Selasa, Oktober 27, 2015

Widget Top Commentators yang Berfungsi

Jeling sedikit dekat sidebar saya. Setelah hampir sebulan saya biarkan widget Tetamu Hebat tersadai kosong begitu sahaja, akhirnya dengan bantuan Kanda SS,...diulangi Kanda SS, 12 nama Tetamu Hebat kembali muncul menyerikan menara saya ini.

Memang script yang lama dah tak berfungsi. Rata-rata ramai rakan blogger hadapi masalah yang sama. Jadi, saya merengeklah dekat SS minta tolong. Siap merengek bagi pihak adik-adik yang lain lagi! Kelip-kelip mata pandang Sal Torres, Syida dan Ekin ;)

OK. Mari kita godek apa yang patut!

Langkah 1:
Klik pada pautan ini
Credits to Tien Nguyen.

Langkah 2:
Isikan apa yang patut.

  • Number of Names - Berapa bilangan pengomen yang kalian mahu paparkan.
  • Round corner number for avatar image - Saya tak usik sebab saya pilih paparan tanpa avatar.
  • Comment Label/Text in Your Language - Berkenaan bilangan komen. Tukar ikut citarasa kalian. Saya tukar kepada 'corat-coret'. Boleh kekalkan begitu sahaja atau setidak-tidaknya tukar perkataan 'comments' kepada 'komen'. 
  • Don't show users that have name in below list - Masukkan nama kalian, Anonymous dan nama pengguna yang kalian mahu kecualikan. Komen-komen balas kalian (dan juga pengomen Tanpa Nama) tidak akan muncul dalam carta :)
  • Don't show users that have URL in below list - Sama seperti di atas. Masukkan url blogger profile yang mahu dikecualikan. Jika tiada, biarkan begitu sahaja.
  • Time limit - Pilih 'Top of Month'
  • Tandakan 'Show Avatar Image' jika mahu widget Top Commentators dengan paparan avatar. Saya tidak suka paparan avatar. 
  • Input Your Blog URL - Masukkan URL Blog kalian.

Langkah 3:
Setelah selesai, tekan butang 'Add Widget'.
Akan muncul page seperti di bawah.

Edit bahagian 'Title' untuk sesuaikan dengan blog kalian. Tekan 'Add Widget'. Kemudian, susunlah layout widget ini, nak letak di bahagian mana. Save Arrangement. SELESAI!

OK, satu perkara yang perlu kalian ingat ialah widget ini tidak sama seperti yang biasa kita gunakan sebelum ini. Yang lama kita boleh set tarikhnya dari awal bulan ke hujung bulan. Widget ini tidak ada julat tarikh untuk kita set. Jadi, apabila kita pilih Top of Month, maknanya komen-komen akan dikira untuk 30 hari, dari hari ini dan 29 hari sebelumnya. Contohnya hari ini 27 Oktober, komen-komen yang dikira adalah dari 26 September hingga 27 Oktober. Faham tak?

Sebenarnya, tidak ada masalah. Kalau nak tahu pengomen terbanyak untuk bulan tertentu, tengoklah jumlah komen pada akhir bulan. Tetapi, jika kalian ni jenis nak jumlah komen yang terperinci,...betul-betul hanya nak untuk bulan tu sahaja,...kita kena edit script secara manual.

Bagaimana? Sila baca Bahagian 2 di sini.

Pssst! Harap tutorial ini dapat membantu. Semua ni tunjuk ajar daripada SS. Saya tukang buat tutorialnya je. Jadi, seandainya ada masa, ziarahlah Pondok Buruks SS dan hantar flying kiss seketul dua.

105 ulasan:

  1. wahhh bagus entri ni kak farrah....kita mmg tgh cari2 camne nk letak top commentators kt blog ni... thanx for sharing :D

    BalasPadam
  2. dah berjaya buat! hihihihi :D thnx again kak Farrah :D muah!

    BalasPadam
  3. Bookmarked je dulu sebab takde masa nak godek-godek blog sangat sekarang ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak buat ni kena time hati lapang, fikiran tak kusut hihihi

      Padam
  4. Tuto yg bagus ni kak farrah..teringin juga wana nak letak kat blog..tggu la bila kembali aktif..insyaallah..

    BalasPadam
  5. Mula2 Cik Mimie punya top komentator pun x boleh nampak..so godeh sana sini...nasib baik dah ok..tapi Cik Mimie guna widget lain la..heee :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Widget Cik Mimie pakai ada Avatar... Loading blog agak slow...

      Padam
    2. Akak tak suka pakai yang ada avatar, Cik Mimie. Jadi, inilah solutionnya :)

      Padam
    3. Aah slow sikit..xpe2, avatar tu boleh dibuang nanti..hehe :)

      Padam
    4. Boleh buang eh? Akak tak pandai nak buang. Kang dengan widget2 tu sekali akak buang! Huhuhu tapi alhamdulillah, dah mula selesa dgn widget yg ini :)

      Padam
  6. Balasan
    1. Miss u more! Nah mmuaahhhh muahhhh balik!

      Padam
    2. Kak Wana~~~ Rindu kita tak? :D

      Padam
    3. alaaa..nak muahhh2 dari cikgu ceketed gak..so Farrah!!!! i miss u hihih

      Padam
    4. Rindu kat sis JM gak. Sis JM senyapppp je. Ingat gi bercuti lagi. Ke penangan makan kaki belalang masih bersisa?! Hihihi nah flying kiss 1001 kali. Cukup?

      Padam
    5. eheheehhe...muah muah muah...last week adik masuk spital

      Padam
  7. Lebih suka top komentator yang dulu sebab boleh tukar setting tarikh dia..skrg ni mcm leceh sikit...hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah, mudah pun mudah... coding pun x bnyak macam ni..hehee

      Padam
    2. cik Mimie..ce lah buat..nanti x plak sijil2 yg cantik utk kami hikss...ntah2 nama sis JM pun dah x masuk list kan

      Padam
    3. Hehehe saranan Sis JM sungguh suweeeeettttt!

      Padam
  8. Ayammmaaakk... kak farah nk tolong kita x? Hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayammmaaakk...akak pun merangkak ni ha. Kalau kanda SS tak tolong, sampai la ni kosong je Tetamu Hebat tu :)

      Padam
    2. cik Manisha..kalau x faham meh sini sis JM tlg buatkan..nak?

      Padam
    3. Alaa Huda ikut je tuto slow2. Boleh punya. Cuba dulu, klu tak leh bagitau
      Psst! Tu ada talian hayat manis dah tawar diri tu :)

      Padam
  9. sy mmg nak tkr sbb yg lama tu da x berfungsi frust dibuatnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yess, ni nak habis bulan ni,..bolehlah tukar widgetnya :)

      Padam
  10. Akak tolong editkan boleh? tak paham laaaa..
    (sambil letak tangan bawah dagu dgn mata bersinar-sinar)..
    hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak susah pun,..isi2 klik2 dah siap!

      Padam
    2. Amboi,..siap muka menggoda mata bersinar-sinar lagi!

      Padam
    3. Suida..kalua x jadi meh sini i tolong ajarkan..kacang je nih ehehehe

      Padam
  11. alamak..susahnya nak lawan yg lain2.. kuatnya skuad menyebom depa.. bulan ni macam samar2 ja nak masuk list...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Diorang ni memang hebat susah nak ditumpaskan. SS sekali datang menyapa hari tu, 52 ketul komen tau! :)

      Padam
    2. at least Suida masuk list..ce cari nama Jari Manis tu..ada nampak tak? sejak dia makan belalang tu semakin malas blog walking hahahaha

      Padam
    3. patutlah SS "JUARA"....tahniah my dear SS heeee

      Padam
    4. Nama Sis JM dah muncullah! Tunggu ye,..nanti saya singgah umah sis & kanda SS :)

      Padam
  12. TQ kak share sini.. Ok dah dapat.. ;)

    BalasPadam
  13. Nak buat juga lah hehe tapi.. takut krik krik kosong je hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, cuba buat slow2. Mesti boleh punya!

      Padam
    2. ehh ARdilla..ce buat dulu...dha sipa nanti mesti nama sis JM teratas hihihih

      Padam
    3. Hihihi dengar tu jaminan Sis JM...dah bersedia nak bom Dylla :)

      Padam
  14. "Contohnya hari ini 27 Oktober, komen-komen yang dikira adalah dari 26 September hingga 27 Oktober. Faham tak?"... Rasanya kurang tepat ni... Kalu tarikh hari ini 27 Oct... Sepatutnya... Kiraan adalah dari 01 Oct hingga 27 Oct... Tapi bergantung pada time server... Dah nama pun kita set Top Of Month... Tapi kita yang gatal nak tengok by day... Keh Keh Keh... So... Kiraan yang betul patut dipastikan pada tarikh dan waktu penghujung bulan... Jangan lupa print screen ok...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh kurang tepat eh,..;) Saya ingat dia buat macam blog stats tu. Sebab masa saya letak 30, dia cover sekali komen hujung2 bulan 9. Bila saya edit 27 macam SS ajar tu....barulah dia indekskan dari 1-27hb. Tapi betullah yang macam SS kata, nak dapat yang tepat, hujung bulan print screen ;)

      Thanks again, SS. Mmuahhhhh Muaaahhhh Muahhhh 80 juta kali!

      Padam
    2. saya punya kefahaman pun macam kak Farrah..ingat dia kira ikut tarikh.thanks SS..mmuah bebanyak kat u oll berdua

      Padam
    3. Senang aje nak test... Try letak '1'... 1 means bukan 1 Oct tapi adalah 27 Oct.. System sepatutnya akan buat kiraan yang dibaca hanya hari ini saja... Depend on server...

      Padam
    4. Dah cuba,..dah cuba! Kira bergantung pada server la kan. Widget ni tak pakai range tarikh, tapi bergantung pada bilangan hari yg kita letak.

      Muahhhh muahhhh muahhhhh kanda SS lagi!

      Padam
    5. argghhh x acil!!!!! SS dapat banyak Muuaahhhhhhhhhhhhhhh dari dak Farrah..huhuhuh jelez!

      Padam
    6. Muahhhhhh 1000 juta kat jay emm... Cukup? Kah kah kah...

      Padam
    7. ehehehehe....x tdo lah mlm ni..asyik senyum je

      Padam
  15. Flying kiss seketul dua tak cukup... Nak tubi tubi... Ahaksssss...
    * Miang...

    BalasPadam
  16. yeayyy jumpa entri ni sebab widget top komentator saya tak brfungsi sebelum ni. muah cikeddd

    BalasPadam
  17. alaaa tapii nak tunggu bahagian kedua lama tak? hahaha. nanti kalau dah ada bahgian kedua habaq mai naa :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak dah published dah, SN. Sebenarnya dgn part 1 ni pun dah settle,..bahagian 2 tu incase SN nak edit2 secara manual :)

      Padam
  18. saya pun dah guna widget ini sejak bulan lepas...yg lain memang x berfungsi lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mujurlah jumpa yg ini kan Abam Kie. Saya suka sebab boleh pilih utk tidak paparkan avatar.

      Padam
  19. hehe..thanks kak Farrah..yang ni leceh dia satu jelah, takut tarikh hujung bulan tu sibuk or kat tempat yang takde akses internet, dah jadi kurang tepat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, itu antara kelemahannya. Tapi bolehlah lebih kurang halal kan :)

      Padam
    2. Try buat penolakan dari hari yg terlebih tu...

      Padam
    3. Sal! x perlu risau...katakan dah masuk 7hb so bilangan hari tu Sal tukar kepada 31 merujuk kepada 31hb Okt...eh betul ke mcm tu SS?

      Padam
  20. singgah parking, nanti ade masa wawa nak cuba buat laa..")

    BalasPadam
    Balasan
    1. Parking dulu,..parking elok2 :)

      Padam
    2. lamanya parking Wawa...dah masuk 28hb ni...enjin x start tu nanti jem hihihi

      Padam
    3. Hahahah parking lama2 nanti kena bayar lebih!

      Padam
  21. huyeeeee nak coba.....adeh awatlah top komentator problem

    BalasPadam
    Balasan
    1. aRz..cepatlah ADD..nak tahu jgk sis JM masuk list ke tak? jika x de nak start mengebom..sikit haari dah nak masuk Nov

      Padam
  22. ramai blogger yang buat ni, kita aje yang malaih nak buat :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekadar suka-suka je, TKK. Bagi penghargaan buat tukang2 komen ni. Sambil tu boleg blogger2 lain berkenalan sama dengan mereka.

      Padam
    2. TKK...cer lah buat..best tau..nanti leh JM mengeboom!

      Padam
  23. Balasan
    1. ikhwan nye dah add kan..nama sis JM masuk dalam list Top Commentar tak? hiksss

      Padam
  24. mesti nanti tak dapat dengan tepat pengomen bagi bulan tertentu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eyda..kalau hari ni 28hb, then Eyda letak bilangan hari = 28 means 28 hari di kira dari 1 hb Oktober sehingga 28 Okt so TEPAT lah tu..ada try add tak?

      Padam
  25. ahaaa...kanda SS yang ajar eh..same to me..sis JM pun dapat ilmu dari kanda SS tu...she is sifu hikss

    BalasPadam
  26. Oh... Maksudnya yang saya pakai memang dah tak berfungsi laa ye... Leceh tul... Hahaha Erm.... Susah pulak nak faham yang nie... Kena buat ulangkaji kejap... Thanks, Kak Farrah :) - KTC

    BalasPadam
  27. Dah tukar tapi masih xfhm ni kena tukar edit2 tarikh

    BalasPadam
  28. Teringin nak buat tapi tak boleh ^-^

    BalasPadam
    Balasan
    1. senang je Zumal...widget yg ada skrg pun dah ok kan

      Padam
  29. aida punyer pun baru tempek few days ago, farrah :)
    niat nak bagi hadiah kat frens.
    terpaksa la tanya-tanya org.
    berjaya !!!

    BalasPadam
  30. terima kasih di atas perkongsian ini.. dah lama tak letak widget top commentator di blog aiza..

    BalasPadam
  31. datang sini lepas SS bagitahu ada tutorial komen ni.. Ros punya pun problem dah lama..

    BalasPadam
  32. kalau nak tahu bulan lepas punya cmna kak farah?

    BalasPadam
  33. nnt nk kena try la..saya punya dh xmau naik dh...

    BalasPadam
  34. bookmark ni jugak
    heee makna kak farrah pon ade biarkan dia kosong jugak la ye...

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.