728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Rabu, 12 Ogos 2015

Resepi Mudah - Banana Puff

Satu hidangan pastri yang amat mudah untuk disediakan. Banana puff ni lebih kurang kacukan antara pastri dengan pie lah. Kebetulan di rumah ada tiga biji pisang yang dah mushy. Nak buat banana pie, rasa malas nak menguli crustnya. Kita guna pastry puff jelah.

Pastry puff yang saya gunakan jenama Kawan. Bersaiz empat segi. Satu pek ada 10 keping dan boleh dibeli di pasar raya. Saya kalau jumpa pastry puff Kawan memang akan beli satu atau dua pek. Jadikan sebagai stok. Senang nak buat treats untuk minum petang. 

Jom tengok resepi Banana Puff.

Resepi Banana Puff

Bahan yang diperlukan:

  • Beberapa keping pastry puff. Biarkan pada suhu bilik dalam lebih kurang 20 minit untuk proses nyahbeku.
  • 1 biji telur + dua sudu besar susu. Pukul sedikit. (Ini kita nak sapu atas puff sebelum dibakar. Akan ada lebihan telur. Simpan. Leh buat French Toast atau omelette.)

 Untuk inti:
  • 2 - 3 biji pisang
  • 1 sudu besar gula perang
  • 1/2 - 1 sudu kecil serbuk kayu manis

Cara-cara Penyediaan:
  1. Lenyek pisang bersama gula perang dan serbuk kayu manis. Tidak perlu terlalu hancur. Biar chunky sedikit.
  2. Letakkan sesudu adunan pisang ke atas permukaan pastry puff. Lipat dua dan kemaskan bahagian tepi menggunakan garpu supaya intinya tidak keluar.
  3. Sapu bahagian atas puff dengan telur.
  4. Bakar pada suhu 230 darjah celcius selama 15 - 20 minit atau sehingga warna puff bertukar keperang-perangan. 
Sebelum dibakar
Beginilah rupanya sebelum dibakar. Kalau ikut resepi saya ni, dapat 8 biji puff sebenarnya. Dua biji saya jadikan frozen. Stok gatal gigi untuk masa akan datang :)

Ini share saya,..
Banana Puff with extra banana filling and cinnamon powder :)

Biarkan puff yang dah siap sejuk seketika sebelum dihidang. Awas, jangan hidang panas-panas! Inti pisang ni boleh buat kita melecur pula nanti. Banana puff ini enak dimakan begitu sahaja. Sekiranya ada lebihan inti, bolehlah dituang ke atas puff. Sprinkle sedikit lagi serbuk kayu manis. Yummmyyyy!

Selamat Mencuba!


71 ulasan:

  1. perghhhh...meleleh!!!! tgk kulit puff tu mcm rangup je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang rangup, sis. Pastry puff ni kalau kita betul2 thaw kan pada suhu bilik, bila bakar cantik je bertingkat-tingkat kulit puff nya.
      Saya makan bagi pihak Sis JM ye :)

      Padam
    2. takkan tengok je kak JM..buatlah!

      Padam
    3. Sal pun,..mehla kita piknik banana puff ramai2 :)

      Padam
  2. cantik..mesti sedap nie =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap, namy! Tak cukup 1 piece hehehe

      Padam
  3. tgk pun dha tahu rasa kemanisan pisang tu..minum dengan teh O panas...pastu di tiup angin petang....perghh! nikmat seperti malam pertama tak? ***terus jeling SS hihihih

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahh..JM..food review terbaikk!!..

      Padam
    2. Ini namanya food review malam pertama hahahaha
      Jeling kat SS jugak!

      Padam
    3. pergh..nikmat macam makan dalam kapal terbang Emirates!hahaha

      Padam
    4. abih laa SS kena jeling hehe

      Padam
    5. Hahaha betul betul! Macam makan dalam kapal terbang Emirates! ;)

      Padam
    6. kak Nohas..tunggu JM buat food review di Resort World Genting lak hikss

      Padam
    7. hehehk.. siap ngan hembusan bayu malam hari tu yang tak menahan..

      Padam
    8. Hikhikhik very descriptive kan ;)

      Padam
    9. SS terima jelingan Jay Emm tu dengan penuh kasih sayang... ha ha ha... pasni boleh laa Jay Emm buat buku resepi "PIE YANG HILANG"...
      * gelak2 jahat kat jay Emm...

      Padam
  4. errr..geram wana tengok banana puff akak tu..kenapa menggiurkan sangat!!!..alahai..lapar wana tau..huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa lagi Wana,...buatlah sedulang dua :)

      Padam
  5. wana tak berapa rajin buat makanan berbentuk pastri ni..hihi..nak makan memang berkurun baru nak buat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhh tapi ni kira pastr instant, Wana. Nak buat blueberry puff, sardine puff, chocolate puff semua sekejap je jadi.
      Kalau kena buat pastry tu from scratch, akaklah orang pertama yg TAK RAJIN tu :)

      Padam
  6. Balasan
    1. Tak rajin mana, ena. Bahan2 nak buat semua dah ada :)

      Padam
  7. Wahhh, rajinnya kak farah.. Simple je kan..

    BalasPadam
  8. teringat apple pie McD..sama lah..inti je lain..kipidap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa lebih kurang lah tu,..kulit luar pun lain sikit teksturnya.
      Tapi untuk lepaskan rasa teringin dah boleh dah :)

      Padam
    2. hehehe pisang dap tu.. CT x ske inti epel sngt..

      Padam
    3. Tak suka rasa acidic epal tu ye,.,

      Padam
    4. epel hijau penah dak buat pie ? tak ske epel merah.. kena letak cinnamon bnyk2 sket baru ok kot..

      Padam
  9. sedapnye...memang peberet ni..hehehhe..lehla try...simple yet tempting! ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencuba, erny. Memang mudah je nak membuatnya :)

      Padam
  10. mak eiii...

    terliur.. terbaca puff pun dah gigit bibir.. tengok puff tu, lagi lah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti hujung minggu leh buat. Super easy. Nak buat inti epal atau nanas pun boleh :)

      Padam
    2. nangis la mekdi kak kalo puff akak da mengatasi apple pie diorang hehe..

      Padam
    3. Kahkahkah,..setakat buat 8 pieces tak harm langsung sale pie mcd dik CT :)

      Padam
    4. luls.. skrang 8 keping.. nanti2 kalo on demand ? tu skarang mekdi buat pie laici hahaha..

      Padam
  11. Balasan
    1. Huhuhu tak rajin mana pun, Wani. Senang je nak buat :)

      Padam
  12. TQ share resipi.. nanti saya boleh try buat ni

    BalasPadam
  13. Balasan
    1. Silakan, Intan. Dah ada pastry puff, senang je nak membuatnya :)

      Padam
    2. Akak DP !! post la kat CT sikit..

      Padam
  14. salam singgah petang sis...sedapnya...teringin pula nak try resepi ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi singgah, Diana. Diana pun boleh cuba. Mudah je :)

      Padam
  15. Sedapnyaaaaa!!! Nak try lah nanti, bila rajin lah hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencuba! Dylla kan suka buat desserts :)

      Padam
  16. Wow www memang suka banana

    BalasPadam
  17. Awosss sedap buat ekin terliur tengok ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahahaha bahasa kelatevversi ekin tu kak mcm alaaa

      Padam
  18. Nk cari kulit tu kat mana hihihi... xaci ni masuk blog akak harus kena cuba hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat pasar raya berlambak. Cari kat bahagian dingin beku.

      Padam
    2. Kat tesco ada tak.. ok nama pa tu

      Padam
  19. Pergh, sedapnya tengok :) banana puff...first time dgr..hahaha..

    BalasPadam
  20. baru tau ada jual pastry puff...selama ni dok nguli je ..ahaha

    BalasPadam
  21. aida pun biasa beli puff pastri kawan tu.
    kekadang malas nak uli sendiri :)
    buat karipap la, buat bun la...
    anyway, resepi terbaik ni :) tq...

    BalasPadam
  22. Masuk sini jamu mata sikit

    BalasPadam
  23. Adeiiii... salah masuk tanah hrni...huhuhu...
    Lapo d buat nya....
    Sedaaaappppp nya

    BalasPadam
  24. kenapa rumah CT kat penang dan rumah Kak Farrah kat Kuang eh ? kenapa yaaaa ?? kenapa ??? hahaha..

    BalasPadam
  25. Kalu Pie kacuk pastri jadi WIFE!
    * tenung Jay Emm... Kih Kih Kih...

    BalasPadam
  26. Boleh makan pisang, tapi apa2 makanan yg dicampur pisang tak boleh nak telah. kne makan raw gitu je. haha nasib baik tak terliuh, kalau tak pakse kak farrah pos sini siket :p

    BalasPadam
  27. nyum3 sedapnya.. tetiba terliur plak..

    BalasPadam
  28. eh, kenapa macam miss ja entry ni.. ooo masa ni tgh sibuk2 ke hulur ke hilir.. last2 tersadai tgh lautan.. (termengarut lak)..Lagi satu resepi nak masuk buku.. masuk buku dulu, buatnay nanti2 lah.. :D

    BalasPadam
  29. uihhh dap dap dap nye
    tapi kalau buat epal pon sedap gak kan kak farrah...
    teringin nak buat..
    tp xsyok btl klu xde org nak makan ni

    BalasPadam
  30. saya copypaste resepi banana puff Farrah tau. 5/6 tahun lepas selalu makan banana pie tapi beli kat mcD je.. kali ni nak try buat. hee

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...