Kiriman Bermakna daripada Sis Sheila Adziz

Isnin, Februari 15, 2016

Assalamu'alaikum,
Ini merupakan entri penghargaan khusus buat Sis Sheila Adziz. Sebenarnya saya terima kiriman daripada Sis Sheila dah beberapa minggu dah. Unfortunately, setiap kali nak buat entri terima kasih, setiap kali itulah ada urusan yang magically appeared depan mata. Tangguh. Hari seterusnya, elok je nak mula menaip, tiba-tiba rasa mengantuk datang bertimpa-timpa! Keyboard pun nampak berbalam-balam. Tunda. Bila nak siapnya? Ni baru gigih nak menaip. Siap pesan kat diri sendiri, selagi tak siap entri ni tak boleh ngelat nak publish entri lain. Yelah, orang berbudi, kita berbahasa kan,...tak bolehlah asyik pandai 'menerima' je :)

Saya terima kiriman bermakna ini kerana saya merupakan salah seorang pengomen terbanyak di blog Sheila Inspire. Dapat sebuah buku Energi Asmaul Husna dalam Pekerjaan oleh Dr. Wan Maseri Binti Wan Mohd dan Ustaz Abd Latiff Bin Abdul Haliff, beberapa salinan Asmaul Husna dan beberapa salinan Amalan-amalan untuk Menjadi Seorang Pelajar Cemerlang. Gembiranya hati Allah sahaja yang tahu. Hadiah ini, bukan sahaja saya dan keluarga dapat manfaatkan, malah ada bahagian untuk anak-anak murid saya juga.


Thanks so much, sis =)

Istimewa buat Sis Sheila,
Terima kasih banyak-banyak, Sis. Saya amat hargai setiap satu pemberian Sis. Besar hati saya dapat jadi tuan baru kepada naskhah ini. Mudah-mudahan semakin hari, kita semakin dekat dengan Allah, sentiasa mengingati-Nya dalam setiap apa yang kita lakukan. Moga Allah berikan ganjaran yang berlipat ganda kepada Sis Sheila atas perkongsian yang bermakna dan berguna.

Banyak benda baru yang Sis Sheila ajar saya sama ada secara langsung ataupun tidak. Sebelum ini, saya dah terima satu buku mengenai penghayatan Asmaul Husna sebab menang Giveaway SI Untuk Anak, Isteri, Suami dan Keluarga Cemerlang (boleh baca di sini). Ramadhan tahun lepas pun, melalui kiriman kad hari raya (entrinya di sini), Sis Sheila titip sekeping CD ceramah yang sangat sangat bermanfaat.

Ingin kenal Sis Sheila lebih lanjut? Ringan-ringankan tangan dan jari, klik SINI.

63 ulasan

  1. Balasan
    1. sama2... eh ekin no 1 kah... hahahhaahah sis jm kalah

      Padam
    2. Ekin tak abis mengukuhkan kedudukan... Ha Ha Ha....

      Padam
    3. Kih kih kih itu memang trademark dia :)

      Padam
    4. hahhahahahhha SS.... lepas ni nak duk diam2 la xmau kekalkan dah...

      Padam
  2. Alhamdulillah hadiah yang sangat bermanfaat..tahniah kak farrah..

    BalasPadam
  3. tahniah Farrah jadi pengomen tegar kat blog sis sheila

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihihi rasanya saya nombor yang paling bawah, Intan :)

      Padam
  4. Balasan
    1. Hehehehe saya ni spesies tsundoku Intan. Buku berderet kat tepi katil, tak terbaca ;)

      Padam
  5. Farrah suka tak buku tulis (note book)?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sukaaaaa! Saya ni memang dari kecik suka kertas, Intan hahahah kat rumah ni siapa dapat buku nota ke,..ada kertas tak guna memang akan campak kat bilik kraf saya :)

      Padam
  6. Balasan
    1. Memang best, Nani. Ramai yang dapat manfaatnya di sini :)

      Padam
  7. Assalamualaikum...kak... saya datang nak raya....

    BalasPadam
  8. Kak farah ni best lh... ramai yang sayang ... hi hi hi...
    bagus tau akk ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, orang sayang tu Allah yang jentik hati mereka heheheh

      Padam
  9. bestnya dapat buku tu.... tahniah (^_^)

    BalasPadam
  10. Sorry kak... lama tak singgah...

    Henfon kita sewel...

    So im partialy disconnected to de world....

    Haaaa gittew skali perumpamaannya...

    Hi hi hi...


    But that was true....

    Tahap sewel yg kronik dh device sy ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nape tak lanting aje henfon sewel tu. Nanti kesannya tuan sewel sama hihihi
      Akak ni pun tengah buat senarai nak bw. Yours antara paling awal yang kena terjah, lama tak singgah :)

      Padam
    2. SS dah cakap... Lesing aje! Kah kah kah

      Padam
  11. Assalammualaikum...lama x singgah kat sini..tahniah dapat hadiah lagi..:)

    BalasPadam
  12. teruk sangat dah kekdahnya device akak neh...hihi..btw, congrats!

    BalasPadam
  13. Mmg sgt bermakna hadiah2 sebegini :))

    BalasPadam
  14. Sanagt sangat bermakna yana share dengan adik adik yana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pemberian Kak Sheila ni kita boleh kongsi dengan ramai2 orang :)

      Padam
  15. Suka baca blog kak shiela ni lebih faham asmaul Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Sambil baca entri, kita akan berzikir sama :)

      Padam
  16. Moga ada manfaat untuk keduanya... nanti boleh Kak Farrah share kat sini pulak kan... hik2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah-mudahan. Insya-Allah, akan kongsi di sini juga :)

      Padam
  17. Kalu nampak nama Sheila.. Teringat Sheila Mambo... Sheila Rusli... Tasha Sheila... Sheila Hamzah... Sheila Majid... Tapi yang ni Sheila mana? leh kenal? He He He..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shuela tu sape? Shuela typo ke? He He He...

      Padam
    2. Kihkih ada-ada je tau, SS ni. Tapi saya memang kalau sebut sheila, automatik ingat sheila mambo atau sheila rusly je. yang lain2 tu tak..
      Haaa,..ini Kak Sheila Adziz dari Sheila Inspire :)

      Padam
    3. hahahah SS kalau bab menyenaraikan nama orang no satu la dia

      Padam
  18. k.sheila br aktif semula ni hari tu x renew domain. senyap jp... Allhamdulilah selamat sampai...

    BalasPadam
  19. tahniah Farrah memang bermakna hadiah tu..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.