Isnin, Ogos 24, 2015

Ayam Pandan Bakar

Kebiasaannya, apabila saya beli bahan-bahan untuk masak, saya akan beli beberapa pek daging atau ayam yang sudah sedia diperap. Bukan apa, datang angin malas nak masak atau tiba-tiba lambat balik dari kelas,..saya tinggal defrost dan terus mula siapkan lauk. Tak perlu susah-susah nak prep bahan lagi.

Pek Ayam Pandan ni saya beli di Kedai Daging HS NADA. Saya suka beli daging dan ayam perap di sini. Ada banyak pilihan dan segar-segar semuanya. Ayam pandan, ayam perap sate, ayam BBQ, paru berempah, daging salai, daging berempah, ikan sumbat...macam-macam ada! Dari segi rasa, memang sedap!

Selalu saya goreng sahaja ayam pandannya. Tetapi kali ini cuba untuk bakar. Sihat sikit sebab kita tak deep fry. Letakkan ayam pandan di atas dulang pembakar. Lumurkan dua sudu besar minyak zaitun atau minyak sayuran (canola atau bunga matahari) pada bahagian ayam. Ini untuk mengelakkan ayam daripada menjadi kering semasa dibakar.



Lumur minyak rata-rata pada bahagian ayam.
Bakar ayam dalam oven pada suhu sekitar 190 - 210 darjah celcius selama 30 - 45 minit. Suhu dan tempoh masa membakar bergantung pada oven masing-masing dan portion ayam. Jadi agak-agaklah ye. 



Inilah hasilnya!
Ayam Pandan Bakar
Semerbak bau daun pandan mengisi ruang dapur. Enak dimakan begitu sahaja atau hidangkan bersama sos pilihan. Selain daripada bakar cara ni, boleh juga balut ayam dengan kerajang aluminium. Dua-dua method tak akan buat ayam jadi kering. Still juicy :)


100 ulasan:

  1. Konon bln pose aritu nk buat tp smpi laa ni xberasap2 dapur tu hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi takpe,..niat tu dah ada. Boleh proceed lepas raya :)

      Padam
  2. Kedai daging HS Nada? alaa..mana nk cari kat area rumah sis JM x ada kedai ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis boleh je beli ayam marinate kat pasar raya then balut ngan daun pandan :)

      Padam
  3. ish..kalau ada oven mcm2 masakan leh buat...hurmm...ntah bila nk beli

    BalasPadam
    Balasan
    1. Don't worry. Nanti mood nak bakar membakar sampai, leh lah beli oven sebijik. Tak pun meh la datang umah saya. Saya masakkan special utk Sis :)

      Padam
    2. ok sis JM saja dijemput....

      Padam
    3. JM...tggu org bagi oven utk hadiah kawen nnti....hahahahah

      Padam
    4. Jgn jadi mcm ekin hadiah kahwin pemutar kek tu xde guna sbb xpndai buat kek la

      Padam
    5. @Arz - hahaha arz jauh di utara la nak ajak makan ayam :)

      @Sis D - Ting! Mentol menyala! Good idea! Good idea!

      @Ekin - Cubalah buat seloyang dua :)

      Padam
    6. tu rajin buat loni xdpt dah buat hahahhaha mixer rosak la

      Padam
  4. dapnye ayang pandang bakar ni..bau pandang tu x tahang tu...sleng ganu sbb baru balik ahahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha ini comel. Komeng guna bahasa ganu eh,..

      Padam
    2. yela kan bercuti ke terengganu orang tu...nasib baik bawa nama kita ke sana

      Padam
    3. JM....bak sini kepok lekor ...hahahha

      Padam
    4. Sis JM sibuk camping tu,..sempat ke beli keropok lekor? :)

      Padam
  5. Balasan
    1. kak farah lanjer ar ayam pandan

      Padam
    2. Alah Arz tu makan macam2, kafe ini kafe itu,..apa sangatlah kalau nak dibandingkan dgn ayam pandan nih :)

      Padam
  6. Ayam pandan slh satu feberet wana Kak..paling suka dr air tangan mama..memang sedap..mkn tambah ayam byk kali..haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang confirm makan bertambah kan,..wahhh, wana lagilah best! Makan hidangan air tangan mama berganda-ganda sedapnya :)

      Padam
  7. Ya Allah kak... bestnya nampak... fuhh...

    BalasPadam
  8. Wah...bagus idea balut ayam dgn daun pandan....boleh saya cuba ni....selalunya saya letak shj dan jenuh nak jaga api...takut hangus

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuba lepas ni. Ayam pun bau wangi je :)

      Padam
  9. Hs nada? Mana tu kak? Ade ayam percik tk? Mesti lg best..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada beberapa cawangan gak kedai ni. Cuba google. Ayam percik akak tak sure. Nanti next trip akak survey :)

      Padam
  10. nampak sedapnya.. mana nak cari nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi kalau tak jumpa, leh perap sdiri eyda. Then balut ngan daun pandan :)

      Padam
    2. hahaha masa bila laa nak perap sendiri nih..

      Padam
    3. Ajaklah dua chef cilik kat rumah tu, Eyda :)

      Padam
  11. ada juga ya ayam pandan bakar ni ^_^

    BalasPadam
  12. Salam singgah sini FM....ayam bakar pandan....sedap ni....Diana suka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jemput jamu mata, Diana. Nanti boleh buat utk makan2 :)

      Padam
  13. Menangis baca entri ni, kak Farrah. Saya dah dekat 4 bulan tak makan ayam ni. Teringin sangat nak makan ayam!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuatkan semangat ye,...balik Malaysia nanti akak jamu ayam 3 hari 3 malam :)

      Padam
  14. kene bakar ayam dalam oven erk?? huhu... tunggu saya beli umah baru dulu lah, baru dapat cuba resipi ni.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada oven, boleh goreng seperti biasa je, Intan. Dua2 cara sedap :)

      Padam
    2. nak buat lah.. guna pemanggang ajaib :)

      Padam
  15. nyum nyum sedap smpi menjilat kakii., hihi2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi jilat kaki sendiri ke kaki ayam, wak? ;)

      Padam
    2. huihhh....wak sampai jilat kaki...kaki ayam eh wakkk..hehehee

      Padam
  16. sedapnyaaa!!!!

    p/s~akak ex-IIUM jugak ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang dap dap dap. Ha ah, Thirah. Akak pun blaja kat Garden of Knowledge & Virtue dulu. Dah sedekad lebih dah tinggalkan dunia kampus :)

      Padam
  17. Nampak sedap...selalu tengok resipi orang buat....tapi bunda belum pernah buat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, bunda. Ayam pandan ni ada macam2 resepi dari yg mudah hinggalah yg ke complicated. Cubalah bunda, buat tukar2 selera :)

      Padam
  18. Cikna pun rajin gak beli ayam yg dh siap diperap... Baru ni beli kt giant blik bakar kbtln cucu jiran dtg ajk dia mkn skli,dia kata sedap siap suh bungkus lg tp beli 2 ketul je pun,huhuu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihihi memang sedap lah tu sampai minta bungkus! Senangkan beli yang dah siap perap ni :)

      Padam
  19. blh la sesekali saya cuba ... pokok pandan saya sihat - sihat belaka ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yang seronok tu, CM. Senang sikit nak balut ayam. Daun pandan kat rumah saya ni kudut2 je :)

      Padam
  20. ingat ada resepi tadi.. baru je nak salin..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ni super senang, Syida. Lumur je dgn garam dan kunyit, balut dgn daun pandan.

      Padam
  21. beli yg siap perab ni senang.. masak express..

    BalasPadam
  22. tadi dah makan nasi, makan ayam goreng nestum.. ni macam lapar balik..:D

    BalasPadam
  23. Wahhh resepi baru ni buat org jeles hahaha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak payah nak jeles sangat, Ekin. Buatlah sepiring dua!

      Padam
  24. Balasan
    1. HS Nada. Cubalah google utk location nearby. Kedai ni ada byk cawangan.

      Padam
  25. sy xpernah masak ayam pandan..tp sy suka makan....hihihi

    BalasPadam
  26. tak pernah buat, harini nak masak ayam, boleh try la =)

    BalasPadam
  27. aigoo...sedapnye tgk ayam tu...lapar..:)

    BalasPadam
  28. terseksa jiwaku.. mohon kedai tu bukak cawangan kat penang ni..
    elok untuk orang cem CT hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah lagi memudahkan hahaha datang malas akak, grab je mana2 pek. Ting! Siap sudah! :)

      Padam
  29. sgt sedap.
    berkali-kali dah aida beli :)
    aida goreng aje... memang semerbak mewangi...

    BalasPadam
  30. Kak farah kalau buat sendiri perapan ayam tu boleh ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh sangat2. Yg penting balut dgn daun pandan :)

      Padam
    2. bab nak balut daun pandan mek fail hahahhha

      Padam
  31. datang sini time dah kenyang .. hihihi nasib..

    BalasPadam
  32. tengok pun dah terbukak selera- baru sudah makan ni pun rasa nak makan lagi..hmm ;l

    BalasPadam
  33. menarik... tapi kat rumah xda oven plak

    BalasPadam
  34. sedapnya.. terbayang bau wangi aroma pandan tu.. ;)

    BalasPadam
  35. tak pernah buat ayam pandan..
    sllu beli je kt cafe sini..
    senang je

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.