudah pun kadang saya mudahkan lagi. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amboi, baru tengok 1 biskut dah rasa nak raya! Hahaah tak salah derhaka pada resepi budak...yg penting convenient :)

      Padam
  9. dah byk resipi Farrah kongsi dalam blog ni tapi sis belum cuba lagi..ntah bila nk beli Oven tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pe, kak. Nanti bila dah ada oven + semangat membara nak bake tu sampai,...akak koreklah balik resepi2 :)

      Padam
  10. Saya tunjuk kat mak.
    Suka dia tengok hasil tangan k.Farrah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak, biskut cincai-cincai je Shikin tunjuk kat Ketua Chef. Malulah...

      Padam
  11. Balasan
    1. Cubalah, Zumal. Nanti bagitau akak kena ngan taste Zumal ke tidak :)

      Padam
  12. Terbaek la kak farrah...hehe..tapi Cik Mimie tak minat kopi.. :)

    BalasPadam
  13. one coffee lover over hear is tersengih enough tengok recipe ni.. daku tak kuat hahaha..

    BalasPadam
  14. Balasan
    1. Hihihi terus lapar? Tapi makan biskut ni tak mengenyangkan, ietams. Sebu tepung je la...

      Padam
  15. time raya, biskut ni mesti ada! :D kitorang suka buat. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. sep sikit! akak memang suka biskut ni dari kecil!

      Padam
  16. Ya Allah. Tak pernah makan rasanye. Tapi macam sedap jee.. Adoii terliuq!

    BalasPadam
  17. Hahah smlm pon mcm trbau kuih raye je... uhh suke la biskut yg perisa kopi cmni.. mesti sedap kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa kopi biskut ni tak strong sangat...tapi sedaplah buat kunyah-kunyah.

      Padam
  18. saya kurang sikit biskut coffee. kecuali mexico bun. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak ni hantu kopi,..biskut kopi, aiskrim kopi, roti kopi,...jom ngeteh. akak belanja papa bun dua bijik..cukup? ke nak lima?

      Padam
  19. samalah kita. ros pun suka kopi kopi ni. hihi.. boleh try ni,

    BalasPadam
  20. wahhh nak try resepi ni kak farrah....senang jer rupanya... tapi cmne yer kita xde tepung naik sendiri tuh.... nak ganti guna apa, kak farrah ada idea? :D

    BalasPadam
  21. Biskut buat kuih raya pon boleh kak... pandai akak buat.. :D

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.