Resepi Mudah - Cheese Puff

Sabtu, September 26, 2015

Bersiaran lepas raya. Seperti yang dijanjikan, hari ni saya update resepi mudah untuk Cheese Puffs yang hanya guna 2 bahan tu.



Bahan-bahan:
  1. Beberapa keping kulit pastry puff. Saya guna Pastry Puff Square jenama Kawan.
  2. Parutan keju Cheddar
Langkah-langkah:
  1. Biarkan pastry puff pada suhu bilik dalam 10 - 20 minit hingga kulit pastri lembut. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 200 darjah celcius.
  2. Ambil sekeping kulit pastri. Taburkan parutan keju ke atas kulit pastri rata-rata. Lebih banyak lebih sedap :)
  3. Gulung kulit pastri. Pastikan gulungan kejap dan inti keju tidak terkeluar. Bentuknya pada stage ini seperti sebiji kek gulung kecil ;)
  4. Potong kepada beberapa bahagian. Saya potong kepada tiga bahagian. Jika hendak saiz besar sedikit, potong kepada dua bahagian.
  5. Susunkan potongan kulit pastri secara melintang (permukaan 'keratan rentas' yang bergulung atau berpusar menghadap atas) di atas dulang pembakar yang dilapik dengan baking sheet. Tabur sedikit lagi keju jika mahu.
  6. Bakar selama 15 - 18 minit sehingga puff bertukar warna menjadi perang keemasan.
  7. Sedia untuk dinikmati.

Update 29 September 2015
Memandangkan ramai yang agak keliru dengan cara pastry puff ni dipotong, saya import satu gambar daripada Google. Maaflah, masa buat tempoh hari fikir nak makan je, tak sempat nak capture proses langkah demi langkah :)



Cara potong pastry puff seperti di atas ye. Tetapi gulungan pastry puff di atas kosong je. Kita punya akan jadi lebih gebu sedikit sebab ada parutan keju. Lagi satu, gambar di atas potong lima bahagian. Kita hanya nak potong kepada dua atau tiga bahagian. Barulah apabila dibakar nanti akan naik gebu, fluffy membulat! Kemudian, susun atas dulang dengan bahagian bergulung tu menghadap atas (seperti potongan paling kiri tu).


Selain daripada menggunakan parutan keju, boleh juga kita tukar selera dengan gabungan serbuk kayu manis dan gula perang. Tidakpun, bakar sahaja pastry puff yang digolong dan dipotong tanpa inti. Setelah siap, sapukan dengan lapisan nipis mayonis dan taburkan serunding di atasnya.

Resepi lain menggunakan pastry puff:

73 ulasan

  1. waah cheese puff. sbelum ni selalu makan custard puff je. rajin betul akak masak dessert2 cmni. saya teringin nk buat tapi xde masa :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak kalau yang simple2 begini rajinlah, Mazni. Tak mengapa. Nanti one day, ada peluang boleh cuba buat :)

      Padam
  2. Haaa dah ada resepinya.. boleh cuba ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencuba, Ros. Boleh jamu anak-anak buah Ros yg comel-comel tu :)

      Padam
  3. wah senang ni farah, nanti nak try lah kalau ada inti kat dlam tu lagi best kan!!
    copy dulu resepi ni esuk lusa boleh try

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya yg senang2 macam ni retilah buat, Kak Noor. Fuhh, memang kalau ada inti lagi bestttt!

      Padam
    2. kak Noor mesti improvise kan? share lah nanti!

      Padam
    3. haaaa tudia tudia otai masak mai dah =P
      Kak Noor bleh create filing hehe.. extra cheesy tau Kak Noor..

      Padam
    4. jap.. rasa kulit pastry tu ada cem croissant tak ?

      Padam
    5. Kak Noor kalau masuk dapur & improvise, resepi ni terus jadi Cheese Puff Bintang Lima! Meleleh-leleh air liur kita ni nengok gambar air tangan Tok Mak Iman :)

      Yes, CT. Adalah teksture macam croissant. Tapi kalau nak paip filling cheese leleh extra, akak rasa kelongsong luar tu kita kena buat macam doh cream puff. Baru ada rongga & leh letak filling semewahnya :)

      Padam
  4. Ini balik Malaysia tunjuk resepi dekat adik. Biar dia tolong buatkan. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat sama2lah. Baru meriah sikit. Then boleh enjoy makan sama2 :)

      Padam
    2. hahaha..terfikir benda sama gak.adik kak Sal minat baking ni.

      Padam
    3. suruh adik buat extra sikit ye Farah.. nak tumpang makan..

      Padam
  5. Salam singgah malam farah...memang mudah resepi ni farah...nak try buat juga nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti dah cuba, jgn lupa kongsi hasilnya di blog :)

      Padam
  6. kelihatan amat sempurna untuk di makan ..bola bola lazat lah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Comelnya nama Etuza bagi - bola-bola lazat :)

      Padam
  7. oh cheese...saya penggemar cheese! tak penah jumpe lagi cheese puff..yang selalu cream puff..rupenye senang jek ye cheese puff ni..ok! bookmark:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa tapi cheese puff ni takdelah intinya oozing out macam cream puff. Selamat mencuba, Maya.

      Padam
    2. kita sumbat filing sendiri.. tak pun cream cheese tu makan saja..
      like what i owes do.. tu yg membolat..

      Padam
  8. uit.. senang je nmpk nk buat ni.. hihi

    BalasPadam
  9. Biasa wawa makan cream puff je..

    BalasPadam
  10. Balasan
    1. Yessss, easy peasy cheesy puff :)

      Padam
    2. cheeeeeesy tu nak extra.. nak dalam pun bila gigit ada cheese keluar..
      ngadee nak demand =P

      Padam
  11. owhhh my kebetulan ada puff pastry dan cheese.. kalau free nanti saya nak cuba.. tq resepi awesome ni!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. U r most welcome. Selamat mencuba, Eny :)

      Padam
    2. Kak Eny kena cubaaaa.. Kak Eny kan rajin ehehe.. =D nanti bleh share resepi versi Kak Eny plak..

      Padam
    3. si Eny tu mmg pakar masak..sekali buat mesti jadi punya lah

      Padam
    4. Eny mesti boleh buat versinya yang tersendiri..

      Padam
  12. Tak dapat tangkap lah Kak Farrah..

    camna dia leh jadi bulat..??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas dah potong macam kek gulung tu, susun atas dulang pembakar dgn bahagian bergulung tu menghadap atas. Then, tabur sikit cheese lagi. Pastikan oven betul2 panas, barulah puff tu akan naik cantik :)

      Padam
    2. ooo baru paham.. baca sampai banyak kali jugak tak berapa nak paham..

      Padam
    3. ehehe.. kita tayah pening2.. kita serbu rumah Kak Farrah makan je okay tak semua ?

      Padam
    4. ahahaha...itulah Rose...sis baca berkali tetap failed..jika ada step bergambar baru jelas

      Padam
  13. or.. ke memang Firah yang "lampi" sikit since mata tak berapa sihat so dia efek otak..

    boleh tak guna alasan tu...

    BalasPadam
  14. nak buat, tapi nervous lak, takut tak cukup bulat..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hantar penang sikit.. nak jugak rasa Kak Sal buat kueh =P

      Padam
    2. lonjong pun x pe Sal janji rasanya sedap

      Padam
    3. Jangan potong nipis sangat. Satu gulungan pastry puff tu potong dua atau tiga je? Kalau potong 4/5 memanglah akan jadi leper dan tak bulat sangat :)

      Padam
  15. nampak sedap..macam nak cuba jer..

    BalasPadam
  16. Nanti nak cuba! Tapi saya tak pandai guna over tu sangat hm takut hangus pulak haha

    BalasPadam
  17. best Nye.. tapi kene ada oven baru dapat buat puff ni. huhu (umah saya tak ade oven)..

    BalasPadam
  18. nampak sangat menarik dan sangat sedap... dan comel...!!

    tapi saya tak boleh mamam cissss.. yang bnyakk..(sedih kan..?)

    hehehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. suzie...cissss ke cheese eheheeh...saje carik pasal

      Padam
  19. kalo kat dalam tu kita pipe cheese filling ? hehe.. pandai la ceq dok ubah resepi =P

    BalasPadam
    Balasan
    1. pipe cheese filling plak!! mesti lah yummy CT!!!

      Padam
  20. selain lontong.. ini nak request jugak boleh ? andai iols mengetuk pintu rumah mu =P

    BalasPadam
  21. sis JM baca still x boleh bayangkan cara nak nak buat..kulit pastry puff tu pun x pernah tgk

    BalasPadam
  22. nampak sedap.. ada masa boleh aiza try buat.. thanks share resipi ni.. :)

    BalasPadam
  23. Sedapnya jeles2 tgk kak farah buat

    BalasPadam
  24. saya belum penah beli kulit pastry puff
    kalau dah camni punya senang...nak cuba jugalah

    BalasPadam
  25. saya kurang paham bab pemotongan tu
    hentam ajelah gamaknya...jadi kan? =)

    BalasPadam
  26. Makkkk aiiiihh... menyesal tengok entry ni! Adussssss... Lapooooooo! Iskksssss....

    BalasPadam
  27. ohhh gambar ni lagi... kejamnya.... meleleh ailio.... huhuh dah beberapa kali cari kulit pastry puff tu.. belum ketemu lagi... :(

    BalasPadam
  28. haa baru terlebih paham tengok update baru nih..

    BalasPadam
  29. nmpk sedap ja... adakah sedap? hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. jom kite cube same2 nak x zarul farhana
      hehehehe

      Padam
  30. tq dear...
    nanti bebila nak buat.
    sebab kebetulan puff pastri tu ada stok.

    BalasPadam
  31. uiiiitttttttttttttt nampak sedapppp

    BalasPadam
  32. huihhh....mcm senang jerr nk buat...hihih

    BalasPadam
  33. stress plak baca resepi time lapaq ni...Akak, syida copy ye resepi.. buat nya bila tu jangan tanya, ntah bila xtahu..;)

    BalasPadam
  34. lepas copy resepi tiba2 perut berbunyi.. oh menci bunyi tuu.. Huhuu

    BalasPadam
  35. aihhh cube bayangkan..
    sblm ni mcm xde sebab je nak beli pastry ni tau..
    skg mcm byk sebab plak
    hehehe boleh try nnt ni

    BalasPadam
  36. cari kat mana la kulit ni

    BalasPadam
  37. Sedapnya kak farah.. Boleh cuba buat nie.. Tapi tak jumpa pula pastry puff tu dekat sini..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.