Ni semua menu minggu lepas. Saya kurang sihat dijengah selesema dan sakit tekak. Jadi, mulut tu rasa payau. Teringin nak makan yang bukan-bukan je. Lagi-lagi yang masam-masam.
Kek Lemon 90 Saat
Pada mulanya tak berniat langsung nak buat kek microwave ni. Dalam pada tak ada mood nak buat kerja sebab air hidung asyik meleleh, saya parut kulit lemon dan perah jusnya. Nak simpan dalam freezer. Kat rumah ni stok lemon dah berlebih-lebih pula. Kebiasaannya, saya memang pastikan buah lemon sentiasa ada di rumah. Beli punya beli, tak sangka kat rumah ada beberapa plastik lagi yang belum digunakan. Jadi, sebelum lemon tu jadi ganyut dan kering jusnya, kita perahlah siap-siap. Masukkan dalam ice cube tray dan bekukan. Nanti nak guna senang :)
Dalam pada sibuk bergelumang dengan jus dan parutan kulit lemon, Cekebon masuk dapur.
"Buat apa kak?" Sambil tu pusing-pusingkan rak rempah saya.
"Tadi dengar kelentung kelentang kat dapur, kak goreng keropok eh?" Ni pula hint halus Cekebon saya tanda dia teringin nak makan keropok ;)
"Tuner kapok dah jumpa dah ke? Si Yuri buat main terselit celah-celah almari kot..."
Hihihi bila dah banyak tanya begini, maknanya Cekebon berada pada tahap bosan yang maksima. Sama ada dia dah penat mengaji, malas layan geng-geng telefon dia ataupun kat TV tak ada cerita best untuk ditonton. Saya nak bacakan blog SS dan Huda dia tak mahu. "Suara tak sedap. Lagipun akak tengah flu, tak faham apa akak cakap! Slurry!" Nampak tak betapa 'mem besar' ni demand layanan kelas pertama? Suara tak sedap katanya...
Last-last saya tanya, buat kek lemon satu minit setengah nak? "Satu minit setengah je?" Saya iyakan. Tak sempat sakit pinggang pun. Alang-alang jus dan parutan lemon dah ada depan mata. Maka, dengan excited-nya Cekebon kacuk sendiri adunan kek lemonnya dalam mug besar. Saya tolong cakap bahan-bahannya berapa sudu je.
Sembilan puluh saat kemudian,
Tingggg!
Kek Lemon Satu Minit Setengah! :) |
Gembira bukan kepalang, Cekebon keknya menjadi. Fluffy dan nyumm nyummm! Bertambah-tambah gembira apabila rasa kek lemon tu kena dengan seleranya. Saya kurangkan gula. So, just nice. Manis masam manja gitu. Nanti resepi saya kongsi kemudian ye.
Ayam Masak Lemak Limau Nipis
Sebelah petangnya pula, saya masak Ayam Masak lemak Limau Nipis. Something citrusy lagi. Bahan yang penting untuk resepi gulai lemak ini ialah daun ketumbar dan buah limau nipis. Haaa, belanja gambar dulu ye,..ala ala teaser lah. Resepi akan menyusul kemudian.
Psstt! Tetamu-tetamu hebat yang masih belum confirm-kan alamat surat-menyurat, please do so ASAP. Saya dah mula nak kirim hadiah secara berperingkat. :)
Resepi leng kali ye, telan air liur dulu :)
BalasPadamHihihi yesss, telan air liur dulu utk semangat masak di kemudian hari :)
PadamFarrah! alamat sis JM masih sama...ehh..ada ke utk sis ni hikss
BalasPadamSudah gaharu cendana pula,
PadamKura-kura dalam perahu,
Sis JM dah tahu bertanya pula,
Pura-pura lak dia buat tak tahu ;)
Sis JM punya on the way. Hari ni sempat hantar utk Sis JM & Huda. Yang lain kena tunggu hadiah siap & confirm address. Kanda SS & CT nya lak tengah kumpul ;)
ahakss.....macih dinda Farrah....ada juga ole2 from korea for u tapi belum bungkus lagi
Padampergh!!! ayam masak lemak tu memang BERLEMAK!! mesti guna santan kelapa perah sendiri ni ;p
BalasPadamKat rumah ni santan guna yg perah dr kotak, sis :)
PadamLemak berkrim disukai ramai... he he he...
PadamHihihi lemak berkrim disukai ramai!
Padamsuami ekin kalau santan kotak reject gulai hahahahhaha
Padamsalam kak farrah ! huuu, kat sini payah nau nak dapat lemon ade pon tak segar, stress kejap! hahha
BalasPadamAkak nak ngantar pun nanti by the time sampai dah lisut.
PadamStress tu biar kejap je ye...jgn lama2 tau!
Yana tinggal mana? pesal susah sgt nk dpt lemon segar tu
PadamSJM rasa? terengganu la, hahhah tempat yang yana selalu beli barang dapur .. tempat lain jauh , bukan tak ada lemon tu tapi nampak sendu je , hehehe
PadamSJM rasa? terengganu la, hahhah tempat yang yana selalu beli barang dapur .. tempat lain jauh , bukan tak ada lemon tu tapi nampak sendu je , hehehe
Padamyeye baru teringat....ada beri alamat hari tu..ole2 for u...tggu!
Padamcekebon comel je! huhhu :)
BalasPadamKitorang adik beradik panggil comel angada - comel manja2 mengada hihihi
Padamayam lemak tu sekali imbas macam masak kurma je :)
BalasPadamDua kali imbas, alamakkk apsal lauk ni hijau?! ;)
Padampasal letak kulit limau nipis dalam tu yedak? fail dah masak haha
PadamAlamak kak farrah
BalasPadamterasa plak tekak ni dgn lemon tu kan
igtkan kak farrah sertakan resepi
ke dah ade kt entry sebelumnye
hehehe layan cikebon 1st kelas ye kak farrah
Hehehe sabor ye..sabor ye,..resepinya belum taip lagi :)
Padamdah dapat resipi nanti jgn buat pekasam ;p
Padamok first time dgr masak lemak limau nipis.. hhiihhihihiii... resepi kek tu cmne kak??? hihihihihi
BalasPadamAkak pun first time cuba resepi ayam tu, Ikhwan. Ok..sabar sikit. Nanti akak segerakan entri resepi kek lemon tu ye.
Padambila IY nak masuk dapur gitu la gayanya..
Padamhai IY..tanya ni nak buat ke tak?
Padamkalau sis JM dpt selesema dan sakit tekak teringin nak makan kimcheeeeee hihihi
BalasPadamKimchi you! Orang koya la katakan :)
Padamkimchi tetap di hati hehehe
Padamamboi kimchii kau, mentang duk korea ritukan..
Padamxpernah makan kimchi
Padamtakot xkene tekak
sis jm bile nak belanje kimchi ni
ayu!! jom g Seoul...seoul mana? Seoul Garden!
Padamkalau air hidung meleleh camtu jgn mimpi lah sis JM nak masuk dapur..kalau boleh nk mkn pun minta org tlg suapkan
BalasPadamAlololo manjanya dia....meh sini saya suapkan meh!
Padamahakssss...makan bertambah lah pastu
Padambut..Farrah memang RAJIN!!! isshhhh! semoga cepat bertemu jodoh aminnn
BalasPadamAlahaiii tak ada rajin mananya. Time malas tu datang, rasa nak meraung je bila kena masak hihihi aminn. Thanks atas doanya. Bab jodoh tu biarlah jadi rahsia-Nya. Lagipun, kaklong kawasan kena jalan dulu :)
Padamalaaaa Cekebon 'layan' blog SS dan Huda je ke...ahakss...x jeles pun
BalasPadamBlog Jari Manis tu jarang update. Panjang bulu idung Cekebon nunggu updates kuikuikui
PadamSis JM, tadi kat pejabat pos, adik kat kaunter tu tanya betul ke nama dia jari manis? Hihihi saya siap promo blog sis jm lagi ;)
ahakss...yang ni kelakar..love u dak farrah!
Padammak aihh!! 90 saat dah siap...mmg daebak..pergi mandi belum siap mandi kek dah siap!
BalasPadamPergi kentut,...clearkan bau,...kek dah siap!
Padamkih kih kih
Padambaru nak langkah masuk bilik air dah ting! bunyi micriwave tu SJM
Padammicriwave katanya? jenama baru ke Yana
Padamargghh..org pakar memasak ni...sentuh je terus 'jadi' :-)
BalasPadamSaya tak pakar la,...pakar ngelat tu adalah. Masak nak yang senang2 je huhuhu
Padamelehh...tak nak ngaku...ehh tetiba teringat kepek ngaku
Padammacam senang... macammmm laaaa... tapi... kalu dah malas... semua malas... hi hi hi...
BalasPadamKihkihkih kalau malas, tunjuk tunjuk je. Sediakan RM secukupnya :)
Padamce masak guna iHOme
Padammusin demam loni... banyakkan jaga kesihatan ya akak...
BalasPadamThanks, Ekin. Ekin pun sama :)
Padamsama2... ekin memang sihat tapi mari sakit duk baring la jwabnya
PadamMoga cepat sihat jugak kak farrah :)
Padamresepi yang cukup simpleni boleh try buat nanti
BalasPadamHaa,..nanti akak tulis entri resepinya, bolehlah ekin cuba :)
Padamok kak farah dah baca resepi di atas hihihi
PadamGet well soon Kak Farrah
BalasPadamwaaahhh! hebatnya farrah
BalasPadamdalam sibuk2 pun, sempat lagi buat kek
BalasPadamalaaa.. kita xde microwave nak buat kek cmtu. ada oven je.. konfirm x jd kn klau try..
BalasPadamWow masam masam manis manja .. I like! Mesti sedapkan.. Pos mai kat mummy sikit.. Hehehe
BalasPadamwau ayam masak lemak lemon tu mengancam
BalasPadamkek lemon tu simple tp nampak sedapppp!
BalasPadammak aii tengok makanan petang2 nih buat perut lapar laa..
BalasPadam