Jumaat, Disember 19, 2014

Layar Keinsafan - Mestica (Easy Guitar Chords)

Lagu nasyid ni dah lama. Memang saya suka dengar. Hujung minggu ni mood nak belajar main lagu-lagu lama. Yang dulu-dulu :)

Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Gitar dan Lirik Layar Keinsafan - Mestica


Em Am
Sepi benar senja ini
B7 Em
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Em Am
Jalur ufuk pula mengemas terang
B7
Kapal dan layar terkapar

Em Am
Mengapa nantikan senja
B7 Em
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Em Am
Gusar malam menghampiri
C B7
Ku tewas di lautan

Em Am
Tuhan layarkanku ke arah cinta-Mu
C
Tuntuniku menggapai redha-Mu
D
Rimbunan kasih-Mu ku berteduh
Em
Kepada-Mu ya Tuhan
C
Berikan secebis keinsafan
Am
Bekalan sepanjang perjalanan
B7
Mencari ketenangan

(Chorus)
Em Am
Biar Kau menjadi saksi
D G
Tulus tangisku kala dini hari
C Am
Kesempatan yang hanya sebentar
C B7
Moga keikhlasanku terlakar
Em Am
Berikanlah ku hidayah
D G
Agar dikuatkan iman yang lemah
C Am
Moga diberkati hidup ini
C B7 Em
Menuju bahagia yang kekal abadi

Em
Pada-Mu Tuhan
Am B7 Em
Kan kuserahkan cinta kepada-Mu

Em Am
Tuhan layarkanku ke arah cinta-Mu
C
Tuntuniku menggapai redha-Mu
D
Rimbunan kasih-Mu ku berteduh
Em
Kepada-Mu ya Tuhan
C
Berikan secebis keinsafan
Am
Bekalan sepanjang perjalanan
B7
Mencari ketenangan

Ulang (Chorus)

Em Am
Harapanku moga dikurniakan
B7 Em
Manisnya iman berpanjangan
Em Am
Moga lautan hilang gelora
B7 Em
Untuk ku belayar


32 ulasan:

  1. Cer buat youtube nyanyi skit... He He He...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak rasa kalau buat video confirm ramai yg mimpi ngeri lepas tengok hihihi

      Padam
    2. Sekali sekala jatuh katil apa salahnye... He He He...

      Padam
    3. Memang tak salah, tapi biar berbaloi...mimpikan prince charming ke,..menang harta ribu-riban ke...

      Padam
  2. waahh, bestnye kalau ade gitar.. dah lama tak memetik..")

    BalasPadam
  3. adik acik ada beli ukelele..sama tak?

    BalasPadam
  4. lagu2 Mestica ni mmg buat jd insaf :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kan...akak lagu diorang yg sendu sendawa tu pun akak suka, Ana :)

      Padam
  5. lagu ni best. selalu pusing pusing dengar lagu ni. lagu-lagu mestica yg lainpun best. :D

    BalasPadam
  6. Zaman sekolah dulu suke giler lagu ni. Sekarang bila pandang lirik akak taip tu macamm 'err cane tone die erkk' baca punya baca sampai Tuhan layarkanku ke arah cinta-Mu...haaa thats it! Terus nyanyi baru komen haha

    Terimbau-- Teringat kawan2

    BalasPadam
  7. First time dengar, jatuh cintaaa...

    BalasPadam
  8. layar keinsafan! seronok dengar lagu ni... terasa macam nak buka youtube lak layan nasyid. heeee

    BalasPadam
  9. Mestica tak pernah mengecewakan saya :)
    Lagu dan lirik memang terbaik. Paling suka destinasi cinta ^.^
    Layar keinsafan pun best :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Destinasi cinta akak tak pernah dengar lagi. Tak pun dengar tapi tak tahu tu mestica. Nanti akak cari :)

      Padam
  10. okay lagu ni CT tahu hehehe
    lagi lagu nasyid yang famous zaman kat hostel sekolah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeayyy yg ni Ct tahu :)
      Dah lama dah lagu ni kan,....

      Padam
  11. wana dah x ingat dah lagu ni..nanti nak buka youtube dengar.. ^_^

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.