Biskut rayalah kononnya. Lebih kepada stok untuk kunyah-kunyah. Mula-mula, saya ingat nak buat tat nanas. Cekebon kesayangan dah layang hint beberapa kali dah teringin nak makan kuih tat. Jem nanas pun ada dalam peti ais. Tapi rasa malas pula nak main terap-terap. Buat drop cookies ok jugak. Kita main sudu-sudu je adunannya. Tengok barang-barang baking, ada cip kopi yang saya tak gunakan lagi. Buat biskut cip kopi lah! Kuih tat nanti ye, Bon :)
Biskut Cip Kopi |
Resepi Biskut Cip Kopi
Bahan A
- 150g mentega
- 150g gula halus
- 1 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila
Bahan B
- 200g tepung naik sendiri
- 1/2 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh baking soda
Bahan C
- 60g coklat putih (parut halus)
- 180-200g cip kopi
- 100g cornflakes (ramas/kisar menjadi halus - tetapi jangan hingga jadi serbuk pula)
Cara-cara:
- Panaskan ketuhar 170 - 175 darjah celcius.
- Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sekata. Kemudian, masukkan pula esen vanila.
- Setelah adunan menjadi gebu dan warna bertukar pucat, masukkan Bahan B. Gaul rata.
- Masukkan parutan coklat putih, cip kopi dan cornflakes. Gaul hingga semua bahan menjadi sekata.
- Ambil satu sudu teh adunan dan letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilengser. Jarakkan sedikit kedudukan doh biskut kerana biskut akan mengembang.
- Bakar selama 12 - 15 minit (bergantung pada ketuhar masing-masing). Biskut ini nipis je, jadi tak perlukan masa yang lama untuk bakar.
Resepi biskut cip kopi ni saya olah dari resepi biskut coklat cip oreo yang biasa saya buat. Crunchy. Bau kopinya wangi semerbak. Tak cukup sekeping kalau makan ni.
Ingin resepi biskut kopi lain? Cuba Resepi Biskut Kopi Yumm Yumm!
boleh bygkan keharumannya bila masak...semerbak....heheheh
BalasPadamMemang wangi semerbak, Sis D. Dah letak dalam bekas kedap udara, bila bukak....fuhhhh bau dia! Menggoda! :)
PadamFuhhh.. baca komen akak ni pon dah boleh bayang bau tu.. hihihihih... :D
Padampasti sedap..biskut raya haji ke dek..hehehe
Padam@Ikhwan - Bayangkan je lah ye, Ikhwan. Akak nak hantar ke UIA tu jauh :)
Padam@Etuza - Bolehlah dianggap biskut raya haji. Sebenarnya buat sebab teringin nak makan.
rajin betul kak Farrah ni..kalua rumah saya buat ni tak payah tunggu raya.kejap je habis..haha
BalasPadamTak delah rajin mana, Sal. Buat biskut bulat2 je pun :)
Padamehehe baguih la gitu.. kalo buat makan xpa..
Padamni kuih raya raya ritu ada lagi.. cem mano ?
Ada lagi? Buang CT,..sakit perut nanti kalau makan :)
Padambest tengok biskut ni... :D tengok jelah mampu.... hihihih
BalasPadamTadi pergi korban kat masjid UIA tak? Alang-alang tak balik kampung tu, berkampung la kat masjid,..boleh santap daging :)
Padampergi tengok je kak... lembu2 dikelilingi foreigner... daging pon xmkn.. :') breakfast maggi je kiteee..
PadamNampak mudah dan sedap... Heheheh Thanks share kak Farrah ! :)
BalasPadamMemang senang je, KTC. Pukul je semua, sudukan atas dulang,..then bakar :)
Padamhehehe nnt CT nak jenguk KTC sbb KTC datang blog CT ehehe..
Padamtapi tngk fikir.. aku nak kena tulis Kakak Tiri Cinderella ke haa.. panjangnya =P
okay dah dapat nickname da.. KTC je..
Salam singgah petang Farah...sedapnya biskut cip kopi...ada masa Diana nak try ni Farah..
BalasPadamHaaa,..jangan lupa cuba. Best ni buat kunyah2 :)
PadamAla, kemalasan melanda diri... malas nak buat, mintak sikit boleh ???
BalasPadamAlamak,...nak menghantar ke utara tu,..akak bimbang sampai2 dah jadi tepung balik :)
Padamwah mcm sedap jek tu..
BalasPadamBolehla untuk buat kudap-kudap :)
PadamWah, sedapnya kak farah.. Makan sambil tgk tv ni laju je habis.. Hehe
BalasPadamSalam aidiladha kak..")
Memang, Wawa. Biskut macam ni kalau makan kena pandai ingat sendiri hihihi
PadamSalam Aidiladha buat Wawa dan family :)
Tq kak.. Ingat tkt org lain tk dan kan.. Hihi
Padamsedap tu kudap-kudap sambil tengok tv cerita hari raya.. rajin farrah buat..
BalasPadamsalam aidiladha kepada farrah sekeluarga.. :)
Hihihi ni kira biskut orang malas ni, Aiza. Salam Aidiladha buat Aiza & family juga
Padammalas-malas pun comel je jadinya biskut tu farrah..
Padamehehe yang kudap2 tu yang extra masyuk bila makan..
Padamwahhhh... sekot raya!
BalasPadamKonon-kononnya biskut raya. Makannya lepas raya :)
PadamSelamat Hari Raya kak ~
BalasPadamSelamat Hari Raya, Firah. Enjoy your cuti :)
PadamSedap ni kalau kak Farrah yang buat..
BalasPadamYummeh.. Kena try...
Haaa nanti bila free, jangan lupa cuba. Biskut ni senang,..tak yah nak terap2 pakai acuan :)
Padamehehehe.. kalo Kak Farrah buatkan lagi sedap =D
PadamPerhhhb inj varu vetul2 raya...
BalasPadamTerasa2 mcm bau haruman famos amos yg gelemer itu
Bilalah nak rasa kuih raya ni. haha
BalasPadamKak Farrah post lah sikit ke Melaka hehe
BalasPadamSedapnya biskut kopi... dahla ros ni coffee lover. Hihihihu
BalasPadamRajinnya kak Farrah buat biskut raya!
BalasPadamPergghhh bau kopi sampai sini... sedapnya! Print screen dulu resepinya... nanti bleh try.. thanks sharing!
BalasPadamAlah, dengan bau kopi...heeee...:)
BalasPadamboleh bayangkan kesedapannya.. nih buat lapar di pagi yang sejuk nih..
BalasPadamapa lagi kak.. cek bahan2 apa ada kat dapoq tu.. mari membaking =P
Padamagak2 ada bau macam bila masuk kedai kopi dak.. taaaaaarik nafas semua..
Padamaaaaa.. nikmat =D
hebat skill memasak Farrah ni.. congrats
BalasPadamatototot Cekebon kasi hint hehe.. tolong hint kan suruh Kak Farrah buat extra.. post mai Penang ehe..
BalasPadamni kalo coffee lovers yang tegar ni mesti suka ni.. makan sambil minom kopi..
BalasPadamhaaaa brjagalah dikau sepanjang malam..
kalau bab buat biscuit raya mmg failed...nak tempah je boleh?
BalasPadamBoleh cuba ni hahaha mengamuk gak guna hp abe sebelum dia g keje
BalasPadamcoklat chip tuka kopi chip ye
BalasPadamtak letak white chocolate boleh ke
cam nak buat juga ni
Boleh, YY. Tak de masalah. Cuma lebihkan sikit chips tu :)
Padambagus la farrah. teringin kudapan and terus buat.
BalasPadamalhamdulillah. kenyang perut kan.
aida ni x brape ada masa nak mendrop cookies sgt.
penuh dgn agenda lain :( hu hu hu
ada lagi x? sy nk dtg raya ni ;-)
BalasPadamsekut sekut...
BalasPadamskg biskut2 ni da jd tren
bukan makan time raya je pon