Perkongsian resepi untuk hari ini, karela goreng berempah. Ya, kita cakap pasal peria. Saya je gatal guna nama lain biar fancy hehehe.
Karela atau kambas ni saya 'warisi' daripada Cekengah. Dia beli untuk makan ke untuk minum atau buat air detox ke ... saya kurang pasti. Dek kerana terlalu sibuk, berhari-hari terperam dalam peti sejuk. Dah masuk dua minggu, saya pun jadi fairy godmother tukarkan peria yang sudah mula kecut kepada hidangan yang boleh dimakan.
Peria Goreng Berempah |
Peria Goreng Berempah
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 4-5 biji peria katak (kalau nak guna peria biasa pun boleh)
- 1 1/2 sudu besar rempah kari (saya biasa buat guna rempah kari ikan)
- 1 sudu besar mayones
- 2 sudu tepung jagung
- garam secukup rasa
- minyak masak untuk menggoreng
Cara penyediaan:
- Potong peria, buang biji dan hiris nipis-nipis.
- Masukkan peria ke dalam mangkuk besar, gaul rata dengan bahan-bahan di atas.
- Goreng dengan minyak yang panas. Terbalik-terbalikkan agar gorengan sekata.
- Angkat apabila warna peria dah bertukar keperangan. Sedia untuk dihidangkan.
Mudah, bukan? Selamat mencuba!
Lagi tentang peria:
Psst! Maaf minggu ni tak sempat sangat nak blogwalking dan balas komen. Insya-Allah, hujung minggu ni saya datang bertandang :)
WOw!!
BalasPadamApa yang woww nya tu, Intan? :)
Padamwowowowowowoowowowooooooooo..
PadamFirst time dengar makanan nama karela ni .. (I am soo old school kan.. hahhaa)
BalasPadamSaya pun baru je tahu peria ni karela, Intan :)
PadamIt's never to late to learn, right?
at least tak ade lah membazir makanan tu duk terperuk dalam peti ais
BalasPadamBetullll. Tak membazir tu key element nya :)
Padamkarela???? apakah?? mcm nama tempat lak...hihihi...
BalasPadamTak membayangkan peria langsung kan, sis...
Padamsy xreti mkn peria.....pernah cuba...tp xleh nk telan....huhuhuh
BalasPadamKalau buat jus rasanya leh minum tak?
PadamRajin sangat kak farah.. Thumbs up..")
BalasPadamBenda simple macam ni rajinlah.... :)
PadamTak suka sayur boleh suka makan sayur camni...
BalasPadamAkak dulu mula makan peria jenis yang bergoreng beginila, Zumal. Tak pahit sangat :)
Padamkarela? bagus laa tuh ada idea jugak untuk menghasilkan menu yang simple dan nampak menyelerakan..
BalasPadamHihihih saya ni bab simple-simple tu je yang saya tahu, Eyda :)
Padamok laa tuh.. kalau Eyda, ikut suka hati jer menunya.. hehehe..
Padamsalam singgah sini FM....sedapnya...diana suka makan sayur peria ni...
BalasPadamThanks sebab sudi singgah, Diana. Kita leh genggggg! :)
PadamGoreng berempah tu yg wana suka makan selain dibuat sambal..erm..dap..dap :)
BalasPadamAkak kan tak pernah masak sambal. Selalu goreng macam tu je atau buat jus. :)
PadamXnk ajk sy mkn ke? ;)
BalasPadamAbis sudahhhhhh :)
PadamAlaaaaaaaa
Padammkn dgn nasi panas2 sedap
BalasPadamSemestinya! :)
PadamSuka sangat peria :) Lagi2 goreng pedas2...mmm :) mkn dengan nasi panas..mmg best la :)
BalasPadamCik Mimie leh geng ngan wana. Suka peria sambal :)
Padamkedai mamak bawah ofis ni selalu ada lauk ni.. x pernah tanya..tp dah agak tu peria.. huhuhu
BalasPadamperia panggil karela ka.. macam bukan sebutan mesia ja..
BalasPadamperia gorang berempah? menarik..biasa sis JM buat goreng bersama telur je
BalasPadamjarang lepas masuk tekak peria ni.. ikut keadaan ehehe..
BalasPadamperia tu pahit kan?
BalasPadamaida jarang makan.
mak abah suka :)
goreng rencah udang.
La karela tu peria ke kita ingat nama makanan baru dah
BalasPadamBoleh cuba nanti resepi ini
BalasPadamperia goreng berempah memang sedap.. hilang pahit dia..
BalasPadamKarela? Ohhhhh
BalasPadam